Seorang jejaka bersandar di atas sebuah sofa. Belakang tapak tangan kanan diletakkan di atas tadi lalu dia menghembuskan nafas keluhan. Dia mengeluh kerana dia menyesal terhadap kebodohan yang telah menyusahkan dirinya sendiri. Matanya dipejamkan dan mulutnya pula sedang membebel.
"Kenapalah Syam tu adik Abang Raz? Tak pasal-pasal aku pula kena jaga dia. Buat semak rumah aku je. Dah la malam tadi dia isap darah aku sampai aku pengsan. Dah berapa banyak darah aku habis? Aku kena top up semula ni."
Qashmir yang sudah tersembur susu di atas meja ketika mendengar nama abang angkat mereka merangkap penjaga mereka suatu ketika dahulu segera mencapai tisu dan mengilap susu di atas meja itu. Ketika ini dia sedang minum susu suam di sebuah meja makan tidak jauh dari ruang tamu. Mereka juga bukan berada di dalam gua yang selalu menjadi tempat persembunyian atau singgah sana selama ini kerana tempat tersebut sudah tidak selamat untuk didiami. Tambahan pula, dua orang pemburu sedang berlegar-legar di kawasan itu sejak Syam ke hutan tersebut.
Maka, mereka berdua kembali ke rumah asal mereka di suatu tempat tersembunyi jauh dari kawasan hutan itu. Rumah itu ialah milik keluarga mereka yang selama ini ditutupi dengan magis halimunan. Rumah itu bukan istana yang pernah diduduki oleh mereka berdua. Rumah itu hanyalah sebuah rumah penginapan keluarganya.
Terdapat air terjun di belakang rumah tersebut dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan. Tiada sesiapa yang mengetahui tentang tempat tersebut kecuali keluarganya. Hal ini demikian kerana bapa mereka suka keindahan alam untuk tenangkan fikiran pada waktu malam. Di kawasan ini juga terdapat banyak kelip-kelip yang berwarna-warni bagaikan bintang di atas bumi.
"Syam, adik Abang Raz ke? Macam mana kau tahu?" Soal Qashmir kepada RaSIS sambil mengelap meja tersebut.
"Malam tadi masa aku nak balik dari melawat Syam. Tiba-tiba Abang Raz masuk bilik tu ikut tingkap sebab dia nampak aku. Lepas tu, Syam ada dekat situ. Tak sangka pula adik dia. Lepas tu...."
"Lepas tu?"
RaSIS terdiam seketika sebelum menyambung penjelasannya. "Abang Raz marah. Dia cuba serang aku sebab aku la punca Syam jadi sub Vampire. Tapi aku tak tahu sebab apa Syam lindungi aku sedangkan aku datang bilik dia malam tadi sebab aku nak bunuh dia. Aku fikir kalau aku bunuh dia. Aku tak akan rasa diri aku bodoh sebab tersilap gigit sebelum ni. Tapi aku tak tahu Kenapa Syam masih hidup. Walhal aku dah periksa nadi dia lepas aku gigit dia sampai puas malam tadi. Lepas tu, bila dia sedar. Dia dah jadi Vampire dan gigit aku pula masa dia lindungi aku daripada kena serangan Abang Raz. Ceh! Dia pula yang serang aku sampai pengsan. Nasib baik aku sedar sebelum pagi."
"Mestilah Abang Raz marah. Adik dia. Tapi kalau dia tahu niat kau tu. Aku rasa dia dah buru kau juga, RaSIS." Kata Qashmir sebelum dia meneguk minumannya sehingga habis.
"Aku manalah tahu Syam tu adik dia sebelum ni. Tapi sekarang ni aku kena jaga Syam pula. Apa-apa jadi pada Syam nanti. Aku yang kena. Aku tak tahu pun Abang Raz tu baran. Selama ni okay je." RaSIS menggaru kepalanya kerana tertekan. Habis rambutnya berserabut.
"Sebab Syam adik dia." Hanya satu baris ayat daripada Qashmir.
"Aku tahu la." Jerit RaSIS.
*
Safuan berdiri di dalam gua sambil menyuluh lampu kecil ke arah sekeliling gua tersebut. Dia sedang mencari sesuatu tetapi tiada di situ. Hanya sebuah gua yang kosong dan bersih seperti tiada sesiapa pernah tinggal di situ sebelum ini. Namun, sebenarnya dia sudah terlambat dan Qashmir lebih pantas mengemas gua itu tanpa meninggalkan jejak mereka.
"Tak ada apa-apa pun. Betul ke gua ni?"
Disuluh pula lampu tersebut pada sebuah peta yang dilukis oleh seorang nenek sebelum dia ke situ. Dia bertemu seorang nenek secara kebetulan ketika dia bertanya tentang tempat persembunyian Vampire kepada tuan kedai permata magis. Dia juga ada bertanya tentang ahli sihir untuk membantunya membuat peluru yang boleh membunuh Vampire. Tetapi tuan kedai tersebut tidak tahu tentang kedua-duanya. Kebetulan pula seorang nenek berada di situ untuk membeli permata dan membantu Safuan untuk ke tempat persembunyian Vampire tetapi nenek itu tidak tahu tempat ahli sihir. Nenek tersebut juga ada memberitahu bahawa khabar angin menyatakan bahawa terdapat seorang ahli sihir yang sering menculik golongan perempuan tidak kira usia dan tidak pernah dipulangkan.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Детектив / ТриллерA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...