5

2K 179 3
                                    

Adam lantas bersuara...

"Aku takkan judge kau. Suka tu tak salah tapi yang salah bila kau melayan perasaan kau tu Zahr. Walid dengan umi kau didik kau cukup dengan ilmu agama, dan aku pasti kau faham perihal yang satu tu."

Walaupun duduk Canada lama dia masih lagi tahu batas-batas agama. Sering juga dia melihat penyokong-penyokong 'pelangi' itu berkumpul beramai-ramai di bandar. Tapi dia tak pula terpengeruh dengan propaganda kumpulan itu. Ramai juga dia melihat anak muda yang beragama Islam dengan bangganya menyorakkan betapa bangganya mereka dengan memperjuangkan 'hak asasi manusia' yang di mana ia lebih kepada 'betapa sombongnya manusia yang memperjuangkan kemurkaan Tuhan'.

"Aku tahu sebab tu aku rasa tak seronok bila dengan Mikael tu. Baru berapa jam dia dekat sini, aku rasa macam ni! Tak mungkinlah sex orientation aku boleh berubah sekelip mata macam tu je?"

Adam tergelak bila Zahrain yang tenang selama ini bertukar watak.

"Aku perasan since yesterday, bila kau diam tiba-tiba lepas tu lagi ketara bila kau duk tenung si Mikael tu lama..."

"Astagfirullah...macam mana ni Dam?"

"Macam kau selalu nasihatkan aku, baik kau minta petunjuk Allah. Allah kan mengetahui segalanyaaa yang tersirat. Pengetahuan Allah itu lebih luas daripada pengetahuan kita Zahr. Seek guidance from Him. Kalau kau ada apa-apa nak share, roger aku."

Zahrain hanya menganggukan kepala sebelum dia naik ke tingkat atas untuk bersiap ke pejabat.

...

"Alhamdulillah settle juga kerja aku hari ni! Penatnyaaa..."

Mikael Zahra sudah mahu bergerak pulang ke 'teratak' sementaranya. Nak rehat! Seharian dia di mahkamah. Ramai sangat hari ni, sesak dibuatnya.

5.30 petang dan Kawasan rumah juga masih kosong. Tiada kereta dan motor terpakir di garaj rumah. Blazer dan tudung sudah dibuka dan disangkut kemas di kerusi belakang. Hoodie pula disarungnya. Kasut kulit bertumit juga sudah ditanggalkan dan digantikan dengan selipar berjenama Crocks.

"Kalau boleh settle semua ni cepat, cepatlah aku balik..."

...

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now