Khairil POV
Aku pergi ke rumah dan terus ke tempat biasa Zaim ada. Aku pandang dia yang dikelingi dengan banyak skrin.
Aku nampak dia yang begitu fokus buatkan aku menggulingkan biji mata.
"Tengok porn?" Soal aku selamba buatkan Zaim cepat-cepat off skrinnya.
"Tak! Cuma iklan yang muncul tiba-tiba."
"Tak sangka ada iklan yang boleh hacked komputer kau." Aku bertanya sambil kening terangkat.
"Sudah! Bagitahu kau nak apa?" Zaim menyoal menggelabah.
"Aku nak search pasal seseorang."
"Okey. Siapa dia? Which mafia?" Dia menyoal dan bersiap sedia untuk menaip.
"Nur Hyerin." Dan aku hanya tunggu dia buat magic.
"Nur Hyerin. Hanya orang biasa."
Aku pandang gambar Hyerin yang mula terpapar di skrin besar.
"Cari rekod dia. Status terbaru dia. Tempat tinggal. Senang kata, everything."
"Uh..okey. Nur Hyerin lahir tahun 1995 dan ada 2 orang adik. Eirshad dan Eiril. Dia kerja lima part time job. Damn!"
Aku angguk dan teruskan dengar walaupun rasa hati aku makin resah dengar keadaan Hyerin
"Rekod kesihatan, dia mengalami trauma after kematian parents dia yang termasuk beberapa geng ataupun mafia. Tak bagitahu kat sini. Disebabkan oleh itu, dia selalu dapat nightmare, delusion dan susah untuk tidur. Dia dapat beberapa treatments untuk trauma dia buatkan dia lupa beberapa perkara untuk elak ianya makin serius." Zaim baca dengan penuh kusyuk.
"Print semuanya pasal Hyerin. Thanks Im." Ditepuk bahu Zaim.
"Jap. Kenapa kau buat semua ni?" Zaim pusingkan kerusinya menghadap aku.
Aku tak balas tapi hanya senyum sinis dan terus berlalu keluar dari bilik.
"Dia memang dah hilang akal." Gumam Zaim yang aku sempat dengar.
Memang aku dah hilang akal. Semuanya salah Erin. Nur Hyerin.
••••••••••
Hyerin POV
Aku tak nak lah perasan jadi artis. Tapi dari tadi lagi aku rasa ada orang perhatikan aku.
Dari waktu aku basuh pinggan kat restauran sehinggalah aku dah nak balik rumah.
Bila dah sampai depan apartment, aku hela nafas lega. Aku cepat-cepat masuk dan kunci pintu.
••••••••••
Selepas Hyerin masuk ke dalam, dia tarik hoodie hitamnya ke belakang.
"She got a harsh life, man." Ujar Zaim yang dari tadi memerhati dan ikut Hyerin di dalam earpiece yang boleh didengari semua member.
"Aku nak tanya. Kenapa kau buat senua ni?"
"She is someone to me." Balasan Khairil buatkan Zaim tahu yang perempuan tu adalah penting bagi ketuanya. Jadi dia buat keputusan untuk tak tanya banyak.
"Aku nak kau hack semua CCTV kat area sini dan aku nak Aiden jaga dia tanpa kantoi." Arah Khairil pada Zaim.
Zaim hum kan sahaja dan dia kembali buat kerja.
Khairil pandang apartment buruk milik Hyerin. Bukan penghinaan tapi kenyataan.
••••••••••
Flashback
Aku pandang dompet yang kosong. Semuanya di ambil oleh pembuli tu semua.
Aku memang kaya. Tapi aku tak tinggal dengan parents aku, tapi dengan grandma. Masalahnya, aku rasa bersalah nak minta duit dekat grandma lagi.
Seseorang duduk di sebelah Khairil buatkan dia tersentak.
"Kau fikir apa? Aku panggil dari tadi tak dengar." soal Hyerin dengan menggigit roti di tangan.
"Dan kenapa kau tak makan? Dah rehat." Kata-kata Hyerin buatkan aku terdiam sekejap.
"Takde duit."
Hyerin berhenti mengunyah.
"Diorang kan?"
"Tolong. Jangan jumpa dengan diorang." Aku pegang lengan Hyerin bila Hyerin mula buat beberapa tumbukan pada angin.
"No. Aku tak akan jumpa diorang." Aku menghela nafas lega mendengar.
"Tapi aku akan belasah diorang dan cincang sampai lumat."
Aku dah mula nak bangkang tapi terhenti bila Hyerin sumbat roti tadi dalam mulut aku.
Aku tunggu dia beberapa minit dan aku mula resah bila dia tak muncul.
Tanpa disangka, Hyerin muncul dengan bawa dua orang lelaki yang telinganya dipiat oleh Hyerin.
"Bagi duit dia balik dan minta maaf." Lelaki tersebut baru nak protes bila tiba-tiba Hyerin pukul belakang kepalanya. Aku telan air liur.
Dia minta maaf dan pulangkan duit aku semula.
"Blah!" Dengan laju mereka berdua lari dan turun dari rooftop.
Aku pandang bawah. "Hyerin."
"Kau tak kawan dengan aku sebab kesian kan?" Hyerin terdiam dengar soalan aku.
"Lil tiger. Pandang aku." Aku blush dengan nickname yang Hyerin bagi kat aku setelah lama kami berkawan.
Aku pernah tanya tang mana yang aku nampak macam tiger. Katanya sebab dia nampak keychain tiger tergantung di beg aku.
"Aku berkawan dengan kau sebab aku nak. Beside, my mum told me not to friend with plastick. Sebab bila berkawan dengan plastik maknanya kita suka pencemaran bumi. And ianya bukan perkara yang bagus."
Aku ketawa dengan kata-katanya. "Thank you."
"No prob. Aku akan lindungi kau." Ujar Hyerin sambil ramas rambut aku buatkan aku blushing lagi. Aku boleh rasa jantung aku berdegup kencang.
'Life is hard if you got a crush on your bestfriend.'
End flasback
'Aku menyesal tak cari kau dari awal. Aku ingat aku hilang kau selamanya. Kalau aku tahu kau hidup sesukar ni, aku akan bawak kau balik dan tinggal dengan aku. Aku akan layan kau seperti mana seorang bidadari harus dilayan.' gumam Khairil sendiri.
••••••••••
Vote and comment to support my story. Its not easy guys.
YOU ARE READING
Mafia's Love ✅
Romance"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "Kau akan tahu nanti lambat atau cepat. Buat masa sekarang, ianya kerana kau milik aku. Okey, babygirl...