Sehelai kertas dilihat pada senarai carta populariti watak dalam sebuah novel milik Syam Syahrul Azmi. Novel tersebut bertajuk ALTERKU. Sebuah novel yang diilhamkan daripada realiti kehidupannya selepas lebih 20 tahun dia hidup sebagai pesakit Dissociative Identity Disorder (DID) atau kecelaruan identiti. Dia menghasilkan novel tersebut bukan kerana dia mahu memberitahu kepada masyarat bahawa dia bukan manusia normal. Sebaliknya, untuk membuka minda para pembaca tentang kehidupan seorang pesakit DID.
Papan penyataan ditenung dengan perasaan hairan. "Sejak bila pula syarikat papa ada list populariti watak ni?"
Dia garu kepala. "Rajin. Tapi aku tak tahu pula RaSIS ramai peminat. Macam mana nak tahu? Ada buat quiz ke apa ni? Staff punya angkara ke?"
Syam melangkah pergi dari papan penyataan tersebut. Dia terus menuju ke tingkat satu. Sementara itu, seorang pekerja lelaki sedang menghampiri papan penyataan tersebut. Kertas senarai populariti dicabut dari papan penyataan tersebut lalu ditampal kertas lain. Sama seperti kertas tadi tapi nilai yang berbeza.
"Sampai bila la Encik Aron suruh aku tampal benda ni? Penting sangat ke? Nasib baik la peminat-peminat laju je rate watak dalam novel tu."
Dia melihat seketika kedudukan populariti tersebut. Dia tersengih. "Tak akan la sebab dia tak nak kalah dengan Encik RaSIS?" Nama itu berada dalam kedudukan pertama dalam senarai carta populariti itu.
*
"Sehari bersama peminat."
Terlopong Syam mendengar kata-kata bapanya atas satu permintaan daripada sekumpulan manusia bernama peminat novel ALTERKU. Terdapat beberapa komen daripada para pembaca dalam Wattpad rasmi milik A'm St. Holding. Biasanya di sini meraka akan letak teaser novel-novel yang mereka keluarkan. Tidak hairan jika mereka menerima komen di sini.
"Tapi papa. Yang mereka nak jumpa tu bukan Syam."
Dato' Azmi meletakkan secawan kopi di atas meja makan. "Syam pakai je macam RaSIS. Mereka nak tengok penulis buat cosplay watak dalam novel. Bukan Syam je. Penulis lain pun sama. Papa akan beritahu mereka nanti. Pesta buku tu minggu depan."
Syam mengeluh. "Papa cakap senang la."
Syam bangun dari kerusi. "Dah la. Nak layan Syah main game."
"Eh? Dah jadi daddy pun masih main game?" Si bapa memerli anaknya.
"Game bukan kira usia pun. Buat diri rasa muda, ada la." Dia melangkah pergi dari situ.
Dato' Azmi ketawa. "Haih, tak berubah perangai."
*
Seminggu telah berlalu. Masa yang diberitahu oleh Dato' Azmi telah pun tiba. Seramai 10 orang penulis dalam syarikat A'm St. Holding memperagakan diri mereka dengan watak-watak berpopulariti tinggi. Semua ini berpunca daripada Aron dan digunakan oleh Dato' Azmi sebagai tarikan kepada para pembeli novel dari syarikat ini. Senarai populariti watak bukan hanya dibuat pada novel ALTERKU tetapi dibuat untuk 10 novel terlaris dalam A'm St. Holding termasuk ALTERKU.
Kanta lekap berwarna merah dipakai pada mata Syam sambil melihat cermin pandang belakang. Kanta lekap itu dibeli olehnya beberapa hari yang lalu daripada seorang doktor pakar mata. Doktor tersebut rakan kepada Dr. Syamila. Syam tidak pernah memakai kanta lekap. Maka, dia tidak berani memakainya kerana bimbang risiko besar terhadap matanya seperti kes jangkitan kuman pada mata dan sebagainya. Tambahan pula, dia seorang yang rabun jauh. Selama ini dia menggunakan cermin mata jika keluar dari rumah.
Matanya dikelip-kelip lalu air mata keluar dari tubir matanya. Pertama kali dia menggunakan kanta lekap. Menggigil tangannya ketika memasukkan kanta lekap tersebut ke dalam matanya.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystery / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...