Seorang lelaki berambut kuning keperangan yang cerah sedang menulis sesuatu pada balang khas berisi darah. Kemudian, pandangannya dialihkan ke arah seorang wanita yang terlantar di atas sebuah katil khas. Tubuh wanita itu penuh dengan darah dan segala organ telah dikeluarkan dari tubuh wanita itu. Organ-organ tersebut disimpan di dalam sebuah kotak khas mengikut jenis-jenis organ dalaman. Hanya tubuh yang kosong sahaja di atas katil itu.
"Aron. Aku datang nak ambil tempahan makanan untuk bos aku." Kata Issac yang muncul di sebalik kawasan gelap di dalam bilik pembedahan tersebut.
Aron menanggalkan sarung tangannya lalu dicampak ke dalam tong sampah. "Kotak merah tu untuk stok hati. Biru pula untuk jantung. Bos kau nak daging tak? Aku boleh bagi diskaun 50% sebab dah banyak sangat mayat hari ni."
"Kejap aku tanya bos." Kata Issac lalu dia berhubung dengan ketuanya menggunakan telepati.
Aron bersiap sedia menyusun kotak di satu tempat untuk membuka portal penghantaran tempahan terus ke rumah ketua serigala jadian. Hal ini telah menjadi satu perniagaan kepadanya kerana dia hanya memerlukan darah perempuan untuk tujuan magis ilmu hitamnya. Jasad dan organ-organ pula dijual kepada puak serigala jadian kerana ketua mereka sering membuat tempahan daripadanya. Terutama organ dalaman manusia.
Nama Aron sebagai ahli sihir tidak ramai yang mengetahuinya kerana Aron bijak berlakon menjadi manusia biasa. Malah, pemburu ahli sihir juga tidak dapat mengesan aura ahli sihir milik Aron kerana dia mahir menyembunyikannya termasuklah dirinya. Dia mampu menggunakan magis halimunan ketika dia sedang mencari mangsanya. Tiada sesiapa yang perasan kegiatannya walaupun di tempat awam.
*
Malam menjelma lagi. Bray tiada di dalam bilik yang sama dengan Syam kerana dia telah menyewa di bilik lain. Syam juga begitu. Bilik untuk dua orang yang sebelum ini telah ditukarkan kepada bilik untuk persendirian. Satu bilik, satu katil. Mereka juga masih menyewa di sebuah hotel yang sama.
Syam pernah bertanya kepada Bray tentang pilihan Bray. Hotel itu tidak mewah dan agak terpencil kerana dikelilingi dengan bangunan yang lebih tinggi. Penyewa pun tidak ramai. Harga untuk sebuah bilik lebih murah berbanding hotel lain.
Bray memberi jawapan bahawa hotel ini menjadi pilihannya kerana pengawalnya tidak mungkin akan periksa hotel murahan seperti itu. Hanya hotel yang kebiasaan orang kaya duduk sahaja akan menjadi sasaran. Dia juga bercadang untuk tinggal di situ sehingga dia menjumpai ahli sihir yang mampu membuat penawar Sumpahan Vampire untuk Syam.
Syam memerhati bulan sabit yang semakin menghilang kerana dilindungi oleh awan yang gelap. Hatinya sering gelisah tatkala malam kian tiba sejak dia menyedari bahawa lubang gigitan taring milik Vampire pada lehernya telah hilang pada pagi tadi ketika dia melihat imej lehernya pada cermin. Bray juga memberitahu bahawa Syam akan bertukar menjadi Vampire pada waktu malam kerana kesan gigitan yang hilang itu menjadi tanda-tanda Syam berada dalam perubahan manusia kepada Vampire. Disebabkan kerisauan itu, Syam memberi cadangan untuk berada di dalam bilik yang berbeza demi keselamatan Bray.
Bayu bertiup kuat pada malam ini. Bau titisan hujan mula menusuk hidung Syam. Dia segera menutup tingkap biliknya kerana tidak mahu tempias air hujan masuk ke dalam biliknya. Tetapi seseorang telah menahan tingkap tersebut sebelum ditutup rapat. Syam terkejut melihat seseorang yang dia tidak kenali itu.
Syam tergamam melihat mata merah milik lelaki tersebut. Dia terundur dua tapak ke belakang. Lelaki itu pula turun dari tingkap dan menutup tingkap tersebut.
"Kau siapa? Apa kau buat dalam bilik aku?" Soal Syam yang cuba memberanikan dirinya.
"Kau lupa aku?"
"Aku pernah jumpa kau ke?" Soal Syam kembali.
RaSIS berjalan ke arah katil Syam dan duduk di situ. "Jadi... Betul la kata ayahanda. Sub Vampire tak akan ingat apa-apa masa high kecuali kalau dah sempurna."
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mister / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...