Bunyi air pancut memenuhi ruangan bilik mandi peribadi di dalam bilik seorang jejaka bernama Syam Syahrul Azmi. Dia sebenarnya baru sahaja bangun dari lena beberapa minit yang lalu dan mandi secepat mungkin. Kepala paip dipulas dan air pun berhenti mengalir. Kain tuala sempat dicapai sebelum dia keluar dari bilik mandi dalam keadaan basah lencun.
Jam pada dinding bilik dilihat, 9:30 pagi. Sudah dua jam dia terlambat untuk pergi kerja. Nasib sahaja syarikat itu milik bapanya. Jika dia bekerja dengan orang lain, sudah pasti dia dibuang kerja kerana selalu sahaja datang lewat ke tempat kerja.
"Kenapalah hari ni hari Isnin? Kenapa bukan hari Sabtu atau Ahad?" keluhnya sambil berjalan ke arah sebuah almari.
Sehelai kain tuala diambil pada tepi almari lalu dia mengelap rambutnya. "Relax. Pejabat tu bukan ada kaki pun kalau nak lari," katanya dengan santai.
Wajah dilihat pada cermin almari setelah selesai mengelap rambut. Dagunya dibelek-belek di hadapan cermin itu. "Sejak bila pula ada parut jerawat bawah dagu aku? Rasanya sebelum ni tak ada pun. Ish, mesti Syam yang picit ni. Tak ada orang lain dah."
Kain tuala tadi disangkut kembali pada tepi almari. Kemudian, dia membuka pintu almari. Pakaian dipilih dan dipakai pada tubuhnya. Kemeja berwarna hitam dan seluar jeans hitam menjadi pilihannya untuk menyempurnakan identiti alter 'primary protector' bernama, RaSIS.
"We're in black day. Black is perfect."
Selesai sahaja dia berpakaian, pintu almari ditutup. Langkahnya terus ke arah meja solek untuk mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut. Rambut disikat setelah kering.
"Uish. Kacaknya aku hari ni," katanya lalu ketawa.
Tali leher yang disangkut kemas pada dinding diambil. Warna merah darah menjadi pilihannya. Tidak semua pilihannya berwarna hitam kerana dia memiliki citarasa dan gaya tersendiri.
"Perfect," katanya setelah memakai tali leher.
Hanya seketik sebelum dia menanggal semula tali leher itu. Tali leher dilipat dan disumbat ke dalam poket seluar jeans pada sisi kiri. "Rimaslah."
Gaya rambutnya diperbaiki. Gaya rambut sikat tepi menjadi gaya rambut 'faux hawk'. "Be myself is better."
Sebatang pen berwarna hitam diambil dari dalam sebuah cawan yang memiliki pelbagai jenis pen di dalamnya. "Let's go, baby. Morning work." Pen dimasukkan ke dalam poket pada dada kiri kemejanya.
Beg silang berjenama Volinni dicapai dari atas katil. Wajahnya dilihat sekilas pada cermin sebelum dia keluar dari bilik itu. Jam pada dinding sudah masuk 10:00 pagi pada ketika ini. Sungguh santai manusia ini sehingga masa setengah jam diambil untuk bersiap.
***
"Selamat pagi, Encik Syam," tegur seorang pekerja di lobi syarikat penerbitan novel A'm St. Holding.
"Hai. Pagi-pagi makan dekat sini. Curi tulang, ya?" RaSIS angkat kening kepada wanita itu.
"Encik Syam. Sekarang dah masuk waktu rehat. Dah pukul 10:30 pagi. Lambatnya sampai," kata wanita itu, Sharifa.
RaSIS tersengih. "Bukan selalu."
"Bukan selalu? Hm... Jarang lambat tapi..." Wanita itu merenung ke arah anak bosnya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
"Bukan Encik Syam, kan?" bisiknya.
RaSIS menundukkan sedikit tubuhnya. "Saya, RaSIS," bisiknya.
Sharifa mengeluh. "Patutlah. Pergilah naik pejabat tu. Kawan encik dah sampai setengah jam tadi."
"Siapa?"
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystery / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...