"Assalamualaikum!"
Suara Tokbak dan Tokmak kedengaran. Laju sahaja mulut menjawab salam yang diberi oleh pasangan otai itu! Cantik Tokmak mengayakan baju kurung berwarna putih keemasan. Tokbak juga apa kurangnya sama segaklah dengan baju batik jawa bertanahkan warna putih itu.
Sedondon!
Haa samalah dengan Nektokdan Tok-nya juga! Pasangan otai yang lovely-dovely.
Well, tengoklah siapa yang belikan! Sudah pasti si riak bernama Mikael Zahra hehe...
"Uuu segak-segak nak pergi mana ni Tokbak! Rasanya ni bukan majlis nikah Tokbak kan??"
Sengajalah buat pasal bila dah nampak kawan gaduhnya.
Ada ke patut buat Tokbak jadi kawan gaduh hahaha.
"Sapa nak dekat Tokbak ni Mikael oii! Rambut pun semua dah putih aihh!"
Tokmak sudah bersuara dah hahaha. Join sekaki setangan dengan Mikael Zahra mengenakan Tokbak.
"Memanglah tiada siapa nak kat aku tapi kamu tu yang masih lagi setia dengan aku Rahimah oii. Aku ni kan chenta sejati kamu!"
Masing-masing hanya tergelak sahaja. Tunggu kejap lagi bila Nektok dengan Tok join! Ha sakanlah mereka berempat bergossip!
"Tokbak, Sofiya mana?"
"Takkan Tokbak order grab guna telefon 3310 kot?"
Girl! Back off, Tokbak dah maju okeh! Tokbak dah upgrade ke Android tau!
"Aku luku kepala kamu satgi Mikael! Tengok sikit ni telefon Tokbak yang baru! Hehe ada kerlas tau jangan main-main..."
"Fiya dengan Adam datang kejap lagi. Tengah berperang kemas rumah katanya."
Tak sempat nak perabih ayat, Mikael Zahra sudah memotong ayat Tokbak! Dasar tak menyabar!
"Habis Tokbak dengan Tokmak datang dengan siapa?? Fiya tahu tak Tokbak dengan Tokmak dah keluar? Eii risaulah pula kalau betul Tokbak dengan Tokmak keluar sendiri..."
Bila member tak habis cakap tapi dah kena potong dengan cucu bertuah ni memang mendapatlah! Jari tua itu laju menjentik dahi Mikael Zahra hahaha.
"SAKITLAHHHH TOKBAKKKKK"
"Tahu sakit! Aku tak perabih ayat kamu dah potong lagi sakit tahu hati kita!"
"Aku datang dengan sepupu Adam. Zahrain tu hah... dia tengah parking kereta tadi."
Oohh oohhh!
Zahrain datang???
Entahlah tapi Mikael Zahra rasa teruja sangat untuk berjumpa lelaki itu! Gila tapi betullah dia memang sedang menunggu lelaki itu. Tak sangka pula Zahrain akan turut hadir ke majlis perkahwinannya.
Eh silap!! Majlis perkahwinan Megat Jibrail.
'Majlis perkahwinan kau buat apa! Nak kahwin dengan siapa? Tiang letrik ke? Sila sedar diri kau tu hampir masuk zone A.N.D.A.R.T.U second class degree!'
Ingat degree sahaja ada class of honour? Andartu pun ada! Kalau yang first class degree in Andartu tu bila umur dah meningkat 30 series 😂
..."Assalamualaikum."
Suara Zahrain mula kedengaran di telinga Mikael Zahra binti Megat Yusof.
'Aii kacaknya lahai! Baju dahlah warna sedondon dengan aku! Tak menyesallah pakai baju warna dusty purple!'
Tapi ada satu benda yang kacau! Muka Zahrain yang sedikit kelat bila berjumpa dengan Mikael Zahra.
"Sah kau ada buat silap ni Mikael!"
...
Tetamu yang lain sudah mula memenuhi ruang makan yang tersedia.
Alhamdulillah Megat Jibrail dan Auliya sudah selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz (cliche betul kalau ciri suami mithali harus dengan sekali lafaz! Kitab manalah orang melayu ni ikut... 😂)
"Tahniah abang Jibrail dengan kak Liya. Mika happy sangat bila ada geng perempuan dalam keluarga ni, hehe lepas ni jangan haraplah baba, abang dengan Ridhwan boleh buli Mika! Quota dah cukup, 3 lawan 3! Baru fair!"
"Mama sokong! Tapi kalau bab nak buli Zahra mama akan masuk pakatan pengkhianat Jibrail lah iaitu The Megats..."
Soraya pun memang suka sangat menyakat anak dara tunggalnya.
"Hahaha takpe akak backup Mika!"
Masing-masing ketawa sebelum abang cameraman meminta mereka untuk bergambar.
...
Mikael Zahra nampak Zahrain sedang duduk makan sendiri di meja bulat yang terletak di tepi taman kecil Soraya.
"Aku kena kasi settle masalah aku dengan Zahrain. Tanya apa yang patut ditanya!"
Mikael Zahra sudah nekad dan dia harus berdepan dengan Zahrain untuk merungkai masalah sebenar sehingga membuatkan lelaki itu jadi lain!
P/s: Apa masalah sebenarnya ni??? Aduhh kuaut-kusut... macam biasa jangan lupa untuk VOTE AND COMMENT okii 🤗
YOU ARE READING
SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]
Short Story"Unfortunately, there is no room available at this moment..." Habis sekarang aku nak kena tidur bawah kolong ke tidur tepi mahkamah? - Mikael Zahra Keadaan yang mendesak dirinya membuat kerja gila yang memang orang gila pun tak terfikir nak buat! ...