NOTA
Mini Episod pada kali ini akan memaparkan perjalanan hidup Syam, alter-alter dan rakan-rakannya dalam dunia fantasi magis. Alter-alter milik Syam memiliki jasad sendiri dalam dunia magis tersebut. Maka, Syam dalam dunia itu bukan seorang pesakit D.I.D.
[Prince Sleepy Ash]
WATAK-WATAK
Syam Syahrul Azmi - Penulis novel terkenal yang muncul di Kerajaan Matahari.
Badri Ramlee/ Bray - Seorang anak bangsawan yang melarikan diri dari rumah.
Safuan Kamaruddin - Seorang pengembara dan pemburu makhluk pemusnah.
RaSIS - Waris terakhir raja Vampire.
Qashmir - Pendeta dan penjaga RaSIS.
Raja Raden Katsuri Al-Khan - Raja Kerajaan Matahari yang menguasai sebahagian besar kerajaan manusia.
Issac - Serigala Jadian yang menghasut manusia untuk membunuh diri dan peperangan.
Erzen Laiss - Pembunuh upahan yang memburu serigala jadian.
Aron Raiz - Pemburu wanita untuk ilmu magisnya.
Sharon Rafael - Pemburu Aron untuk selamatkan golongan wanita.
Raz - Esper yang menjaga RaSIS dan Qashmir suatu masa dahulu.
Ash - Ketua serigala jadian yang hanya makan golongan perempuan.
🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔
KERAJAAN MATAHARI
Seorang lelaki terlantar di atas sebuah padang yang luas dan hijau. Pada pandangannya kini terpapar langit biru yang bersih. Dia mula berasa hairan terhadap kejadian tersebut. Seingat nya, dirinya sedang menulis sebuah manuskrip novel baru di dalam biliknya. Entah mengapa dia berada di sini dengan suasana keindahan yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.
"Aku di mana?"
Dia duduk di atas permaidani alam ini dan melihat sekelilingnya. Hanya hutan yang luas. Dia mula berdiri dan mengatur langkah untuk keluar dari hutan itu. Walaupun dirinya tahu mustahil dia dapat keluar dari situ dengan mudah.
Bayu bertiup kencang sebaik sahaja dia berjaya keluar dari hutan itu. Di hadapan ya kini terbentang luas sebuah bandar yang indah. Di tengah bandar tersebut terdapat sebuah istana yang serba kuning bangunannya.
Dia pula mula terfikir sesuatu. "Ini bukan tempat aku? Tempat ni macam dalam game. Tapi lain."
Tanpa membuang masa, dia terus mencari jalan untuk turun dari bukit berhutan itu untuk menuju ke kawasan bandar itu. Dia tetap meneruskan perjalanannya walaupun berasa hairan kerana dia beranggapan itu hanyalah sebuah mimpi untuk dia terokai.
Dirinya dipandang hairan oleh orang sekeliling ketika dia berjalan di dalam kawasan bandar itu. Dia sendiri tidak tahu perkara yang membuatkan dirinya menjadi perhatian. Pakaian yang mereka pakai pula sangat pelik pada pandangannya. Pakaian mereka diperbuat daripada songket walaupun tidak keseluruhannya. Ada juga yang memakai suara dan satin. Reka bentuk pakaian mereka juga tidak pernah dilihat olehnya sebelum ini.
"TUNGGU! Jangan lari." Jerit seorang lelaki sambil mengejar seseorang yang menutup kepalanya menggunakan kain selendang yang diperbuat daripada songket berwarna merah dengan corak orkid emas.
Orang tersebut berlari ke arah seseorang dan bersembunyi di belakang orang itu. Manusia yang dipilih untuk menjadi dinding perlindungan itu pula hanya mendiamkan diri dan melihat sahaja sekumpulan manusia berlari di hadapannya sambil menjerit-jerit memanggil orang itu.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystery / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...