3

2.3K 184 8
                                    

"Kalau tak ada benda lagi, aku masuk dalam dulu bros. Ada kerja nak kasi settle. Assalamualaikum..."

Tak tunggu jawapan keluar, Mikael Zahra terus masuk semual ke dalam bilik meninggalkan mereka bertiga yang masih berdiri tegak di depan biliknya.

Tak pernah buat kerja terlebih bijak ni, memanglah rasa nak mati dibuatnya! Tolonglah cepat masa berlalu...

...

"Kau tak rasa Mikael tu sombong dan pelik ke? Kita ajak lepak pun dia buat bodoh je! Pastu dia macam try hard duk menge-deep-kan suara bagi dengar macam ore jatey (orang jantan) ke? Tahulah bawa kereta mahal, tak payah nak berlagak!"

Suara Riz kedengaran. Riz ni paling muda dikalangan mereka berdua. Yelah baru tahun tiga ijazah di salah sebuah universiti awam di Melaka itu. Zahrain dan Adam pula sudah nak masuk zone BMW 3rd Series. Umurnya yang sudah 27 tahun itu mungkin membuatkan dia matang berbanding Riz yang daripada tadi asyik membebel tidak puas hati dengan perangai sejuk-beku yang tidak mesra Mikael itu. Adam pula lebih selesa diam seperti Zahrain.

Zahrain dan Adam merupakan rakan kongsi untuk firma arkitek – ZA' Architect. Lama juga ZA' Architect ditubuhkan sejak Zahrain habis belajar dari Australia dan Adam selepas pulang dari Canada.

"Makan tu cuba diam Riz. Kau ni membebel macam makcik pesal? Biar jelah Mikael tu..."

Adam bersuara bagi menegur Riz yang kurang beradab dimeja makan saat itu.

Zahrain juga menyokong kata-kata Adam.

"Mungkin Mika tu ada kerja ke manalah kita tahu..."

Riz tahu dia sudah kalah bila dua lelaki yang berpangkat abang itu sudah bergabung! Mana aci 2 vs 1!

...

Memang Mikael Zahra tidak keluar bilik langsung. Dia sangat berhati-hati. Tak mahu terjadi benda yang malang menimpa!

Sebelum tidur, Mikael sudah menyiapkan segala documents yang perlu dibawanya ke mahkamah esok. Selepas solat subuh, dia harus bersiap-siap keluar. Lantaklah kalau awal dua jam sekalipun, dia tak heran!

Tudung sudah siap bergosok selamat bersangkut di dalam kereta Range Rover-nya. Ehh, silap! Bukan Range Roger-NYA tapi Range Rover milik Megat Yusof!

Sila sedar diri yang kau miskin sebenarnya Mikael Zahra! Belum mampu lagi nak ada harta semahal itu. Ingat sikit dekat Myvi dan Volkswagen Beetle yang banyak berjasa dengan kau tu!

Manalah dia mampu nak membayar duit bulan-bulan kereta mahal itu! Bukan setakat duit bulanan tapi duit roadtax pun mahu tunggu kentut berdarah baru mampu bayar agaknya! Selagi tak kentut berdarah, sudah pasti dia tidak mampu nak bayar!

...

*6.45 pagi esoknya*

Terhendap-hendap macam pencuri kelas bawahan, Mikael cuba sebaik mungkin untuk tidak mengejutkan orang lain. Dia masih lagi dengan hoodie oversizenya. Cuma sekarang dia sedikit kepanasan bila sudah berlapis dengan blazer dan blouse sutera putihnya. Mikael Zahra lebih selesa mengenakan blazer dahulu sebelum melilit selendang hitam daripada TudungPeople itu! Baru kemas, katanya.

"Rasanya selamat ni kalau nak mencecet keluar!"

Sesaat, tiga saat, lima saat...

Mikael Zahra sudah berlari turun ke tingkat bawah. Baru nak buka pintu kayu yang cantik berukir itu, mahu tercabut jantungnya saat itu bila batang tubuh Zahrain berada tegak di luar pintu.

"Baba!!"

...

"Err, morning!"

...

Bisu ke apa mamat ni?

"Pagi!"

Okay, alhamdulillah tak bisu. Kalau tak rugi sikit sebab muka dan kacak tapi kalau mulut berat ni bosanlah!

"Gerak dulu..."

"Awal keluar Mika."

"Err, ada hal."

"Kerja jauh ke bro?"

"Taklah jauh mana..."

"Okay."

"Okay bro, gerak dulu. Ciao!"

Jantungnya yang masih berdegup laju itu cuba ditenangkan semula. Biar berdegup senada sahaja! Nafas ditarik dalam – lega. Hampir sahaja dia terkucil bila berdepan dengan Zahrain. Zahrain ni memang pendiam agaknya, cakap pun sepatah aja. Sempat pula tu Mikael Zahra memerhati perangai sorang-sorang.

Adam lebih kurang macam Riz. Banyak mulut dan senang di ajak berbual. Riz pula memang boleh dikatakan macam mulut murai bila suara dia aje yang kedengaran. Kalau tak suara berbual, suara orang bergelak tawa, dan paling tak tahan bila semalam Mikael terjaga daripada lenanya bila terdengar suara sumbang Riz menyanyi!

"Weh mangkuk tingkat berjenama Riz! Kau diam sebelum aku sumbat mulut kau dengan stoking basah kau Riz!!"

Suara berbaur amaran milik Adam jelas kedengaran! Dan Riz lebih senang tergelak sendirian bila mendengar Adam mengugutnya!

"Hmm aku kena berguru jugalah ni nampaknya sebelum nak nyanyikan untuk lullaby untuk abang Adam en?"

"Baik kau belajar macam mana nak urus jenazah lagi bagus!"

Mikael Zahra turut tergelak bila mendengar dua lelaki itu bertekak! Pukul 12.30 malam pula tu!

...

"Riz, Adam cuba senyap sikit... karang kita bangunkan Mikael tu susah pula. dia baru masuk dah kena tahan dengar suara sumbang kau lepas tu kena dengar ugutan keji kau pulak Adam!"

Mikael Zahra rasa macamZahrain ni memang ada common sense yang tinggi dan dia harus dipuji!

"Boleh masuk list calon menantu baba dengan mama!"

...

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now