4

2.1K 185 23
                                    

...

Zahrain terkejut bila melihat wajah bersih dan kecil milik Mikael Zahra. Dia paling tak keruan bila melihat alis mata 'lelaki' yang baru datang menyewa itu. Jantungnya akan buat kerja lebih masa macam semalam bila kali pertama bertentang mata dengan Mikael.

"Aku ni apesal?! Mikael tu lelaki kot Zahrain!!"

Zahrain berperang dengan perasaannya! Dia tak pernah macam ni... takkanlah nafsunya sudah bertukar arah kepada lelaki pula? Ya Allah, minta jauhhhh. Tak mahu terus melayan perasaan halus yang tiba-tiba menjalar ke tangkai hatinya, Zahrain lekas-lekas mengalihkan matanya dari terus-terusan menatap anak mata Mikael Zahra.

Zahrain masih lagi memerhati Mikael Zahra yang kalut-kalut masuk ke dalam perut kereta berjenama mewah itu. Masuk sahaja tubuh Mikael Zahra dalam perut Range Rover bewarna shining grey itu, terus tidak Nampak bayangnya langsung. Tinted habis!

Mikael Zahra yang tengah serabut melilit selendangnya itu juga sempat lagi memerhatikan Zahrain yang segak berbaju melayu bewarna ungu dan dipadankan dengan kain pelikat itu.

"Haa dah macam suami mithali nak menghantar isteri tersayang pergi kerja pun ada!"

Mikael Zahra sempat lagi merepek!

Selesai mengemaskan lilitan tudungnya, Mikael Zahra terus menukar gear P ke gear R lalu masuk ke gear D. Hanya bau asap enjin mewah sahaja menjadi peneman Zahrain saat itu. Tiba-tiba dia mengeluh sendiri.

"Huhhhhh..."

"Teruk sangat kau mengeluh tu Zahr, apesal?"

Adam yang terconggok di tepinya itu dipandang sekilas. Dia cuba menatap mata Adam sedalam yang mungkin. Nak tahu samada jantungnya akan sama berdegup seperti tadi atau tidak?

Adam yang tercegat itu menegerutkan mukanya tanda pelik dan sebenarnya dia lebih rasa nak hempuk sahaja muka sepupunya itu dengan kusyen kecil.

"Kau dah apehal? Tangkap cintan dengan aku ke apa??? Jangan buat pasal Zahr, aku ni teruna yang sejati hokeh!"

"Otak kau! Aku tahulah, ingat aku ni jahiliyyah sangat ke hahhh?"

"Yelah, mana tahu kot kau tiba-tiba menyimpan perasaan kepada aku yang terkacak satu level daripada kau ni mana tahu..."

Zahrain tak rasa berdebar macam mana dia berdebar bila dengan Mikael Zahra.

"Aku rasa pelik lah Adam. Aku cakap dengan kau ni tapi kau jangan fikir bukan-bukan pula... aku rasa macam aku ni kena pukau bila tengok si Mikael tu. Jantung aku berdebar lain macam lagi-lagi bila aku tengok alis mata mamat tu!!!"

"Aku gay ke doh?"

...

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now