Syam termenung sambil menikmati sarapannya di sebuah kafe bersama-sama dengan Bray. Bray pula sedang membaca sebuah buku mengenai Vampire yang telah dibeli olehnya untuk membantu menyelesaikan masalah sumpahan Vampire bagi mangsa gigitan yang masih hidup.
"Syam. Aku dah jumpa cara nak lupuskan sumpahan tu. Kita boleh buat penawar tu tapi mustahil. Sebab hanya ahli sihir yang boleh guna cara-cara dalam buku ni untuk buat penawar tu."
Syam melihat ke arah Bray selepas tersedar dari lamunannya. "Kau ada cakap apa-apa ke tadi? Aku tak dengar."
Bray geleng kepala. "Jangan la risau."
*
Seorang lelaki berhud di atas kepala sedang tersenyum memerhati seseorang di sebuah kafe melalui cermin kafe tersebut. Ketika ini, dia berada di sebuah lorong bertentangan dengan kafe itu sambil mencuri dengar perbualan bakal mangsanya walaupun jauh kerana telinganya peka terhadap bunyi.
Setapak demi setapak dia berundur ke belakang dan hilang dalam kegelapan di lorong tersebut. "Persiapan untuk makan malam akan tiba. Manusia yang dah tak ada harapan untuk hidup."
Syam berdiri dari kerusi dan meminta diri untuk pergi ke tandas. Bray pula masih di situ dan menikmati secawan kopi sambil menutup buku mengenai Vampire. Dia juga telah menjelaskan segalanya kepada Syam dan berharap Syam tidak terlalu risau.
"Ini semua mimpi. Tapi kenapa aku rasa sakit pada leher aku macam betul?" Syam memegang leher kanannya yang telah menjadi tempat gigitan tersebut.
Tidak lama selepas itu dia terdengar suara seorang lelaki sedang berbisik pada telinga kirinya ketika dalam perjalanan ke tandas. Langkah Syam terhenti. Dia tertoleh-toleh ke kanan dan ke kiri. Tiada sesiapa di situ hanya suara yang dapat didengarinya jelas pada telinga kirinya.
"Kau dah tak ada harapan untuk hidup normal. Hidup kau berakhir sebagai Vampire. Kau tak akan mampu hidup tanpa darah manusia. Hidup kau akan terus membunuh manusia demi darah. Kalau kau tak nak ramai manusia terkorban demi kau. Kau patut tamatkan riwayat kau sendiri di dalam hutan pada waktu malam. Aku akan teman kau. Kau tak sendirian."
"Kau siapa?" Soal Syam sambil melihat ke hadapan. Tiada sesiapa di situ.
"Aku, Issac. Pemberi harapan kebenaran." Kata suara itu lagi dengan tipu helah nya sebagai serigala jadian.
*
Seorang lelaki berjubah hitam berhenti di hadapan sebuah kafe. Dia melihat ke arah kafe tersebut dengan pandangan yang serius sebelum dia masuk ke dalamnya.
Loceng berbunyi sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam kafe tersebut menandakan kedatangan pelanggan. Perlahan-lahan dia berjalan dan tercari-cari sesuatu sehingga seseorang terlanggar bahunya. Orang itu segera meminta maaf. Dia pula hanya mendiamkan diri.
"Bau serigala jadian. Tapi dia manusia. Mungkin dia dah berjumpa serigala tak guna tu. Mentera hasutan." Monolognya sambil melihat Syam kembali ke sebuah meja makan di mana Bray sedang menikmati kek coklat sebagai pencuci mulut.
Lelaki itu duduk di sebuah meja yang tidak jauh dari mereka berdua untuk memerhati Syam. Sebuah buku menu dicapai dan dibuka untuk membuat pesanan makanan. Matanya tertacap pada sepotong kek strawberry coklat yang sangat enak dilihat.
"Dua potong cukup kot untuk rasa sikit." Katanya sebelum memanggil pelayan kafe untuk membuat pesanan makanan.
*
Syam melihat ke arah bulan purnama pada malam ini. Hatinya masih lagi gelisah dan mindanya masih teringatkan kata-kata Issac. Kata-kata lelaki itu benar baginya. Hidupnya akan berubah menjadi Vampire dan hanya darah manusia sebagai makanannya. Tetapi dia tidak sanggup membunuh manusia lain demi diri sendiri.
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystery / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...