26

1.7K 136 0
                                    

*Dalam perjalanan pulang*

Mikael Zahra memang takkan biarkan suasana menjadi sunyi sepi!

'Maleh aku nak tangkap perasaan! Karang ada yang kemalangan jiwa kejap lagi!'

Playlist daripada Youtube dibuka dan disambungkan melalui peranti Bluetooth yang sedia terpasang di dalam keretanya.

Lagu Intan dan Perak nyanyian Imran Ajmain mula kedengaran. Paling Mikael Zahra suka ialah tone suara penyanyi kelahiran negara jiran iaitu Singapura. Kalau orang sebelah takde memang sakan Mikael Zahra nyanyi bersama! Kalau boleh, nak buat mini konsert!

"Kalau suara sedap macam suara Dahlia bolehlah nak menyanyi ni suara sampai tak boleh beza dengan katak je Mikael woi!"

Zahrain tertoleh tengok orang sebelah.

'Adehh! Macam mana boleh terlepas cakap kuat-kuat?'

'Tak pasal member ingat aku ni gila'

...

'Ha padanlah Sofiya panggil Lawyer Gila! Tapi ni bukan Gila Cross! Ni gila lain ni...'

Rasa nak nangis sahaja bila Zahrain terpaksa saksikan satu lagi sisinya yang memang suka bercakap sendiri. Ni lebih kurang macam terlebih aplikasikan konsep 'self-love'. Hahaha.

...

"Awak nak sing along juga is it?"

Pecah ketawa Mikael Zahra binti Megat Yusof! Aduhh gelak jelah yang dia boleh buat sekarang ini sebabnya memang sah-sah kantoi hahaha...

Zahrain tersenyum lantas melihatkan lesung pipit kecil yang berada di hujung bibirnya. Dia juga sama-sama ketawa bersama Mikael Zahra.

Habis satu lagu, lagu lain mula dimainkan. Suasana sunyi tetap kembali sunyi. Tiada sebarang bunyi lain selain daripada bunyi suara merdu milik sang penghibur ; penyanyi.
Kalau suara milik Mikael Zahra tu dah sama level dengan suara orang yang summoning a ghost!

...

"Rumah saya dekat Megahertz 2/12 - depan tu nanti awak masuk kiri then selang 2 traffic light masuk kiri."

Mikael Zahra hanya anggukkan kepalanya tanda faham.

Akhirnya sampai juga ke rumah Zahrain. Kalau ikutkan, taklah jauh sangat dengan rumahnya. Kalau nak ikut laluan ke rumah Megat Yusof dan Soraya memang sedikit jauh. 'Rumahnya' di sini merujuk kepada rumah bujangnya sahaja yang satu jalan dengan kediaman Zahrain.

'Ehh tak sangka berjiran yek kita!'

Tapi hanya terluah dalam hati sahaja.

"Terima kasih Mikael sebab tolong hantar saya."

Zahrain memang sopan orangnya. Bak kata omputeh 'he is such a gentleman!' Kalau bak kata orang tak berapa nak putih macam Mikael Zahra, dia klasifikasikan Zahrain sebagai 'he is such a husband-material nyah!'

Kira syukur alhamdulillah-lah sebab Zahrain ni tergolong dalam kelompok lelaki gentleman bukan gentelman!

Baca betul-betul ye! Gentle bukan Gentel! Tips Hubungan Bahagia 1001 - make sure your partner is gentleman not the other type of guy ; gentelman!

Kalau jatuh dalam kelompok kedua memang Mikael Zahra sudah bersiap siaga untuk menghempuk kepala lelaki itu dengan bekas makanan Soraya berjenama Tupperware itu! Biar ada kesedaran hakiki!

"No problem. Okaylah, saya gerak dulu."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, nanti boleh sambung nyanyi tu even though you can't sing well - as what you claimed few minutes ago..."

Mikael Zahra tanyang gigi sahaja. Malas nak balas apa-apa sebab itu memang kesengalannya sendiri!

Sebelum beredar, Zahrain terlanggar sesuatu di bawah tempat duduk kereta milik gadis itu. Sepasang selipar getah berjenama Crocks yang sama dengan selipar Mikael yang satu itu!

Warna dan betuk selipar itu sama dan ada benda yang menarik perhatiannya.

Terbuktilah yang Zahrain memang sukakan Mikael sebabnya dia boleh ingat selipar wanita itu semasa di Melaka tempoh hari. Iyelah kalau selipar dengan aksesorinya dah macam kanak-kanak ribena, siapa je yang tak terperasan!

Corak butang Spongebob, Harry Potter, Gingerbread dan paling jelas sekali bila initial MIKA itu sama dengan apa yang terpasang di selipar milik 'lelaki' yang berada di carta nombor 2 dalam hartinya! Ada juga bermacam bentuk yang lain. Tapi tulah yang paling dia ingat!

Siapa nombor 1?

Allah yang satu!

Bukan setakat gentleman! Sejuk perut ibu yang mengandungkan anak se-hensem dan cukup pakejt seperti Zahrain!

"I'm not sure whether ini kebetulan atau apa but everything revolves around you semua macam ada strong connection dengan my Mikael Yusof..."

"Hah??"

Perkataan MY Mikael Yusof tu aduhh buat gawat sahaja! Mahu tercopot jantungnya! Bagilah aku tempoh bertenang kejap kalau ye pun nak kantoi!

"Err dahlah keluar saya nak balik ni..."

Terus dihalaunya Zahrain keluar hahahah! Dasar tak patut!

Zahrain hanya memandang sepi kereta Volkswagen Beetle hitam berkilat itu meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Mesti ada sesuatu sebab aku rasa macam..."

Macam apa??? Kasik habislah ayat tu! Jangan bagi tergantung macam itu sahaja Zahrain oii!!

P/s: It took me few hours to re-read what i just wrote sebab aku rasa macam nanti menyimpang jauh sampai Uganda :')

P/s: It took me few hours to re-read what i just wrote sebab aku rasa macam nanti menyimpang jauh sampai Uganda :')

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now