7

2K 169 8
                                    

previous;

Game yang paling Mikael Zahra tak reti main! Ajar banyak kali pun, dia masih benak nak faham. Dia tak minat main permainan video itu kecuali The Sims. Itu kalau dah start main, sampai sudah tak berhenti.

now;

"Err, aku tak reti main Zahr game tu... nanti elok kau kekal tenang terus naik tekanan stress kau sebab terpaksa mengajar aku main game tu..."

"Hahaha, kau ni sama dengan adik bongsu akulah Mikael. Kalau macam tu kita main Street Fighter lah nak?"

Street Fighter ke Street Migther ke aku tetap tak reti nak main Zahrain oii!!

Lambat-lambat baru Mikael Zahra menjawab yang dia bersetuju untuk bermain PS5 bersama Zahrain. Aikk, macam lupa je yang mereka sekarang ni tinggal berdua sahaja di dalam rumah ini...

Silap! Bukan berdua tapi bertiga. Setanlah siapa lagi kan...

Jadi, diingatkan supaya kita jaga batasan antara XY dan XX. Jangan main lenjan nak berdua. #donedakwah!

Semangat Zahrain mengajar Mikael Zahra bermain dan banyak kali juga Mikael Zahra kalah dalam permainan video itu. Zahrain lah paling juara sampaikan Mikael Zahra mengeluh tanda give-up!!

"Alaaa, kalah lagi..."

Tanpa sedar suara asli wanitanya terkeluar.

Rengekkan yang kedengaran meleret dan lembut itu memang penambah rasa!

Zahrain yang mulanya sudah mula okay detak jantungnya kini Kembali menjadi tidak keruan. Mahu sahaja dia menampar pipi sendiri kuat-kuat tapi nanti apa pula Mikael akan fikirkan...

Mikael Zahra yang sedar dia sudah terlajak perahu, cepat-cepat dia masuk mode penyamarannya! Wajib kalau tidak mahu dihalau keluar. Dihalau masih lagi okay tapi kalau diapa-apakan dengan Zahrain ni lagi haru!

'Tapi Zahrain tak macam tu kot... dia budak baik!'

'Alaa dah namanya lelaki sama aja kan?'

Mulalah Mikael Zahra bermonolog sendiri dengan suara-suaranya.

"Ehem..."

Suara digaraukan Kembali sebelum menyambung ayatnya...

"Kau ni bro bagilah aku chance nak menang, tahulah pro!"

Zahrain hanya tersenyum sahaja sebelum dia bertindak mengusap lembut kepala Mikael Zahra yang bertutup dengan hoodie berwarna hitam berjenama Guess. Nasib baik Mikael Zahra ada terperasan hoodie yang dia pernah tinggalkan di dalam kereta Megat Yusof minggu lepas. Jadi bolehlah bertukar-tukar hoodie, taklah asyik memakai hoodie yang sama selama seminggu ini.

'Dia gosok kepala kau Mikael Zahra!!! Eiii!!!'

'Tapi kau tak boleh nak salahkan dia pula manalah dia tahu kau ni perempuan!!'

'Kau yang cari nahas, terimalah. Tapi kalau dah melampau, kau bagi jelah penampar berperisa hawaw sedas dua!'

Zahrain rasa Bahagia dan dalam masa yang sama dia rasa yang dia tak boleh rasa macam itu memandangkan Mikael itu kaum sejenisnya!

...

"Mikael, esok kalau kau free jomlah pusing Melaka sebab alang-alang aku pun free esok. Nak?"

Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia bersetuju tapi takkan esok nak pakai hoodie juga? Nak tolak tapi rasa bersalah tapi...

"Err... tak bolehlah Zahrain. Aku esok busy sikit nak kena review documents and petangnya aku kena settlekan few things. Lain kalilah kita keluar eh?"

Ikut sedap je nak ajak anak teruna orang keluar melepak lain kali. Mana kau nak keluar dengan dia lepas ni kalau kau dah nak balik lagi tiga hari? Hari Rabu 'tenancy contract' kau dengan Kak Latifah dah tamat tahu!

"Kalau macam tu esok kita keluar dinner sama nak?"

Malapetaka yang kau cari sendiri Mikael Zahra! Nama aja peguam tapi kenapa kau cakap tak fikir dulu??? Ehh akulah dengan budak ni! Bak kata 'sasterawan' Twitter bernama Anep – maleh aque...

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now