28

1.6K 119 4
                                    

*di firma guaman*

"Cik boss bila pula nak bagi kita orang rasa nasi minyak?"

Kalau dah mulut macam Bawang Rangers sudah pasti milik Dian! Dia seorang sahaja yang memanggil Mikael Zahra dengan gelaran Cik Boss. Yang lain memanggilnya dengan panggilan Puan. Walaupun belum berkahwin 😭 tapi itu sebagai tanda formal.

"Haah Puan, kami pun teringin sama nak merasa nasi minyak Puan Mikael hehe..."

Sakan mereka semua mengusik Mikael Zahra. Mikael apa lagi memang jawablah balik. Kaki menjawabkan!

"Kalau saya kahwin pun rasa nasi minyak tu sama juga! Sebab saya tempah caterer yang sama macam Jibrail guna hujung bulan ni nanti. Jadi, sabtu nanti makanlah puas-puas sebab tu dikira korang dah rasa nasi minyak saya juga!"

"Uitt meriah betul sampai dekat corridor luar dengar. Puan korang ni nak kahwin ke?"

Sofiya yang baru tiba di muka pintu pejabat itu kelihatan mengah. Dah macam baru habis marathon jogathon sahaja gayanya!

"Bukan Puan Mikael tapi abang dia. Sabtu nanti semua dijemput hadir."

Selepas mereka semua berborak, tepat pukul 9 pagi masing-masing sudah mula memulakan tugas yang tidak pernah surut itu.

...

"Sekejap lagi Cik Boss ada meeting dengan ZA Architect. Wakil dari ZA dah booking meja dekat Pokok.

Mikael Zahra hanya mencatat detail penting sahaja. Sebelum pukul 11:30 nanti dia harus bergerak ke Pokok (boleh gugel nama cafe ni oki 💻)

Mikael Zahra sedikit gementar bila mengenangkan yang dia ada janji temu dengan ZA Architect.

*di Pokok* (nampak macam ada meeting atas pokok pun iye juga hahahah)

"Assalamualaikum."

Ternaik kening Mikael Zahra bila mendengar suara yang asing itu.

'Ini bukan suara Zahrain.'

Sah memang bukan Zahrain. Mikael Zahra perasan sejak dua menjak ni Zahrain macam cuba mengelak daripada berjumpa dirinya sahaja. Iyelah, segala urusan yang memerlukan campur tangan Mikael Zahra pasti hanya wakil daripada ZA Architect sahaja yang akan berususan dengannya. Tak seperti selalu.

Paling ketara perubahan lepas incident Mikael Zahra menghantar Zahrain pulang ke rumah kerana kereta lelaki itu rosak.

Ada juga Mikael terfikir akan silapnya sehingga lelaki itu mengelak daripada bersemuka dengannya hatta atas sebab kerja sekalipun!

...

'Ha apalah nasib! Menunggu orang lain tapi orang yang tak langsung ditunggu pula yang munculkan diri!'

Iye! Mikael Zahra sedikit kecewa apabila bukan Zahrain yang datang berjumpa dengannya untuk meeting kali ini.

...

Moodnya terus ke laut selepas pulang berjumpa dengan wakil ZA Architect ; Encik Maulana Zaidan.

Cepat-cepat Mikael Zahra sedarkan diri untuk kembali fokus pada kerja yang menimbun. Ahhh stress!

P/s: korang rasa kenapa Zahrain lain maciam? Selalu dia paling teruja nak jumpa dengan Mikael Zahra!

P/s: korang rasa kenapa Zahrain lain maciam? Selalu dia paling teruja nak jumpa dengan Mikael Zahra!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now