DUNIA MAGIS : KEBENARAN

34 5 0
                                    

Seorang raja sedang duduk di atas kerusi keagungannya sambil mendengar luahan wakil-wakil rakyat dari beberapa buah kawasan atau daerah. Kebanyakan daripada mereka mengadu tentang kehilangan golongan perempuan di kawasan masing-masing dan penampakan kemunculan Vampire di kawasan bandar. Terdapat juga wakil rakyat yang memberitahu berita tentang kemunculan serigala jadian di kawasan daerahnya. Namun, tidak seorang pun mengadu tentang ahli sihir yang menculik golongan perempuan. Kes kehilangan golongan perempuan dikaitkan dengan kemunculan Vampire sejak akhir-akhir ini. Walhal, Vampire itu baru sahaja muncul untuk beberapa hari di bandar utama Kerajaan Matahari berbanding dengan kes kehilangan golongan wanita selama ini.

Raja muda itu berdiri selepas semua wakil rakyat selesai mengadu melaporkan situasi daerah masing-masing kepadanya. "Vampire? Masih ada lagi? Kalau begitu. Beta titahkan untuk tangkap Vampire tu. Mustahil untuk dibunuh sebab hanya darah ahli sihir sahaja yang mampu membunuhnya."

"Ampuan Tuanku. Zaman sekarang sudah tiada ahli sihir di kerajaan kita. Bagaimana Tuanku mahu membunuhnya nanti?" Tanya seorang bendahara kepada rajanya.

"Beta ada caranya."

*

Aron sedang melakukan persiapan untuk ritual penyeruan roh. Jasad seorang wanita berada di atas lantai yang sudah siap dilukis lingkaran sihir. Tujuannya ialah untuk menyeru roh milik kawan baik Sharon dan dimasukkan ke dalam jasad seseorang yang masih bernyawa itu. Wanita yang menjadi mangsanya hanya pengsan akibat sihir yang digunakan oleh Aron sebelum ini.

Aron mencapai sebilah pisau lalu dia menghiris tapak tangan kirinya untuk mendapatkan darah. Kemudian, dia menitiskan darah tersebut di atas lingkaran sihir. Namun, tujuannya itu terbantut apabila dia terdengar bunyi loceng pintu rumahnya. Dia pula dengan pantasnya mengalihkan tangan kirinya sebelum sempat darah menitis pada lingkaran sihir itu.

Darah miliknya sendiri dijilat dengan perasaan tidak berpuas hati. "Siapa pula datang masa aku tengah sibuk ni?"

Luka pada tapak tangannya segera menghilang kerana magis rawatan miliknya. Aron keluar dari bilik ritual dan menuju ke arah pintu rumahnya. Pintu dibuka.

"Raja Raden?"

Raja Raden senyum lalu berkata. "Selamat petang, Aron? Tadi beta ke rumah tuan hamba tapi ibu tuan hamba kata tiada di rumah. Maka, ibu tuan beri alamat rumah ini. Nasib baik rumah betul. Risau saja sesat sendirian dalam hutan ni." Jelasnya kepada Aron.

Aron mengukir senyuman paksa. Walhal di dalam hatinya sedang murka. "Mengapa ibu beri alamat rumah aku? Patutlah tak aman aku nak buat kerja ni."

"Tuanku jemputlah masuk. Rumah saya bersepah sikit. Sibuk buat ramuan. Ada tempahan di luar daerah." Kata Aron yang penuh berdalih.

Raja Raden berpakaian serba kuning tetapi mengenakan kerudung berwarna hitam untuk mengelakkan dirinya menjadi perhatian. Tambahan pula, dia keluar sendirian tanpa ditemani oleh pengawal peribadinya. Raja muda itu melangkah masuk ke dalam rumah Aron yang merupakan rakannya sejak kecil.

"Apa tujuan Tuanku datang ke mari?"

"Mahu minta tuan hamba cipta senjata yang mampu membunuh Vampire. Bukankah itu senang bagi tuan hamba kerana hanya darah tuan hamba yang mampu membunuhnya." Kata Raja Raden ketika berjalan ke arah ruang tamu.

"Vampire? Masih ada lagi? Tak pernah tahu pun mereka masih ada pewaris." Kata Aron yang masih berdiri.

Raha Raden duduk di atas sebuah sofa. "Ya. Sejak akhir-akhir ini ramai yang nampak kelibat Vampire pada waktu malam di bandar utama. Sudah banyak berita golongan wanita hilang dari kebanyakan daerah. Siapa lagi kalau buka angkaranya. Semua ini diberitahu oleh wakil daerah masa mesyuarat pagi tadi."

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now