Suasana awal pagi yang dingin sangat sesuai untuk tidur lena di atas tilam yang empuk. Kesepian ini juga sangat sesuai untuk orang mengulang kaji pada waktu malam. Sebaliknya, manusia di dalam bilik tersebut tidak melakukan hal sedemikian. Dia sedang menyarungkan jaket hitam pada tubuhkan sambil berjalan ke arah pintu bilik.
Jam menunjukkan detik 2:30 pagi. Jelas sekali semua penghuni di dalam rumah ini sedang lena di dalam bilik masing-masing. Hanya manusia ini sahaja yang keluar dari biliknya untuk keluar dari rumah pada waktu sedemikian. Pintu rumah dibuka. Kasut sukan berwarna hitam dipakai pada kakinya sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya.
*
"Teringin nak makan mee segera pula pagi buta ni. Lagi pun barang dapur dah banyak habis. Aku bukan reti pun masak benda rumit. Masak sardin dengan telur ayam boleh la. Tapi dua-dua tak ada. Baik aku beli mee segera je." Monolognya ketika berjalan ke arah 7 Eleven yang sentiasa beroperasi selama 24 jam.
Pintu kedai tersebut dibuka sebaik sahaja dia tiba di situ. Pandangannya terus tertacap ke arah seorang pekerja di kaunter pembayaran yang sedang menguap. Pekerja itu kelihatan mengantuk tetapi kedua-dua tangannya pantas mencapai barang dan melekatkan harga pada setiap satu tin minuman jenama Milo. Hanya dia sendirian di dalam kedai tersebut yang bertugas pada waktu ini.
Jejaka yang masuk ke dalam kedai tadi terus menuju ke arah rak mee segera. Mee segera jenama Ramen dan Mee Sedap diambil sebanyak 5 bungkus setiap satu jenama tersebut. Maka, ada 10 bungkus mee segera. Dia terus berjalan ke arah kaunter bersama-sama mee segera yang penuh pada kedua-dua tangannya. Pada masa ini berlalu sesuatu yang tidak dijangka. Dia terpijak tali kasutnya dan hampir tersadung tetapi dua bungkus mee segera yang hampir terjatuh itu telah berjaya diselamatkan oleh seseorang. Dia kembali berdiri tegak selepas berjaya stabilkan dirinya. Matanya melihat ke arah seorang lelaki yang memakai seragam pekerja 7 Eleven.
"Terima kasih." Katanya kepada pekerja itu.
Pekerja itu hanya senyum kepada pelanggannya dan mengambil kesemua mee segera itu untuk dibawa ke kaunter pembayaran. Manusia yang masih berdiri di situ pula terpinga-pinga sebelum dia mengikat tali kasutnya. Kemudian, dia segera menuju ke arah kaunter pembayaran.
"Ini saja ke?" Soal pekerja kepada pelanggannya.
"Ya. Eh. Kejap." Katanya ketika terpandang peti sejuk di sebelah kaunter pembayaran tersebut. Lantas dia menuju ke arah peti sejuk itu untuk memilih aiskrim kegemaran nya.
*
Seminggu telah berlalu sejak kejadian itu. Kali ini dia mahu pergi ke kedai 7 Eleven lagi untuk membeli sesuatu. Tetapi bukan pada pukul 2:30 pagi. Dia keluar pada kali ini jam 10:25 malam."Syam. Nak pergi mana tu?" Tegur rakan serumah ya, Syafiq.
"Pergi kedai kejap. Ada benda nak beli ni. Kau ada nak pesan beli apa-apa ke? Aku singgah 7 Eleven je ni." Katanya sambil memakai kasut sukan berwarna hitam yang tertera jenama Nike.
"Rasanya tak ada apa nak beli. Hati-hati. Dah la malam ni malam Jumaat."
"Ala... Malam Jumaat je. Nak takut apa. Tak akan asal malam Jumaat je ada hantu. Aku rasa. Hari-hari ada hantu." Kata Syam sebelum dia keluar dari rumah dan menutup pintu rumahnya.
Syafiq terdiam. "Betul juga." Kata hatinya.
*
Syam atau diri sebenarnya ialah RaSIS segera melihat ke arah kaunter pembayaran. Tiada sesiapa di kaunter tersebut. Tidak lama kemudian, seorang pekerja muncul dari bawah meja kaunter bersama-sama telefon pintar pada tangan kanan.
"Selamat datang." Kata pekerja lelaki tersebut dengan senyuman.
"Bukan yang aku jumpa hari tu. Dia mesti kerja shift awal pagi. Sekarang ni tak masuk pukul 2 pagi. Baru pukul 10:45 malam." Monolognya lalu berjalan ke arah rak minyak wangi.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystery / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...