*Dua bulan selepas itu*
"Morning Cik Mikael!"
Sapa Dian ceria. Lain macam ceria suara P.A Mikeal Zahra pagi itu. Selalunya kalau nak dengar suara ceria dia kena tunggu hari Jumaat! Ni baru hari isnin kot!
"Ceria ni apehal? Pelik ni pelik!"
Tersengih sahaja Dian bila cik bossnya perasan! Mana dia tak seronok kalau tadi ada client yang terlajak kacak datang bertandang ke firma guaman milik Mikael Zahra dan Sofiya.
"Kalaulah cik boss tak ada sebutan kes dekat mahkamah tadi mesti cik boss akan happy juga macam saya! Sebab tadi ada client ni handsome gilsss cik boss!"
'Aku hagak dah minah sorang ni! Tak padan dengan dah ada tunang!'
"Mana hengko nak campak Faiz ah Dian? Saya report kat Faiz baru tak cukup tanah menyorok, hehee..."
Mereka dua sama-sama ketawa sebelum Dian teringat akan temu janji Mikael Zahra dengan client tengahari nanti.
"Boss, lunch nanti saya tempah meja dekat Selasih. Meeting dengan client."
Memang Mikael Zahra ada meminta Dian membuat tempahan di Restoran Selasih sejak Jumaat minggu lepas. Ada client akan berjumpa untuk berbincang dengannya. Katanya lebih selesa kalau nak berbincang di luar. Layankan sahajalah kehendak client.
"Thank you Dian. Awak nak kirim apa-apa tak?"
"Heheee, nanti on the way boss balik firm, tolong belikan pisang goreng cheese boleh?"
"Bolehhh."
"Thank you so much cik boss!"
Mikael Zahra memang begitu sikapnya. Dia disenangi oleh pekerjanya. Tapi ada juga masa kalau dia dah naik hantu, semua benda dia bambu. Kalau waktu bekerja, Mikael Zahra akan menunjukan perwatakan seorang ketua, bila waktu santai-santai dia akan jadi kawna-kawan untuk pekerjanya. Balance.
...
*Di Selasih*
Mikael Zahra memang sejenis manusia yang suka datang awal 10 atau 15 minit awal. Sambil-sambil tunggu client datang, sempat juga dia menyelak beberapa dokumen yang perlu dia periksa. Balik firm nanti boleh terus minta Dian perbetulkan mana yang salah. Jadi taklah dia buang masa malanguk tak tentu pasal.
"Assalamualaikum, ini Puan Sofiya, partner Encik Mikael ke?"
Berkerut kening bila mendengar perkataan Encik itu keluar daripada orang yang berada dibelakangnya.
'Encik?! Ehh client aku ni karangggg ada yang mendapat!'
Muka Kembali dimaniskan Kembali sebelum dia menghadap clientnya yang bertuah sangat itu!
Elok-elok manis terus terbeliak besar matanya! Wajah yang sudah dua bulan dia tidak ketemu! Zahrain!!!
Zahrain yang sedang bertentang mata dengan wanita yang manis bertudung itu sedikit terbawa-bawa perasaan yang tiba-tiba mnegetuk pintu hatinya. Manis. Dan alis mata yang persis dengan Mikael Yusof.
"Encik Mikael hantar puan untuk gantikan dia ke?"
Liur yang sebelum ini tawar kini terasa kesat dan kelat!
"Err ye, ehh tak tak... Saya Cik Mikael. Mikael Zahra."
"Cik Sofiya menguruskan pasal criminal and civil litigation. Saya pula cover pasal conveyancing, civil litigation same like Cik Sofiya and partly on Islamic matters."
"Mikael Zahra. It just reminds me of someone that used to have a special spot in my life... Ok! Stop the crap Zahr and I'm truly sorry..."
"It's okay. So kita discuss dululah apa yang patut before makan, boleh?"
...
Sambil-sambil makan, sumpah Zahrain tak puas untuk terus memerhatikan Mikael Zahra!
'Sama teruk dengan Mikael aku ni kenapa???'
...
Mikael Zahra rasa macam nak kena cherry-berry bila makan berdua dengan Zahrain.
...
YOU ARE READING
SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]
Short Story"Unfortunately, there is no room available at this moment..." Habis sekarang aku nak kena tidur bawah kolong ke tidur tepi mahkamah? - Mikael Zahra Keadaan yang mendesak dirinya membuat kerja gila yang memang orang gila pun tak terfikir nak buat! ...