DUNIA MAGIS : VAMPIRE DAN AHLI SIHIR

49 7 0
                                    

Syam melihat ke arah sekeliling selepas dia sedar daripada lena. Dia berasa sangat hairan kerana seingat dia, pada malam tadi dia berada di dalam hutan. Tetapi mengapakah pada pagi ini dia berada di dalam biliknya sendiri. Dia mengalihkan pandangannya ke arah katil Bray. Bray masih lagi lena. Perlahan-lahan Syam turun dari katil dan berjalan menuju bilik mandi.

Sementara itu, RaSIS yang berdiri di atas bumbung sebuah bangunan bertentangan dengan bilik Syam melihat ke arah tingkap bilik yang bercahaya. Dia juga dapat melihat dengan jelas seseorang yang berdiri di dalam bilik tersebut.

RaSIS segera menarik hud dan diletakkan di atas kepalanya apabila suasana pagi semakin cerah dan mentari mula menyinari awal pagi. Dia segera meninggalkan kawasan tersebut kerana urusannya di situ telah selesai, iaitu menghantar Syam pulang ke hotel.

Mata seorang lelaki berambut kuning keperangan bersinar apabila dia melihat sebuah pistol reka bentuk baru di dalam sebuah kedai senjata. Niatnya datang ke kedai tersebut pada awal pagi sebaik sahaja kedai itu dibuka ialah untuk mencari peluru yang mampu membunuh Vampire berketurunan diraja berdasarkan nasihat rakannya, Erzen. Tetapi pandangannya beralih kepada sebuah pistol yang tidak pernah dia lihat seumur hidupnya.

"Pistol ni baru sampai semalam. Ada tiga je sebab edisi terhad. Saya boleh beri diskaun 30% untuk pelanggan pertama." Pemilik kedai tersebut memberi tawaran harga kepada Safuan dan berharap ada pelanggan yang mahu membelinya.

"Menarik. Tapi saya tak rasa saya cukup duit buat masa sekarang ni." Matanya melihat ke arah harga pistol yang digantung kemas pada bawah pistol tersebut. Pistol itu diletakkan di dalam almari kaca bersebelahan dengan kaunter pembayaran.

"Datang sini nak beli peluru lagi ke?" Tanya si pemilik kedai yang sudah biasa dengan Safuan sebagai pelanggan tetapnya.

"Ya. Tapi ada tak peluru yang boleh bunuh Vampire berdarah diraja. Kawan saya kata, peluru silver biasa tak berkesan. Bunuh Vampire biasa boleh la kalau guna peluru tu." Jelasnya kepada pemilik kedai senjata itu.

"Kedai saya tak ada jual peluru macam tu. Cuba tanya kedai lain. Tapi dengar cerita peluru macam tu sekarang ni dah tak wujud."

"Kenapa pula?"

"Sebab zaman dulu-dulu peluru atau apa-apa berkaitan dengan Vampire diuruskan oleh ahli sihir. Tapi disebabkan ramai ahli sihir pengamal ilmu hitam dan buat huru-hara pada suatu masa dulu. Kerajaan dah hapuskan mereka. Mustahil ada lagi ahli sihir yang buat peluru tu."

"Kenapa hanya ahli sihir yang buat peluru tu?" Safuan berasa hairan. Ini pertama kali dia mendengar tentang ahli sihir kerana keluarganya tidak pernah bercerita tentang hal itu.

"Sebab hanya darah ahli sihir sahaja yang mampu menghancurkan Vampire diraja. Darah mereka beracun untuk Vampire. Orang dulu-dulu pernah cerita, Vampire dengan ahli sihir berkawan baik masa zaman sebelum peperangan antara dua puak. Peperangan berlaku sebab pembelotan ahli sihir terhadap Vampire. Mereka tolong manusia biasa untuk hapuskan Vampire kerana perasaan marah terhadap seorang Vampire yang tanpa sengaja telah menghisap darah anak perempuan ketua puak ahli sihir. Habis satu keturunan dibunuh oleh kerajaan dan ahli sihir pada masa itu."

"Tapi kepada ahli sihir pun pupus juga?" Safuan garu kepala.

"Beberapa tahun lepas kejadian tu. Ahli sihir mula rasa berkuasa dan mereka pula buat huru-hara walaupun tak semua. Tapi majoriti ahli sihir masa tu mengamalkan ilmu hitam. Hal ini terbongkar apabila raja masa tu hantar pengintip dalam puak tu sebab dia berwaspada." Jelas pemilik kedai tersebut berdasarkan cerita-cerita yang pernah didengarinya ketika kecil dahulu.

"Dua-dua dah pupus. Tapi Vampire satu tu wujud lagi. Ahli sihir pula dah pupus. Macam mana nak dapatkan peluru tu?" Safuan mengeluh dan kelihatan putus asa.

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now