Sebuah gitar dialihkan ke atas katil selepas dia selesai memainkan beberapa buah lagu. Salleh melihat ke arah sebuah beg duit yang berada di atas katil lalu dia mencapainya dan beg duit dibuka. Lesen seniman jalanan yang sentiasa berada di dalam beg duitnya dilihat sambil berfikir.
"Macam mana kalau aku masih belum dapat cari tempat untuk latihan industri? Aku tak nak gagal. Susahnya... Haih. Tak akan la latihan industri aku nanti main gitar pula? Bukan bidang aku. Alahai~ Dah puas aku cari tempat. Tapi kenapa susah sangat orang nak ambil aku kerja?"
Beg duit ditutup kembali lalu dia berbaring di atas katil. Nafas keluhan dihela sebelum dia memejamkan matanya.
"Mungkin aku patut cari kerja dekat KL. Kak Shila ada di KL. Boleh la tumpang rumah dia kejap. Tapi sebelum tu. Aku kena cari tempat latihan industri dulu. Nanti kalau tak ada tempat. Sia-sia je aku pergi sana."
Dia kembali duduk di atas katil. Telefon pintar yang berada di bawah bantal diambil lalu dibuka. Ikon Chrome ditekan. Dia mula mencari nama-nama syarikat kontraktor di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
*
Seminggu telah berlalu. Salleh juga telah berjaya menemui tempat kerja yang bersesuaian dengannya selepas puas dia mencari tempat untuk latihan industri pada tahun ini.
Dia juga tidak menyangka bahawa email yang dihantar olehnya kepada sebuah syarikat kontraktor yang besar di Kuala Lumpur telah dibalas oleh seseorang yang menguruskan sesi kemasukan pekerja baru di syarikat tersebut. Disangkanya, syarikat besar juga akan mengabaikan emailnya seperti beberapa buah syarikat lain yang pernah dia hantar email yang sama untuk memaklumkan bahawa dia memerlukan pekerjaan bagi menyelesaikan latihan industri. Manakala, syarikat kontraktor yang kecil dan sederhana pula tidak mengambil pelajar untuk membuat latihan industri. Mungkin mereka tidak memerlukan pekerja tambahan atau hanya memerlukan pekerja yang mahir.
"Salleh. Dah siap ke?"
Salleh melihat ke arah pintu biliknya lalu menyahut. "Kejap Kak Shila. Tengah sikat rambut."
"Akak tunggu dalam kereta." Kata suara kakaknya di hadapan pintu bilik.
"Ya."
Salleh meletakkan sikat rambut di atas meja solek selepas selesai menyikat rambutnya. Tali leher dikemaskan sekali lagi di hadapan cermin sebelum dia mencapai sebuah beg sandang berwarna hitam. Di dalam beg sandang tersebut Terdapat sebuah fail yang dimampatkan dengan dokumen lengkap tentang dirinya untuk dibawa kepada pihak syarikat tersebut ketika sesi temuduga.
Salleh keluar dari biliknya dan menyarungkan kasut kulit berwarna hitam. Kasut itu baru sahaja dibeli olehnya beberapa hari sebelum dia datang ke Kuala Lumpur hanya untuk sesi temuduga. Kekemasan dan keterampilan diri seseorang akan dinilai ketika sesi temuduga dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Selain daripada sikap individu tersebut. Hal ini juga sudah dimaklumkan dalam sesi taklimat tentang temuduga dan resume sebelum semester baru dibuka bagi melaksanakan latihan industri.
*
Salleh sedang menunggu nombor giliran di sebuah kerusi. Disangkanya hanya dia sahaja yang datang untuk temu duga pada hari ini. Sebaliknya ada lima orang pelajar yang akan menjalani sesi temuduga di syarikat AGENDA Corp termasuklah dirinya.
"Rahmat Sallehudeen Bin Ayoub."
Salleh melihat ke arah seorang wanita yang berdiri di hadapan pintu bilik temuduga. Dia segera berdiri apabila namanya dipanggil. Langkahnya diatur dengan yakin menuju ke arah wanita tersebut walaupun dalam hatinya penuh dengan perasaan gerun kena pengalaman ditemuduga oleh syarikat yang besar. Dia berhadap dia dapat bekerja di sini.
"Assalamualaikum." Sapa seorang pemilik syarikat tersebut sebalik sahaja Salleh menjejakkan kaki ke dalam bilik temuduga itu, En. Ramlee.
"Waalaikumsalam." Jawab Salleh.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystery / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...