*Majlis perkahwinan Sofiya dan Adam*
"Sofiya dah, kamu bila lagi Mika? Kalau tak jumpa calon, biar Tokbak carikan nak?"
Agak dah Tokbak akan bahas benda ni! Nak aja dia balas 'BUKAN TAK NAK TOKBAK TAPI SEBAB RAMAI SANGAT BERATUR NAKKAN MIKA SAMPAI TAK MENANG TANGAN NAK MEMILIHNYA!'
"Jangan Kak Mika. Nanti Tokbak carikan geng surau dia yang rambut dah sama putih dengan benang kopiah!"
"HAHAHAHAHA"
Mikael Zahra dan Sofiya sudah bantai gelak! Tak manis benau (benar) perempuan gelak macam tertelan microphone! Kuat hahahaha...
"Sofiya, Mikael! Tokmak jahit mulut karang, ni ketawa mashaallah kuat sangat! Nanti jangankan lelaki hensem yang bukan geng rambut putih Tokbak pun tak nak tahu!"
Mereka semua sama-sama ketawa bila dengar ayat Tokmak. Mikael Zahra memang rapat dengan keluarga Sofiya. Macam tu juga Sofiya yang rapat dengan keluarganya.
Persiapan terakhir adalah memakai inai. Meriah majlis malam berinai Sofiya. Simple sahaja temanya. Taklah over-over macam artis-artis tu. Hanya bertemakan kurung kedah dan kain batik. Mikael Zahra boleh buat lawak bila dia pakai kain batik tapi stylenya serupa macam Tokbak yang pakai kain pelikat!
Budak bandar, katanya! Kalau baba tahu mesti kena punyalah! Ayat femes baba bila Mikael Zahra kekok dengan cara orang Melayu.
"Macamlah your first solid food mama dengan baba bagi Zahra makan maggot cheese! Tahu kalau tak reti pakai kain batik, memang baba bagi Zahra sambal belacan tahu!"
Dah boleh hafal dah dialog Megat Yusof!
Ada ke patut maggot cheese juga baba sebut!
...
"Nervous doh aku esok!"
"Chilllah Dam. Kau nervous sikit-sikit sudah!"
Senanglah Zahrain bagi kata-kata semangat yang taklah semangat mana!
"Baca doa banyak-banyak, aku doakan esok majlis kau berjalan dengan lancar."
"Aminnn, thank you Zahr!"
"Welcome buddy!"
...
*Di majlis akad nikah*
"Aku terima nikahnya..."
"Sah,"
"Sah."
"Sah."
Tetamu yang hadir sudah mula memenuhi ruang makan yang tersedia di luar rumah. Majlis akad nikah ni tak ramai pun yang hadir. Hanya jiran-jiran terdekat dan ahli keluarga sahaja.
Mikael Zahra sudah mula menapak ke meja Panjang yang menempatkan nasi minyak.
Zahrain yang berada didepannya itu mulanya dibiarkan sahaja tapi bila Nampak lelaki itu laju mencedok lauk kambing kurma itu terus dia menegah! Karang ada yang buat drama bawah khemah karang!
Zahrain yang alah dengan daging kambing itu takut pula tiba-tiba mengalami symptom allerginya! Jenuhlah abang ambulance nak bawa Zahrain pergi hospital terdekat!
"Jangan makan!!"
Terkejut Makcik Yam yang sedang menyuap bubur kacang merah itu! Tersedak orang tua itu dibuatnya!
Zahrain juga menoleh ke arah suara yang nyaring dibelakangnya.
"Tu daging kambing."
Makin berkerut dahi lelaki itu.
"You are allergic with lamb, right?"
...
"Ohh thank you! Kalau tak mesti dah kena allergic attack. Kecoh pula karang dekat majlis orang pulak tu!"
Tapi...
"Macam mana awak tahu saya alah dengan kambing?"
Laju betul mulut Mikael ingin menjawab...
"Kan awak ada cakap awak allergic masa kita makan dekat Mel..."
"Ehhh! Maksud saya dekat Selasih hari tu! Takkan tak ingat kot!"
Zahrain sudah buat muka pelik.
'Ada ke eh?'
"Really?"
"Yeahh... ehh jomlah makan."
Lepas dah meng-ehh jomlah makan, bukannya dia makan bersama dengan Zahrain, tapi Mikael Zahra terus blah masuk dalam rumah!
'Lagi sikit aku nak terlepas cakap MELAKA!'
...
Seingat Zahrain dia tak pernah pula bukak cerita pasal allergicnya dekat Mikael versi perempuan ni. Yang dia masih ingat, dia pernah cakap pasal benda ni masa makan malam dengan Mikael versi lelaki dekat Asam Pedas Power di Melaka dua bulan lepas.
'Mungkin kot aku ada cakap...'
...
P/S: KITA SAMBUNG NANTI OKAY!!
YOU ARE READING
SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]
Historia Corta"Unfortunately, there is no room available at this moment..." Habis sekarang aku nak kena tidur bawah kolong ke tidur tepi mahkamah? - Mikael Zahra Keadaan yang mendesak dirinya membuat kerja gila yang memang orang gila pun tak terfikir nak buat! ...