ALTER-ALTER SYAM VERSI KUCING

70 11 6
                                    

Hidup sendirian di dalam rumah yang besar memang sangat sunyi. Hanya ada satu cara untuk hilangkan kesunyian apabila sendirian di dalam rumah. Bela kucing. Tetapi perlu pandai jaga kucing dan kesabaran diperlukan.

"Meow. Jom makan." Panggil si pemilik kucing-kucing tersebut.

Lima ekor kucing berlari pantas dari tempat masing-masing ke arah dapur apabila mendengar suara tuan mereka. Setiap bekas makanan disusun mengikut nama masing-masing.

"Aik? Mana Raden, Erzen dengan Aron?" Si pemilik garu kepala. Tiga ekor kucingnya tiada di sini.

Dia terus menuju ke arah ruang tamu. Dilihatnya di atas sofa. Seekor kucing oren berbulu gebu sedang lena di atas sofa tersebut. Dia menghampiri kucing itu. "La. Dari tadi tidur. Tak bangun lagi?"

Perut si kucing bernama Raden dicubit. Raden terjaga. Dia melihat ke arah tuannya, Syam. Tangan kanannya diangkat ke atas. Syam memegang tangan kucing tersebut. Raden kembali pejam mata.

"Haih." Tangan Raden digongcang.

"Bangun. Makan. Kejap lagi makanan habis. Makin kurus badan tu sebab tak cukup makan." Pipi kanan Raden dicubit.

"Meow~" Raden menggeliat.

Dia duduk di atas sofa apabila tangannya dilepaskan. Duduk seketika sebelum dia tumbang. Syam terketawa.

Raden diangkat dan dibawa ke dapur. Dia diletakkan di atas lantai bertentangan dengan mangkuk makanannya. Raden yang baring di atas lantai itu memasukkan tangannya ke dalam bekas makanan lalu keluarkan beberapa makanan dari situ untuk dimasukkan ke dalam mulutnya. Kunyah.

Si kucing hitam bermata merah di sebelah kirinya pula hanya merenung kucing pemalas itu. Mahu sahaja dia makan semua makanan kucing itu kerana geram. Setiap kali Raden makan. Mesti bersepah atas lantai. Syam pula hanya ketawa.

Kucing hitam sengaja tarik bekas makanan jauh dari Raden. Raden melihat ke arah bekas makanan tersebut. Dia mengeluh dan pejam mata. Putus asa untuk makan.

Tiba-tiba, so kucing hitam bernama RaSIS itu terbalikkan bekas makanan di atas kepala Raden. Semua makanan tumpah dan kepalanya tertutup dengan bekas makanan tersebut. Raden kais makanan yang tumpah dan masuk ke dalam mulutnya.

Syam pula terkejut. "RaSIS. Apa ni? Kesian la dia."

RaSIS pandang dingin ke arah tuannya sebelum menolak bekas makanannya jauh dari situ. Semua kucing melihat ke arah RaSIS.

"Eh? Dia marah aku ke?" Kata Syam yang terasa perasaan marah daripada RaSIS dalam pandangan dingin tadi.

Bunyi suara kucing bergaduh telah memeranjatkan Syam dan kucing-kucing lain. Syam terus berlari ke arah tingkat dua. Dia pasti kucing-kucing yang bergaduh itu tidak lain tidak bukan ialah Erzen dan Aron. Mereka memang suka bergaduh kalau ada benda tak kena.

Syam masuk ke dalam sebuah bilik khas untuk kucing. Di situ dua ekor kucing sedang bergaduh. Di antara mereka pula terdapat sebuah bantal yang dikenali oleh Syam.

"Aik? Kenapa bantal dalam bilik aku ada dekat sini? Haih. Ni mesti RaSIS yang bawa keluar. Dia je yang pandai masuk bilik aku."

Erzen dan Aron bergaduh. Syam pula tidak berani dekat. Bimbang dirinya dicakar. Mahu ambil bantal itu juga agak berisiko.

"Shhhhhaaaaaa!"

Masing-masing berhenti bergaduh. Mereka melihat ke arah pintu bilik. Syam pula melihat ke bawah kakinya. RaSIS tiba di situ dengan kemarahannya. Erzen dan Aron berhenti bergaduh. RaSIS menuju ke arah bantal lalu digigit bantal tersebut. Bawa lari bantal itu keluar dari situ. Mereka berdua duduk melihat bantal itu pergi bersama-sama RaSIS.

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now