KEHIDUPAN BRAY BERSAMA-SAMA ALTER SYAM

85 10 0
                                    

Tidak mudah untuk setiap manusia berhadapan dengan situasi yang sama seperti jejaka bernama Badri Ramlee ini. Hidupnya penuh cabaran walaupun berhadapan dengan sahabatnya sendiri. Musuh juga di mana-mana tetapi itu tidak menjadi masalah kepadanya selagi dia memiliki pengawal yang mampu menjaganya. Sebaliknya, tugas dia pula untuk menjaga seorang manusia bernama Syam Syahrul Azmi. Jejaka yang tidak sempurna ini sangat berjasa kepadanya. Mustahil dia tidak mahu membantu jejaka itu sebagai membalas jasa balik selama ini diberikan kepadanya.

Dia tetap dengan amanah yang diberikan oleh abang sulung Syam walaupun dia sendiri sibuk belajar dan bekerja sebagai CEO di syarikat milik keluarganya, AGENDA Corp. Menjaga Syam bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Oi! Bray. Aku dah siap beli. Bayar." Kata sahabatnya yang bernama Syam tetapi dia sebenarnya bukan Syam. Dia ialah Erzen Laiss.

Bray berjalan menghampiri kaunter pembayaran lalu mengeluarkan kad debit untuk membayar barang-barang yang dibeli oleh Erzen. Manusia bernama Erzen ini hanya ada satu tujuan jika bertemu dengan Bray. Habiskan duit Bray dengan alasan pinjam. Dia tak tahu guna mesin ATM sebenarnya. Tidak pula mahu belajar untuk guna mesin itu.

Senang cerita. Bray jadi mesin ATM dia. Syam pula yang kena bayar semula hutang kepada Bray. Erzen memang tak tahu malu.

"Erzen. Kau pergi mana?" Tanya Bray kepada Erzen selepas selesai membayar barang-barang tersebut.

Erzen berjalan ke hadapan bersama-sama beberapa buah beg barang lalu berkata. "Aron nak beli barang."

"Dekat mana?"

"Tu." Dia tunding jari telunjuk tangan kanan ke arah sebuah kedai yang penuh dengan patung beruang.

Bray tenung kedai tersebut dan mengeluh. "Berapa banyak bear dia nak beli simpan dalam bilik tu? Aku tengok dah macam bilik perempuan ke bilik Syam tu."

Erzen mendiamkan diri. Matanya dipejamkan sambil bersandar pada sebuah tuang di tempat rehat yang terletak di kawasan lapang antara kedai tadi dengan kedai patung beruang di situ. Bray yang melihat kelakuan Erzen tadi terus menjauhkan dirinya daripada Erzen. Dia tahu sesuatu sedang berlaku terhadap sahabatnya itu.

Erzen kembali membuka matanya. Dia melihat ke arah Bray lalu tersengih. "Kau belanja hari ni, kan?"

"Ha? Aku belanja Erzen je la. Kau pandai guna ATM. Pergi la ambil duit sendiri." Bray berang. Dia dengan Aron memang akan bergaduh kalau ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati.

"Ah. Tak ada. Kau belanja." Kata Aron yang tidak mahu mengalah. Dia terus menuju ke arah kedai patung beruang.

"Aron!" Panggilnya. Geram.

"Yes, my darling. Ada apa? You nak I kiss you baru you belanja ke?" Sengaja dia menyakat Bray dengan wajah minta pelempang itu.

Nasib baiklah Bray sedar bahawa itu jasad milik sahabatnya. Jika mereka berdua orang yang berbeza. Sudah lama Bray tampar Aron yang bergurau tak kena tempat itu. Dia pula yang malu sebab dipandang serong oleh orang sekeliling sebab kata-kata Aron.

Aron berhenti berjalan. Dia melihat ke arah Bray yang masih berdiri di situ. Dia tahu Bray marah kepadanya.

"Marah? Ada aku peduli?" Aron tiba-tiba serius. Dia terus meninggalkan Bray di situ.

Bray tiada pilihan lain. Dia perlu ikut Aron. Dia tidak mahu apa-apa masalah berlaku terhadap sahabatnya itu. "Kenapa la dia ni pula yang muncul? Ish."

Bray mencari kelibat Aron apabila dia masuk ke dalam kedai tersebut. Aron tiada di kawasan hadapan. Dia cari pula di kawasan belakang. Di situ terdapat seorang manusia yang baring di dalam sebuah troli tempat letak patung beruang. Di dalam troli yang besar itu terdapat banyak patung beruang yang bersaiz sederhana dan pelbagai warna.

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now