14

1.8K 148 11
                                    

Mikael Zahra sudah rasa macam nak je sumbat mulutnya dengan gearbox masak merah yang dia ambil tadi!

"Kau sengaja nak tempah padah ke Mikael oii!"

Jantung yang masih laju berdegup itu cuba di sama rentakkan. Tengah-tengah membebel sendirian, Sofiya datang mendekati dirinya di satu sudut rumah yang agak terperuk.

"Kau buat apa duduk sini sorang-sorang!"

"Mangkuk tingkat!!!"

Kuat Mikael Zahra menjerit akibat terkejut. Nasib baik tidak tersedak sekali sum-sum yang dia tengah sedut menggunakan straw kecil itu!

"Sofiya! Kau boleh tak jangan buat aku terkejut, kalau aku mati terkejut nanti macam mana?"

Bila Nampak muka Mikael Zahra yang sudah sedikit keruh itu pandailah Sofiya ambil hati sahabatnya Kembali. Tahu yang Mikael Zahra betul-betul terkejut dan tidak suka diperlakukan sebegitu.

"Minta maaf okay?"

Lembut sahaja suara Sofiya saat memujuk Mikael Zahra. Sofiya macam tahu-tahu sahaja yang Mikael Zahra ada sembunyikan sesuatu.

"Kau kenapa Mika?"

"Haaa hmm..."

"Ceritalah, aku dengar..."

"Kau marah tak kalau tiba-tiba kau tahu ada orang tipu kau hidup-hidup?"

"Depends. After all aku akan tanya dulu kenapa orang tu sanggup menipu aku seccara hidup-hidup."

"Tapi aku bet tak semua orang macam kaulah Ya..."

"Kau yang ditipu atau kau yang menipu?"

"Long story and aku tak nak semakkan hari Bahagia kau dengan masalah aku. Dah, cut the topic and jom makan..."

Sofiya masih tak puas hati bila dengar jawapan sedemikian rupa! Tak adil betul setiap kali dengan Mikael Zahra, pasti dia tak boleh nak korek semua isi hati sahabatnya secara total.

Tapi Mikael Zahra memang pandai mengorek isi hatinya. Apapun, lambat-laun nanti pasti dirinya juga yang Mikael Zahra akan rujuk. Tiada orang lain yang wanita seorang itu akan rujuk.

"Kalau nak makan, jom makan dekat luar! Ni makan sendiri dah macam kena pulau! Nanti tokbak dengan tokmak Nampak kau dekat dapur sensorang, bising mulut dia orang marah... jom!"

"Alaaaaa, aku makan kat sini jelah. Kalau dia orang marah, pandailah aku klentong eh?"

"Tak ada maknanya Mikael Zahra binti Megat Yusof! Kau bawa pinggan kau ikut aku pergi depan sekarang."

Nak tak nak kenalah Mikael Zahra menurut kehendak pengantin sorang ni.

Daripada jauh Nampak dah betapa rancaknya Adam sedang bersembang dengan Zahrain. Ha lupa nak cakap yang tokbak juga ada sekali.

Sekarang ni apasal minah ni bawa aku sekali pergi meja yang menempatkan tiga orang lelaki itu!

"Ha ni pun Mika puaslah aku mencari kamu Mika! Menyorok dengan gearbox ke apa?"

"Aduh macam mana tokbak tahu ni???"

Biasalah kalau dah namanya Mikael Zahra, memang kuat benar menyakat tokbak!

"Duduk sini makan diam-diam. Mika ni tokbak menyorok makan sendiri dekat dapur tu..."

Belum sempat tokbak membebel pantas Mikael Zahra bersuara.

"Minta maaf minta ampun. Tadi ramai okay dekat sini, sebab tu Mika makan dekat dalam..."

"Ada jelah alasan cucu bertuah sorang ni."

Zahrain dan Adam hanya menjadi pemerhati sahaja sejak tadi. Cuma ada kalanya mereka akan ketawa melihat telatah Mikael dan tokbak.

...

Tak tenteram bila pasangan mempelai itu meninggalkan dirinya dan Zahrain berdua. Tokbak memang sudah lama lesap bila kawan-kawannya datang.

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now