32

1.7K 137 2
                                    

*Tiga bulan selepas kejadian lamaran!*

"Kau boleh tak jangan nervous sangat! Bukan kau yang nak kena akad nikah dengan Uncle Yusof!"

Suara Sofiya memenuhi ruang bilik tidur Mikael Zahra. Mereka berdua baru selesai menghias apa yang patut. Tak adalah sampai nak gubah tuala jadi bentuk angsa seperti yang digayakan dalam rancangan Romantika di Astro Ria HD siaran 104!

'Tapi tu memang angsa ke? Ke itik? Ke swan?'

'Tapi angsa dengan swan tu bukan sama ke?'

Dah start dah merepek si gila ni hahahaha.

"Memanglah aku tak hadap baba esok tapi still! Aku esok dah nak kahwin kot Fiya..."

"Kau kekal tenang boleh tak Mika? Esok semua akan berjalan lancar!"

Mereka berdua kembali diam dan badan sudah direbahkan di atas tilam empuk milik Mikael Zahra.

Ahhh selesa...

"Fiyaaa..."

"Hmm, kenapa guna mode meleret ni?"

...

Diam.

...

"Aku ada benda nak cakap dekat kau dan aku harap sangat kau tenang. Kasi aku habis explain..."

"..."

"Kau ingat tak pasal kau tanya aku macam mana MHH?"

"Hotel dekat Melaka tu?"

"Yes."

"Kenapa? Lama dah kot aku tanya kau takkan baru hari ni bukak kitab balik? Patut kau tunggu sampai aku beranak je Mika baru cerita best ke tak MHH tu!"

Sofiya macam dapat agak apa yang bakal diperkatakan oleh Mikael Zahra sebentar nanti.

"Aku tak stay dekat hotel tu dan aku menyewa rumah bujang selama seminggu. Tapi kau jangan salah faham dulu! Aku tak buat benda tak elok pun masa dekat rumah bujang tu. Aku tak makan sama, tak kongsi toilet. Semua benda aku habiskan dalam bilik sendiri!"

"Rumah bujang which Adam, Riz and Zahrain stayed?"

"Haah... eh tapi macam mana kau tahu???"

Sofiya masih lagi baring kuak lentang dengan perut yang sedikit besar itu!

Mikael Zahra sahaja yang terus duduk tegak!

"Adam bagitahu. Lama dah Mika aku tahu ever since kau dekat Melaka tu lagi..."

"Sofiya!! Aku tak ada niat langsung nak sorok benda ni cuma aku takut sangat nak bagitahu sesiapa! In fact, baba dengan mama pun aku tak berani bukak mulut."

"Kau memang tempah keranda kayu Masjid Jamek Ar-Raudha lah kalau kau bagitahu baba dengan mama kau!"

"Fiyaaaa aku minta maaf sangat!!"

"Aku tak marah kau pun Mika sebab aku tahu aku might do the same thing as well sebab kita dalam keadaan terdesak. Cuma tulah cara kau tu eii salah tau! Bukan setakat duduk berdua-duaan tapi ni siap tidur serumah! Iye aku tahu kau buat hal kau macam kera sumbang macam Adam cakap masa kita dinner malam tu tapi still..."

Habis je dengar panjang lebar ayat Sofiya, Mikael terus memeluk kawannya itu.

"KAU LAMA TAHU? Since Adam belanja dinner tu!! Weh aku rasa nak gugur jantung bila kau dengan gasak aku dengan soalan before kita masuk menghadap Adam dengan Zahrain..."

"Dahlah, benda dah lepas. Otak kau pun aku rasa makin matang! Lepas ni janganlah bawa perangai gila kau keluar dari court atau chamber!"

Sofiya juga membalas pelukan kawan baiknya itu.

"Mika, macam mana Zahrain tahu? Setahu aku Adam memang tak bukak mulut dekat bakal suami kau. Tapi entahlah pula kalau dia ada membawang belakang aku..."

