Aron terkejut melihat sekumpulan tentera kerajaan berada di hadapan rumahnya ketika dia membuka pintu rumah. Begitu juga dengan Issac yang mahu pulang ke rumah ketuanya selepas urusan jual-beli selesai. Masing-masing tidak mendapat sebarang tanda-tanda kemunculan manusia lain di kawasan tersebut tetapi tiba-tiba sahaja sekumpulan manusia berada di situ.
"Aron Raiz. Ahli sihir pengamal ilmu hitam. Kamu ditahan kerana telah terlibat dalam kes jenayah berat yang selama ini melibatkan golongan wanita dan kerjasama kamu dengan puak serigala jadian." Kata ketua tentera tersebut merangkap pahlawan tertinggi istana.
Di belakang pahlawan tersebut terdapat 20 orang pengikut yang sudah bersiap sedia untuk menanti sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Masing-masing bersenjatakan pistol, pedang, senapang dan lembing. Mereka juga telah menerima arahan terus daripada Raja Raden untuk membuat penangkapan segera. Penghantaran mereka dari istana ke rumah Aron dilakukan menggunakan magis daripada seorang esper yang sudah lima tahun berkhidmat di istana, Raz.
Issac tiba-tiba sahaja mahu melarikan diri dari situ tetapi dirinya ditahan oleh seseorang yang muncul secara tiba-tiba. Raz baru sahaja tiba di situ selepas selesai menghantar sepasukan tentera tersebut.
Issac melihat ke arah kakinya yang sudah membeku menjadi ais. "Esper? Tak guna."
Mulut Aron sudah terkuat-kamit membaca mentera untuk berlawan atau melarikan diri tetapi aktivitinya itu terhenti apabila Raz membekukan seluruh tubuh Aron menjadi ais secara tiba-tiba. Aron hanya mampu menjerit dalam hati.
"Macam mana semua ni boleh jadi macam ni? TIDAK!"
*
Sharon menanti Aron pulang ke rumah keluarganya seperti yang dikatakan oleh Aron sebelum ini. Tetapi Aron masih belum pulang. Sharon mula rasa tertipu dan marah terhadap Aron.
"Dasar penipu. Kau bukan abang aku lagi." Jerit Sharon sepuas hati di dalam biliknya.
Sementara itu, Syam pula sedang menulis sesuatu di dalam sebuah buku nota miliknya. Dia sering mencatat setiap kejadian yang berlaku di dalam buku itu kerana itu ialah diarinya.
RaSIS meletakkan dagunya di atas bahu kiri Syam setibanya dia di ruang tamu tersebut. Syam terkejut terhadap kemunculan RaSIS secara tiba-tiba itu. Syam hanya mendiamkan diri dan kaku di situ.
"Kau tulis apa? Mengumpat pasal aku ke?"
"Tak. Cuma diari je." Dia segara menutup buku tersebut.
Buku itu dirampas oleh RaSIS. Dia membawa lari buku tersebut. Syam pula terus berdiri dan mengejar RaSIS sambil meminta untuk memulangkan bukunya semula. RaSIS masih berdegil kerana dia mahu mempermainkan Syam untuk mengisi kebosanan hidupnya pada malam ini. RaSIS ketawa tetapi Syam pula rasa geram.
*
Raja Raden memberikan sebuah botol berisi darah milik Aron yang diterimanya pada petang tadi kepada Raz selepas dia mendengar cerita penuh tentang Syam yang terkena sumpahan Vampire. Tetapi Raja Raden memiliki syaratnya yang perlu diikuti oleh Raz, iaitu bawanya ke tempat persembunyian Vampire tersebut.
Raz bersetuju untuk melakukan sedemikian kerana dia juga masih marah kepada RaSIS yang mengenakan sumpahan Vampire itu kepada adiknya. Tetapi pada masa yang sama, dia berasa berat hati jika dirinya dikatakan sebagai pembelot. Namun, demi mengembalikan adiknya kepada wujud asal. Dia sanggup melakukannya.
*
RaSIS dan Syam masih berkejar-kejarkan di ruang tamu. Qashmir pula sedang membaca buku di atas sofa ruang tamu. Dia hanya mengabaikan mereka.
Ketika ini Raz dan Raja Raden tiba di dalam ruang tamu rumah RaSIS kerana Raz meletakkan titik destinasinya di situ. Mereka berdua melihat kejadian kejar-mengejar dan gelak-tawa RaSIS sedang membuli Syam. Qashmir pula berasa hairan melihat dua orang manusia itu muncul di dalam rumahnya.
