SEHARI BERSAMA ARON RAIZ

80 9 4
                                    

The Tempest karya milik William Shakespeare ditutup selepas seorang jejaka menamatkan ayat terakhir di dalam buku itu. Bukan mudah untuk dia menghabiskan sebuah novel atau buku cerita dalam masa yang singkat kerana masanya terhad. Dia tidak seperti manusia normal yang lain kerana dia hanyalah seorang 'alter' bernama Aron Raiz.

Matanya dilirikkan ke arah lima buah novel Sherlock Holmes karya Authur Conan Doyle di atas meja. Novel-novel itu sudah seminggu berada di situ sejak dia membelinya tetapi dia tidak sempat membacanya kerana mahu menghabiskan dahulu tiga buah buku milik William Shakespeare, iaitu Hamlet, As You Like It dan The Tempest.

"What's in a name? That which we call rose by any other name would smell sweet. -William Shakespeare," katanya sendiri sambil menghayati perasaan cinta dalam dirinya.

"Oh, my rose. Oh, my garden. I will..."

"Assalamualaikum," salam diberi sambil mengetuk pintu bilik.

Aron melihat ke arah pintu biliknya. "Ish, sibuk je la. Aku baru nak feeling," omelnya sebelum bangun dari kerusi.

"Waalaikumusalam."

Aron melihat ke arah manusia yang sangat tidak disenangi olehnya, Ash. "Nak apa?" tanya Aron kepada Ash.

"Aku nak minta maaf pasal semalam. Err... Kau jangan la beritahu abang pasal semalam," beritahu Ash seperti sedang berbisik. Dia merupakan abang kedua Syam Syahrul Azmi.

Aron berfikir sejenak. "Semalam? Kenapa dengan semalam?"

Ash terlopong tatkala mendengar soalan daripada adiknya. "Eh? Kau bukan Syam?"

Aron menyilang kedua-dua lengannya pada dada dengan pandangan menyampah kepada Ash. "Aku ada nampak macam Syam ke?"

Ash berdehem. "Tak ada. Tapi kenapa kau datang sini?"

"Perlu minta izin kau ke?"

Ash garu lehernya. Perasaan janggal mula terasa kerana dia sudah lama tidak bertemu dengan Aron sejak adiknya berkahwin dan pindah dari rumah keluarga mereka. Ash pula baru sahaja bertunang dua hari lepas.

Aron bersandar pada pintu biliknya. "Kau ada buat apa-apa dengan Syam ke?" soalnya dengan pandangan yang serius.

"Err... Tak la."

"Habis tu? Kenapa kau takut Raz marah kalau tahu hal tu?"

Ash mendiamkan dirinya. Dia tidak tahu mahu menjelaskan bagaimana kerana situasinya agak rumit untuk diungkapkan. "Tak apa la. Nanti kau beritahu Syam. Aku pergi dulu."

Ash menapak untuk berlalu pergi dari situ tetapi Aron sempat menarik kolar t-shirt Polo milik Ash.

"Ehhhhh? Kenapa tak nak cakap? Dosa besar, ya?" Aron memerli sambil tersengih kepada Ash. Lebih tepat lagi, dia memaksa Ash untuk memberitahunya tentang semalam.

"Atau kau nak aku tembak kepala kau sebelum kau buka mulut? Hm? Kejap aku cari pistol aku. Rasanya aku ada bawa balik kelmarin," ugutnya.

"Kejap! Aku beritahu," Ash mula cemas. Alter adiknya yang seorang ini bukan sebarangan 'manusia'.

Aron Raiz ialah alter 'fictive' yang terlahir daripada watak utama novel milik Syam Syahrul Azmi. Kisah hidup Aron Raiz bersemadi di dalam sebuah novel bertajuk Kerana Aku Cinta Kamu. Dirinya merupakan seorang pembunuh upahan yang membunuh untuk kebenaran. Bukan itu sahaja, Aron juga menjadi keturunan terakhir dalam keluarga B. Rosedeath cabang Raiz yang berjaya diselamatkan pada usia 2 bulan.

"Ha, cepatlah!" tegasnya. Kolar t-shirt dilepaskan.

"Sebenarnya semalam aku keluar dengan Syam. Ada kawan aku nak jumpa Syam di kelab. Aku tak tahu la dia borak apa sebab kawan aku bawa bodyguard dia. Syam je boleh jumpa dia dalam kawasan VIP. Aku pun duduk la luar. Layan diri," jelas Ash sambil membetulkan kolar t-shirt. "Lepas tu? Kau pun mabuklah, kan?" Aron meneka.

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now