PEMINAT RaSIS [2]

66 8 17
                                    

Anak mata yang berwarna merah kelihatan apabila matanya dibuka selepas dipejam dalam masa beberapa saat. Dia melihat ke arah kanan. Sekotak KFC berada di atas meja tersebut. Dia tersengih sendiri. "RaSIS." Dia bangun dari kerusi.

"Assalamualaikum. Dah tutup ke?"

Syam melihat ke arah seorang gadis bertudung bawal di hadapan meja tersebut. "Waalaikumsalam. Ya."

Gadis itu melihat ke arah beberapa buah novel di atas meja. Banyak novel telah habis dijual. Hanya beberapa buah novel sahaja yang masih berbaki. Meja-meja penulis lain juga begitu. Pada ketika ini, para pekerja sudah turunkan hiasan di booth tersebut.

"Saya minta maaf sebab lambat sampai. Tadi ada kuliah pula."

"Dari kuliah ke ni?"

"Ya," jawabnya yang kelihatan murung.

"Cik cari novel apa?"

"Saya nak beli semua novel. Maksud saya, satu-satu. Sebelum ni saya baca online tapi separuh je ada," beritahunya.

"Sekejap saya tengok stok." Syam terus ke arah belakang booth untuk mencari stok novel yang tiada di atas meja tersebut.

"Fuh! Nasib abang tu tak marah." Dia mengelap peluh pada wajahnya menggunakan sapu tangan yang diambil dari dalam poket seluar.

Syam kembali ke arah meja tadi bersama-sama dengan dua buah novel bertajuk MAWAR BERDURI dan EYES. "Tinggal dua novel ni yang masih ada stok. Yang lain, hanya tinggal di atas meja ni je. Cik kekurangan tiga novel. Trilogi DARK HUNTER. Trilogi tu memang selalu habis cepat." Novel-novel dielakkan di atas meja.

"Tak apalah. Saya beli yang ada je. Err... Nak minta tandatangan penulis, boleh?" Gadis itu tersipu-sipu malu.

"Boleh."Syam mencari pen di dalam poket seluar pada bahagian belakang. Tiada.

"Mana pula pen aku? Tak akan la RaSIS tak ambil pen dalam laci kereta?" bicara hatinya.

Gadis itu hairan melihat gelagat Syam di hadapannya ini. "Kenapa pula tu?"

"Nik."

Nik turun dari tangga bersama-sama hiasan booth. "Ya, Encik Syam."

"Ada pen tak?"

"Eh? Soalan ni? Deja vu ke?" Masa bagaikan terhenti seketika bagi Nik.

Nik menghampiri Syam."Tadi Encik RaSIS tulis guna pen sendiri. Tak akan la dah buang pen pula?" bisiknya.

Syam memeriksa setiap poket sehingga dia terpegang sebatang pen. Pen dikeluarkan dari poket jaket. "Ini?" Dia terdiam seketika kerana dia kenal pen itu. Pen tersebut diberi kepada RaSIS selepas dia mendapat tahu bahawa RaSIS pernah menggunakan pen pemberian bapanya sebagai senjata untuk membunuh.

"Encik Syam, okay ke?" Nik menegur.

"Ha? Ya." Syam tersedar daripada lanunan.

Sebuah novel bertajuk EYES diambil. Novel dibuka. Belakang pen ditekan dengan teragak-agak. Bimbang dakwat yang keluar itu berwarna merah. Bukan berwarna hitam. Namun, sangkaannya meleset. Dakwat pen itu masih hitam.

*

Seorang lelaki melihat ke arah mata sahabatnya yang berwarna merah.
Sudah dua hari RaSIS menggunakan kanta lekap itu sejak pesta buku. Dia sudah tertarik terhadap kanta lekap tersebut. Dia akan menggunakan kanta lekap setiap kali dia mengambil alih jasad itu. Tambahan pula, dia tidak suka menggunakan cermin mata. Sungguh jarang melihat dia bercermin mata ketika berada di luar rumah walaupun matanya rabun.

"Bukan kau sepatutnya pakai kanta lekap tu semalam je ke?" Bray bertanya kepada RaSIS ketika mereka di tempat letak kenderaan.

"Siapa kata aku tak boleh pakai kanta lekap ni selepas semalam?" Soalan dibalas dengan soalan.

A.K.U : MINI EPISODWhere stories live. Discover now