"Aku tak sempat tanya pun Fiya..."

*2/2/2021 - pagi*

"Aku nikahkan Zahrain bin Ilham dengan puteriku Mikael Zahra binti Megat Yusof dengan mas kahwin berbentuk seutas rantai dan gelang emas."

"Aku terima nikahnya Mikael Zahra binti Megat Yusof dengan mas kahwin berbentuk seutas rantai dan gelang emas."

Untuk hero dalam cerita ni, kita kasi follow itu kitab melayu! Hahaha, sekali lafaz beb!!

Saksi semua berpuas hati dengan ijab qabul itu dan SAH!!

"Alhamdulillah..."

"Tahniah! Now you are married Mikael!"

"Tahniah Cik Boss! Tak sangka Cik Boss kahwin dengan Encik Zahrain - lelaki yang saya claimed kacak tu hahahaha!!"

"Abang dengan Kak Liya doakan Mika dan Zahrain akan kekal jodoh sampai syurga..."

"Whatever it is, Mika will always be my first love after mama. Baba sayang sangat Mika..."

"Mama sayang juga Mika. Jadi isteri soleha!"

"Kesian geng kopiah putih Tokbak sebab tak dapat tackle Mika! Aisehhh, Zahrain lagi laju. Guna gear 5 teruih! Iyelah genf Tokbak semua gear 1-2... hahahaha"

Tokbak memang lawak!

Habis semua sesi bergambar dan makan semua, masing-masing keletihan. Majlis ringkas sahaja. Tak adanya nak grand macam artis!

*di bilik Mikael Zahra dan Zahrain*

Mereka berdua sudah selesai menunaikan solat zohor berjemaah.

Tenang.

Itu yang masing-masing tengah rasa saat itu.

Mereka berdua duduk bersandarkan kepala katil. Mikael Zahra masih bertelekung.

"Nak abang panggil Mikael atau Zahra?"

"Ke nak abang panggil sayang?"

Aiii!!!

Jangan excited lagi! Calm down!!

"Errr..."

Terkaku terus hengkau! Tu baru sikit Zahrain cakap!

"Mika memang selalu perlukan assistance from me kan? Hahaha, abang gilir-gilirlah panggil Mika sayang..."

"Saya tak kesah, mana yang awak rasa selesa."

"Abang. Bukan awak."

Zahrain sudah duduk menghadap isterinya. Aduhhh memang suaminya ini penyebar virus pengcair hati ke???

"Mika tak kisah, mana yang abang selesa, Mika ok je..."

Mikael Zahra mengulang semula ayatnya tapi dengan panggilan yang Zahrain mahukan ; abang.

Zahrain mengusap lembut kepala Mikael Zahra seperti kejadian di Melaka tempoh hari.
(Ni tolong flashback balik oki!! Maleh aque nak bubuh part flashback kat sini nyah! Hehe)

Mikael Zahra sudah terasa bahang menyerbu wajahnya! Kalau check temperature ni memang lebih 37 degree dan confirm-confirm tak lepas kalau nak masuk mall sebab Covid-19 ni!

Zahrain hanya tersenyum manis.

Ahhh betullah isterinya seorang sahaja yang boleh membuatkan dirinya jatuh cinta berkali-kali!

"Sayang tak nak tahu macam mana sayang boleh caught red handed dengan abang?"

Panggilan sudah berubah.

Rasanya, Zahrain lebih selesa dan terlebih selesa untuk memanggil isterinya dengan panggilan sayang.

"Mika memang ada nak tanya abang ever since you proposed me tapi Mika lupa sebab terkejut sangat. The first reason is sebab Mika kantoi dengan abang. Second reason Mika terkejut sebab abang punya impromptu married proposal!"

...

P/s: Aku sambung next chapter! Panjang sangat nanti 😂

Aku penat nak remind tapi kena remind juga! Jangan lupa vote and comment!!

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now