Hanya seketika dia tidak berwaspada dengan keadaan sekeliling. Hanya kerana dia seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang degil. Mahu berjalan sendirian dan terjumpa dengan lelaki tidak dikenali. Dia telah diculik tanpa sedar. Kejadian ini pertama kali berlaku dalam kehidupannya. Dia terkejut. Tidak tahu riaksi apa yang perlu ditunjukkan ketika ini.
Syah duduk di atas lantai dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat. Di hadapannya pula terdapat lima orang kanak-kanak seusia dengannya dan ada yang lebih tua daripadanya. Masing-masing diikat. Tiada sesiapa yang tahu motif penculikan tersebut.
"Hai." Sapa Syah.
Mereka melihat ke arah Syah. Tiada langsung perasaan takut pada wajah Syah. Sedangkan orang lain telah menangis untuk keluar dari tempat itu.
"Hai." Sahut seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tujuh tahun.
"Kenapa kita dekat sini?" Soal Syah. Saya nak pergi beli aiskrim tapi kenapa saya dekat sini?"
"Kau mesti dah ikut orang yang tak dikenali. Mak dengan ayah kau tak ajar ke? Kalau jumpa orang tak kenal. Jangan ikut?" Ujwr seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.
"Oh. Saya baru ingat. Papa ada pesan dalam kereta tadi. Tapi masa saya jumpa orang tu. Saya lupa." Syah ketawa.
"Kau ni dah kenapa? Boleh pula ketawa. Tak takut ke?" Kata kanak-kanak itu lagi.
"Nama saya, Syah. Nama awak siapa?"
"Haziq." Jawab kanak-kanak berusia enam tahun itu.
"Saya, Aliana."Kata kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu.
"Didi."
"Ali."
"Hakim." Mereka perkenalkan diri mereka.
"Kenapa kita dekat sini?" Soal Syah yang masih kekeliruan itu.
"Tak tahu. Mungkin mereka nak jual kita. Atau jadi pengemis atau minta wang tebusan daripada keluarga kita. Macam dalam TV tu." Kata Haziq.
"Oh. Macam tu. Lepas tu?"
Masing-masing mendiamkan diri. "Kenapa dia nampak teruja je ni?" Fikir mereka.
"Kau tak takut ke?" Soal Haziq yang ramah itu.
"Takut. Tapi dia bukan hantu. Kita nampak. Jadi, buat apa takut?"
Haziq hantuk kepalanya pada lantai. "Aduh. Dia ni tak ada perasaan ke apa? Kenapa macam bodoh sangat?"
Aliana terketawa kecil. Begitu juga dengan yang lain. Haziq pula yang tertekan ketika ini.
"Kenapa awak, awak, awak, awak dan awak ada dekat sini?"
"Aku kena tangkap masa pergi kedai beli barang ayah aku pesan. Biasanya pergi seorang tak ada apa pun. Tapi hari ni malang." Kata Haziq sambil bersandar pada dinding.
Aliana mengeluh. "Saya pula, baru balik dari rumah kawan. Tiba-tiba, kena tarik masuk van."
"Kami main dekat taman macam biasa. Tapi tadi mereka tiba-tiba datang tangkap kami." Beritahu Didi, si kanak-kanak perempuan yang comel berusia lima tahun.
"Malangnya kita. Tapi saya rasa orang tu bodoh la."
Haziq terkejut. "Apa kau cakap? Kau tu yang bodoh sebab ikut orang tu."
Syah geleng kepala. "Saya bijak. Papa kata, saya anak yang bijak. Jadi, saya kena jadi bijak."
"Walaupun kau bodoh?" Kata Haziq.
Syah sengih. "Mana ada."
"Kau join cosplay ML ke? Pakai macam ni." Soal Haziq lagi.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Misterio / SuspensoA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...