SAFUAN DAN MALIK DALAM MASALAH

105 7 3
                                    

Berlari pada waktu pagi sudah menjadi rutin harian Malik sekiranya dia ada masa lapang. Kebiasaannya dia akan berlari di sekitar kawasan perumahan sehingga ke kawasan taman riadah. Dia akan berhenti di situ seketika untuk membuat senaman ringan sebelum kembali ke rumahnya.

"Panasnya pagi ni. Awal pula matahari naik. Baru pukul 7:30 pagi." Dia masih meneruskan lariannya ke arah taman riadah.

"Waktu macam ni memang bagus sebab tak ada orang datang sini awal pagi. Boleh la aku buat tiga pusingan taman ni sebelum balik." Dia berlari masuk ke kawasan taman tersebut.

Sementara itu, seseorang sedang berlari ke arah taman riadah yang dipercayai tiada sesiapa di kawasan itu. Dia mahu menggunakan kawasan itu sebagai medan pertempuran. Ketika ini, dirinya dikejar oleh sekumpulan manusia berseragam hitam yang membawa pistol masing-masing. Dia tidak mahu berlawan di tempat orang ramai kerana berisiko tinggi untuk orang awam terlibat.

"Ish, macam mana la mereka boleh tahu aku ada di sini? Tak akan la ada pengintip pecah masuk komunikasi kot?" Dia meneruskan lariannya sehingga ke tengah taman riadah. Sesekali dia melihat ke arah belakang. Telinganya juga peka terhadap bunyi angin tatkala peluru dilepaskan.

Dia melihat ke arah kanan dan kiri. "Tak akan la tak ada apa-apa yang aku boleh guna? Dah la aku tinggal pistol dalam kereta sebab nak pergi kedai tadi."

Tujuh orang manusia muncul di situ. Mereka mengelilinginya bersama-sama pistol yang diacu ke arah sasaran mereka. "Kau dah tak boleh lari lagi, Mr. Fighter. Beritahu aku. Mana Mr. Brilliant?"

"Kau nak buat apa dengan dia?"

"Bos aku nak jantung dia. Disebabkan rancangan dia. Semua kerja kami gagal. Secret GUARD asyik muncul. GUARD sendiri pun Secret GUARD lawan. Secret GUARD memang tak ada jati diri ke?" kata lelaki yang berdiri bertentangan dengannya.

Dia memberi pandangan serius kepada musuhnya. "Secret GUARD dan GUARD berbeza. Kami bukan di bawah mereka walaupun kami ada di bawah bumbung yang sama. Secret GUARD ialah Secret GUARD. GUARD ialah GUARD. Ada masa kami jadi kawan dan ada masa kami jadi lawan."

Tembakan dilepaskan ke arah lelaki berambut perang di hadapannya. "Kalau kau nak selamat. Beritahu aku. Di mana Mr. Brilliant?"

Dia mengelap darah akibat calar pada pipi kanannya. "Aku tak akan beritahu. Tugas aku, jaga keselamatan dia. Kau pun mesti tak akan beritahu lokasi bos kau, kan?"

Lelaki itu berdecit. "Serang!" Mereka mula menyerang sasaran mereka.

Lelaki berambut perang mengelak peluru dan membuat serang balas dengan tangkas. "Aku kena cari tempat bersembunyi. Kawasan ni terlalu lapang. Aku tak boleh fokus dengan peluru melayang rata-rata." Dia melarikan diri.

*

Malik melihat ke arah belakang kerana dia terkejut mendengar bunyi beberapa das tembakan tidak jauh dari kedudukannya. Tembakan itu semakin lama, semakin dekat. "Apa dah jadi? Ada polis ke?"

Dia berhenti berlari. Tidak lama kemudian, dia terlihat kelibat seorang lelaki berambut perang sedang berlari ke arahnya. "Safuan?"

"Malik?"

BANG!

Safuan pantas meletakkan kedua-dua tapak tangan di atas kepalanya sambil menunduk sedikit. Bimbang kepalanya ditembak ketika dia berlari. "Apa hal kau tercegat dekat situ. Lari la."

Malik bagaikan tersedar sesuatu. "Bala. Dia datang bawa bala lagi." Pantas Malik melarikan diri dari situ dan diekori oleh Safuan.

"Apa hal kau ikut aku? Lari la arah lain," Malik menengking.

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now