PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA

59 7 0
                                    

Merantau sudah menjadi kebiasaan bagi seorang jejaka yang berusia 25 tahun ini. Tiada erti penat atau lelah dalam kamus kehidupannya selagi dia memilikinya kaki untuk berjalan, berlari dan berdiri. Dia seorang manusia yang mudah mencapai kepuasan, hanya dengan berjalan sendirian. Tidak peduli ke mana kaki membawanya pergi. Namun, sering sahaja dia terjumpa sesuatu yang dia tidak ingin berlaku.

Keningnya terjungkit apabila dia terjumpa mayat seorang lelaki di sebuah lorong. Betul di sebelah kanan tong sampah berwarna hijau. Mulut dan hidungnya ditutup menggunakan tangan kanannya sebab kawasan itu berbau busuk.

"Mayat?" Dia pandang ke arah kanan dan kiri. Tiada sesiapa di situ.

"Aku patut lari sebelum kena tuduh." Fikirnya sebelum membuka langkah seribu.

Niatnya terbantut apabila terdengar bunyi tembakan dari atas. Dia melihat ke arah atas. Suasana di sini samar-samar cerah kerana lampu jalan berhampiran. Namun, masih gelap jika dilihat ke arah atas. Sedar sahaja, tubuh seseorang sudah berada di hadapannya dan berdarah. Dia terundur ke belakang.

"Mayat lagi? Aku memang malang hari ni. Aku tak nak mati awal. Belum kahwin lagi," jerit hatinya.

Dia pusing ke belakang dan melarikan diri. Niatnya untuk maju ke hadapan tadi terbantut. Dia tiada pilihan lain selain daripada pulang ke rumahnya.

Sekali lagi langkahnya terhenti. Kali ini seseorang berdiri di hadapannya. Laluannya dihalang. Dia melihat ke arah belakang. Jelas dia dapat melihat seseorang terjun dari atas bumbung banguan itu ke tanah. Orang itu mendarat dengan baik.

"Kau buat apa di sini?" Tanya lelaki yang berdiri di hadapanya.

"Lalu." Pantas dia menjawab.

"Oh." Rambut perangnya disisir ke belakang menggunakan jari-jemari tangan kanan.

Tanpa diduga. Seseorang merangkul lehernya dari belakang. Dia berbisik pada telinga kiri. "Sia-sia kalau kau buat laporan polis. Ini tugas kami."

Dia tergamam. Rangkulan dilepaskan. Dia hanya mampu mendiamkan diri dan melihat lelaki berhud berjalan ke arah lelaki berambut perang. "Siapa mereka?"

"Macam mana keadaan pembunuh tu?"

Lelaki berhud mencampak pistol pada tangan kirinya ke arah si rambut perang. "Aku nak tembak bahu dia tapi tersasar. Dia sendiri undur belakang dan jatuh. Arwah."

Pistol disambut. "Mati tanpa sengaja."

"Cepat-cepatlah suruh mereka bersih kawasan. Aku nak kena tulis laporan pula ni. Bising pula bini aku sebab balik lambat." Dia berjalan ke arah sebuah kereta yang terletak tidak jauh dari situ.

"Keluar beli barang tapi ada di sini." Lelaki berambut perang ketawa.

"Tu lebih bagus daripada aku lepak dengan awek-awek lain. Melekat habis bau," bebelnya sebelum masuk ke dalam kereta.

"Aku masih hidup. Maksudnya, mereka bukan orang jahat." Dia melihat kembali ke arah mayat yang jatuh dari bumbung bangunan tadi.

*

Pisau lipat bersaiz sederhana diputar-putar sambil minum secawan susu di kawasan dapur. Dia tidak duduk di atas kursi. Dia minum sambil berdiri.

"Ohayou, Seigi."

Dia melihat seseorang yang menyapanya. "Ohayou, Haziq. Ada kelas pagi ke?" Pisau dilipat lalu di masukkan ke dalam poket seluarnya.

"Tak ada. Nak keluar dating kejap." Dia ketawa lalu duduk di atas kerusi.

Gelas kosong dibawa ke singki untuk dibasuh. "Untungnya ada kekasih."

Sepinggan nasi goreng omelette dibawa keluar dari tudung saji. "Kau ada kekasih di Jepun? Mustahil orang kacak macam kau single di sana." Haziq angkat kening.

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now