16

1.8K 155 2
                                    

...

"Mikael, betul ke masa kita meeting few weeks ago, saya pernah cakap dekat awak yang saya ada allergic dengan lamb?"

Ahh sudah, ni dah kenapa nak bukak cerita satu jam setengah yang lepas?! Apa kau nak goreng ah Mikael! Takkan kau dah kena bongkar semua sejarah tiga empat bulan lepas kot! Tak naklah ada video viral: Perempuan Bermandikan Bubur Pulut Hitam di Majlis Perkahwinan Sabahat Baiknya.

'Tak Panjang sangat ken ama video viral tu Mikael?'

'Ehh! Panjang tak Panjang, sekarang ni apa kau nak menjawab dekat Zahrain ni?!'

...

Diam.

"Eh, takkanlah awak lupa kot! Kan haritu memang awak ada cakap dengan saya. Takkanlah saya sebagai peguam boleh lupa setiap fakta yang keluar daripada mulut client saya kan!"

Hmm dalam nak klentong, sempat lagi pula tu puji diri sendiri! Hahaha...

Zahrain masih lagi cuba mengorek setiap saat mereka berdua berjumpa.

"Hmm adalah tu saya lupa. Tapi saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab stop saya tadi, kalau tak memanglah jadi drama sebabak pula. Dah tokbak nak kena buat CPR dekat saya nanti, hehe..."

"Hahahah..."

Ha gelaklah selagi kau boleh gelak perempuan oii, takut kejap lagi kau pula yang Tokbak CPR-kan kejap nanti! Silap-silap semua geng kopiah dia kerumun terus kau Mikael Zahra oii!

Macam biasalah lepas berbual kosong nanti tiba-tiba senyap sunyi.

Janggal sangat!

"Bila nak kahwin Zahrain? Adam dah, awak bila pula?"

Zahrain sedekah satu senyuman.

Eii apehal manis pula senyum tu bang oii!

'Kau tu dahlah memang selamat masuk dalam list calon suami aku ni tambah lagi dengan senyuman pencair hati!'

"Awak tanya saya, tapi awak pun sama. Bilanya nak kahwin? Sofiya dah selamat dah..."

'Aku tunggu kaulah masuk meminang aku! Hehehe...'

Benda ni terluah dalam hati jelah! Dia dah cukup gila dan tidak mahu upgrade level gilanya ke level dewa pula! Payah nanti nak check-in dalam hospital bahagia...

...

"Saya tunggu awak kahwin dulu baru saya follow rapat!"

Senyum lagi!

'Jarang betul aku nak nampak mamat ni senyum masa dekat Melaka dulu!'

'Tapi ada jelah dia senyum masa dia ajak kau makan, lepastu main game lepastu masa dinner dekat kedai asam pedas tu! Tapi masalahnya taklah semanis ini!'

Ehh ada masa pula nak gaduh dengan diri sendiri pasal senyuman Zahrain sekarang bertambah manis! 

...

"Kalau tunggu saya, silap-silap umur dah 70 tahun baru awak sibuk fitting baju dekat butik Mikael, hahaha. Lama lagi rasanya nak tamatkan zaman bujang."

"Takkanlah awak tak ada calon lagi Zahrain? You have everything – secara zahirnya you seem to be eligible enough to get married and I am pretty sure that you will be a good husband to your partner."

Tak pasal-pasal bila sentuh pasal isu ini, Zahrain akn teringat terus dekat lelaki yang seorang itu! Nak pula Sekarang dia berdepan dengan seseorang yang mempunyai alis mata yang memang sama dengan Mikael Yusof sorang itu. Libang-libung hati dibuatnya.

......

Mikael Zahra tidak tahu pula tindakkannya itu hanya akan menyusahkan dirinya sahaja!

Semua ni takkan jadi masalah kalau Zahrain tidak memilih khidmatnya dan melantiknya sebagai peguam firmanya yang baru berpindah ke cawangan baru pula!

"Dah elok-elok duduk dekat Melaka, ni nak pindah juga apehal!?"

'Ni mesti kerja si Sofiya ni! Eii dah si Adam tu tunang dia mestilah dia nak bantu apa yang patut, tapi masalahnya aku yang kena menghadap si Zahrain tu bukannya dia!'

Mikael Zahra tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini berlalu macam itu sahaja, tapi dia sendiri tidak mahu perkara lepas terbongkar. Tidak sanggup dia nak berdepan dengan tuan badan! 

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now