Seorang kanak-kanak berusia lima tahun sedang melihat bapanya memakai rambut palsu berwarna biru muda di hadapan sebuah cermin. Si bapa pula tekun memperkemaskan rambut tersebut sebagai sentuhan terakhir sebelum meninggalkan rumah itu bersama-sama anak tunggalnya.
"Papa. Lama lagi ke? Syah dah siap." Kata anaknya yang turut mahu mengikut bapanya ke pesta tersebut bersama-sama ibunya.
Si bapa melihat ke arah anaknya selepas selesai uruskannya tadi. "Wah, comelnya anak papa. Macam Harith betul." Pujinya.
Syah yang sejak tadi memegang ekornya sambil tersengih. "Mestilah sebab Syah selalu comel."
Syam memegang telinga kucing anaknya itu. "Papa nak telinga ni, boleh?"
Syah pantas menutup telinga kucing di atas kepalanya. "No!" Dia berlari keluar dari bilik ibu bapanya.
Syam ketawa. "Papa gurau je la." Kata Syam seraya mencapai sebilah pedang berbilah biru muda seperti rambutnya.
Beg sandang berwarna hitam diambil dari atas katil. Di dalam beg tersebut terdapat barang-barang keperluan anaknya dan dirinya. Pakaian untuk ditukar selepas pesta tersebut. Itu sudah menjadi kebiasaan mereka untuk membawa sebuah beg sandang sedemikian ketika menyertai pertandingan cosplay. Segalanya disiapkan oleh Erzen Laiss yang kini berada di dalam bilik ini.
"Erzen. Dah siap ke? Bray dengan Safuan dah sampai ni." Panggil si isteri di hadapan pintu bilik tersebut.
"Dah." Katanya lalu berjalan ke arah pintu bilik.
Beg sandang diserahkan kepada Enes. "Nah. Syah mana?" Pintu bilik ditutup.
"Dah keluar. Beria-ria dia tunjuk pakaian dia dekat mereka tu." Enes mengekori Erzen menapak turun anak tangga menuju ke pintu rumah.
"Cantik. Memang sesuai dengan kau. Pandai tak aku pilih pakaian?" Kata Erzen yang merujuk kepada pakaian Enes bertemakan hero Luo Yi. Pedang diselit pada tali pinggang.
Enes terjerebak sama seperti biasa apabila Erzen terlibat dengan aktiviti cosplay walaupun dia tidak menyertai pertandingan. Bukan selalu mereka sekeluarga meryertai aktiviti sedemikian. Hanya pergi apabila Erzen mahu meluangkan masa bersama-sama keluarga di sana jika dia tahu tentang pesta cosplay. Tetapi sejak dia mengenali Adam. Dia sering pergi bersama-sama dengan Adam jika ada masa lapang. Itu pun kalau Syah tidak mahu ikut.
"Biar aku teka. Erzen, kan?" Soal Safuan kepada sahabatnya itu.
"Dah tahu. Buat apa tanya?" Kata Erzen.
Enes ketawa kecil sambil mengunci pintu rumah mereka. "Siapa lagi la yang teruja kalau pasal cosplay ni?"
"Aik? Aku fikir anak kau je. Enes pun kena juga?" Kata Bray yang mendukung Syah.
Syah pula sedang bermain dengan patung monyet di atas bahu kanan Bray. Dia memegang watak sebagai Claude.
"Baru la seronok pergi satu family kalau sama-sama cosplay. Tak rasa bini aku rasa terpinggir." Kata Erzen lalu mengambil anaknya kembali.
Bray menyerahkan Syah kepada Erzen. "Sayang juga kau, ya?"
"Ceh. Kalau tak bawa nanti menangis pula." Kata Erzen.
"Bila masa pula aku menangis? Aku risau Syah yang menangis. Kau sibuk dengan hal kau je. Syah merayap nanti. Hilang macam mana?" Kata Enes dengan perasaan tidak berpuas hati dengan Erzen.
"Whatever." Kata Erzen lalu mengabaikan Enes.
Dia membawa Syah masuk ke dalam keretanya. Bray dan Safuan kembali ke arah kereta Bray di luar pagar rumah tersebut. Enes hanya mampu mengeluh dan masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystère / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...