"RaSIS. Pulangkan buku aku. Janganlah baca. Malu la." Jerit Syam.
"Ala... Nak malu apa. Kita kan kawan. Kau sendiri yang cakap hari tu. Aku kawan aku." Kata RaSIS sambil ketawa dan melarikan diri. Berpusing-pusing di ruang tamu.
"Tapi kawan mana boleh baca diari kawan tanpa izin. Tak sopan."
"Kalau macam tu. Aku minta izin."
"Tak dibenarkan." Dia masih mengejar RaSIS dan kakinya mula terasa penat.
Raja Raden terketawa. Raz pula juga begitu. Mereka berdua melihat ke arah Raja Raden dan Raz.
*
RaSIS muncung kerana merajuk terhadap tuduhan terhadap dirinya yang dia tidak pernah lakukan selama ini. Sudah la pertama kali keluar dan cuba isap darah perempuan tetapi gagal sebab kena serang. Lepas tu tergigit pula si adik Raz tanpa sengaja dan Syam dapat sumpahan Vampire. Lepas itu, orang tuduh dia culik perempuan dan isap darah. Tapi jasadnya entah di mana.
Syam melihat sebotol darah milik ahli sihir untuk diminum. Hanya itu sahaja cara untuk menghapuskan sumpahan tersebut. "Darah. Pekatnya."
"Minumlah. Tak nak minum. Bagi aku." Kata RaSIS.
"Kamu nak mampus ke?" Soal Raz kepada RaSIS.
"Darah je. Kenapa boleh mampus pula?" Kritik RaSIS.
"Kamu tak tahu ke? Kalau kamu minum darah ahli sihir kamu boleh mati?"
RaSIS terdiam seketika. Dia sedang berfikir. Kemudian, dia melihat ke arah Qashmir. Jari telunjuk ditunding ke arah Qashmir. "Dia ni separuh ahli sihir dan seperuh Vampire. Hari-hari saya nampak dia isap darah sendiri. Tak mampus pun."
Qashmir tepuk dahi. Raja Raden pula ternga-nga. "Kali pertama beta dengar Vampire isap darah sendiri."
Syam membuka penutup botol tersebut lalu matanya dipejam dan dia meneguk semua darah itu sehingga habis. Ketika ini kepalanya mula terasa pening dan pandangannya berbalam-balam. Telinganya juga dapat mendengar banyak suara memanggil namanya tetapi matanya sangat berat untuk dibuka.
*
Perlahan-lahan Syam membuka matanya tatkala cahaya mentari memancar masuk ke dalam ruangan bilik serba putih itu. Bau yang sangat dikenalinya menusuk hidungnya dan bau itu tidak asing lagi bagi dirinya yang sering dimasukkan ke dalam wad atas hal-hal tertentu. Syam melihat ke arah sekeliling. Hanya dia sendirian. Jelaslah itu wad peribadi yang hanya mampu dimiliki oleh golongan berduit.
"Kenapa aku dekat sini?" Soalnya sambil melihat tangan kirinya yang berwayar itu. Lengannya telah dimasukkan sejenis cecair yang sering digunakan untuk merawat demam.
Tapak tangan kanannya dilabuhkan di atas dahi. Dia sedang berfikir. "Aku mimpi apa? Aku rasa macam aku ada mimpi sesuatu tapi aku tak ingat."
Pintu bilik dibuka oleh seseorang. Syam segera melihat ke arah orang tersebut. Ternyata Enes yang datang melawatnya. Enes segera menerap ke arah Syam.
"Syam. Awak dah lama sedar ke?"
"Baru je. Kenapa?"
Enes tiba-tiba sahaja menangis. "Beberapa hari lepas, awak demam biasa-biasa je. Malam tu tiba-tiba pantas melampau. Awak dah dua hari tak bangun. Saya risau. Doktor cek hari tu. Semua okay. Tak ada pun tanda-tanda penyakit lain selain demam. Tapi kenapa awak tak bangun?"
Syam mengelap air mata isterinya yang baru sebulan dikahwini olehnya. Dia senyum dan berkata. "Jangan risau. Saya dah okay. Senyum sikit." Pujuknya.
Enes turut tersenyum.
Namun, dalam minda Syam masih berfikir. "Dua hari aku tidur dan mimpi panjang. Tapi mimpi apa?"
[TAMAT]
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Misterio / SuspensoA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...