2

2.4K 184 18
                                    

Kau jangan buat gila Mikael!! Puan Latifah tu minta penyewa lelaki! Maksudnya penyewa bilik yang lain ni semua lelaki? Tak akanlah kau dah hilang akal pula nak menyewa bilik dalam rumah bujang?

Mikael Zahra memang sudah gila bila dia sudah menelefon Puan Latifah!

"Puan, saya merayu dekat puan. Seminggu je saya sewa bilik tu. Janji, saya tak buat onar sepanjang saya menyewa. Saya esok ada trial dekat mahkamah puan. Semua hotel area sini dah penuh. Ada pun yang memang jauh dari mahkamah... Puan pun mesti fahamkan jalan dekat Melaka ni mana je yang tak sesak?"

Serba salah Puan Latifah bila mendengar hujah-hujah lawyer-burok sorang ni! Ada je akal nak goreng sampai hangus! Mikael Zahra sudah tiada pilihan lain dan dia sendiri akan bertanggungjawab sepenuhnya kalau terjadi apa-apa. Yang penting, baba dan mama tidak boleh tahu akan hal yang satu ini. Mahu kena penggal kepalanya balik nanti!

"Kalau awak nak masuk, saya boleh bagi kunci. Selalunya teruna tiga orang tu balik lewat petang, kalau awak nak masuk sekarang nib oleh lagi..."

Tak payah tunggu lama, Mikael Zahra sendiri sudah menawarkan dirinya untuk pergi mengambil kunci rumah itu! Senanglah kalau penyewa lain tidak ada waktu sekarang, jadi tak perlulah dia nak leceh-leceh buat sesi tukar biodata dengan mereka!

"Lagi setengah jam akak sampai dekat kamu. Kamu tunggu akak kejap, boleh?"

"Boleh! Saya tunggu akak."

Nampak betul tengah terdesak tahap babun budak bertuah seorang ni.

"Ya Allah, aku betul-betul minta maaf. Janganlah kau petir aku sampai aku meninggal saat ni Ya Allah. Aku harap sangat kau akan mudahkan urusan aku..."

Mikael Zahra tidak berhenti berdoa agar Tuhan tidak mengazabkan dirinya saat itu. Dia akan jaga dirinya walaupun dia sedar terang-terang yang agama tidak membenarkan. Bukan bodoh pun Cuma dia buat-buat bodoh. Hmm, tu namanya bodoh berskala dua, Mikael Zahra oii.

"Janji dengan akak seminggu je kamu duduk rumah ni. Nasib baik bilik tu memang master bedroom. Toilet semua dah siap dalam tu, kalau tak mana kamu nak kena berkongsi toilet pula Mikael oii! Kalau tiga teruna kacak tu buat yang tidak-tidak, contact akak terus. Memang akak kasi penampar perisa hawaw terus dekat dia orang."

Mikael Zahra tergelak bila dengar, hahaha. Penampar berperisa hawaw... mesti berdengunglah rasa dia kan?

Puan atau Kak Latifah sudah menunjukkan bilik yang dia akan inapi selama seminggu itu. Luas dan selesa. Macam tak percaya yang tiga lelaki duduk menyewa di rumah itu. Sebab teramat kemas dan bersih, kalah dengan rumah bujangnya dan kalau nak cakap bilik yang tersedia di rumah Megat Yusof dan Soraya, lagilah tak Nampak macam anak dara yang duduk. Nampak macam siamang hutan yang terperap dalam bilik itu. Meja kerjanya yang penuh dengan segala macam fail dan buku-buku yang dijadikan bahan rujukan serta akta jangan cakaplah!

Kak Mas juga tidak dibenarkan untuk mengemas meja kerjanya. Pernah juga Kak Mas terkemaskan mejanya dan habis Mikael Zahra selongkar satu bilik...

Dia tak pernah dididik untuk marahkan orang walaupun Kak Mas itu hanya pembantu, tapi dia layak dihormati. Semua orang layak dihormati.

Tepat 6.30 petang, kedengaran suara-suara garau milik lelaki mula memenuhi ruang rumah itu. Mikael hanya menelan liur yang saat ini berperisa kesat-kesat pasir! Perut juga mula meragam.

Meragam tandanya tuan badan sedang tidak keruan. Takut!

"Macam mana kalau kau kena tangkap khalwat Mikael?!"

Elok sangatlah baru sekarang kau nak terfikir satu benda tu Mikael Zahra binti Megat Yusof! Agaknya tadi otak kau tertinggal dekat Asam Pedas Power agaknya ek?

Suara lelaki sudah semakin mendekat, tandanya mereka sudah berada berdekatan dengan bilik tidurnya!

"Mampus kau!!"

"Mama tolong Mika!!"

"Ya Allah, selamatkanlah aku ya Allah. Aku minta maaf sangat sebab dah derhaka dengan kau Ya Allah!! Please Ya Allah, save me!!"

...

"Assalamualaikum, bro?"

...

"Cuba kau ketuk kuat sikit, kot mamat baru ni tak dengar."

...

"Betul-betul. Cer bagi salam balik weh..."

Cubaan kali kedua hampir gagal, tapi Mikael Zahra cuba kuatkan dirinya untuk berdepan dengan tiga lelaki itu! Segala bukti yang menunjukkan dia seoarang wanita sudah disembunyikan dengan jayanya!

Sekarang, Mikael Zahra selesa menyarung hoodie oversize berjenama G.A.P itu. Tidak menjadi masalah bagi dirinya sebab fizikal badannya yang kurus tinggi itu senang sahaja nak menyamar... banyak kali dia menelek imbasan fizikalnya di depan cermin yang tersedia di dalam bilik itu. Suara juga cuba di besarkan ala-ala abunck-abunck gym badan sado berketul!

"Sorry bro, kacau..."

Enam pasang mata tertumpu kepada Mikael Zahra. Dalam hati seperti mahu pecah! Takut kalau mereka bertiga tahu dia seorang perempuan!!! Sudah bersedia untuk dihalau secara berjemaah dan sudah bersedia untuk tidur di dalam kereta sahaja!

Mereka bertiga diam melihat 'lelaki' yang baru menyewa itu. Nampak macam pelik tapi takt ahu tang mana yang pelik...

"Hmm tak apa bro! Aku pun tak buat apa sangat pun..."

...

Jeda.

Janggal.

...

"Err, aku Mikael Zah..."

"Ehh nama aku Mikael Yusof."

Mahu sahaja Mikael potong lidahnya sekarang juga! Kalau terlepas tadi macam mana?!

"Aku Adam. Panggil Adam."

"Aku pula Riz Adam, panggil Riz."

"Zahrain."

Bila mereka bertiga menghulur tangan untuk bersalaman dengan dirinya, terus sahaja Mikael Zahra membuat alasan!

"No handshake at the moment... aku baru keluar toilet tak sempat pula nak sabun heheee..."

Sah, patutlah kau kerat lidah kau Mikael Zahra! Alasan terpaling bijak tu juga kau bagi kenapa?!

"Hahaha, sorry bro kacau business pelaburan kau!"

Mereka berdua tergelak sahaja mendengar jawapan Mikael Zahra! Ya, dua orang sahaja yang gelak. Lelaki bernama Zahrain itu hanya diam sahaja. Macam tak gemar untuk masuk campur (?)

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now