4:"Only mine"

21.3K 1K 223
                                    

Hyerin POV

Aku cepat-cepat tutup pintu. Takut setelah menjadi saksi yang kejadian tadi.

Aku terasa T-shirt aku ditarik. Aku pandang bawah dan nampak little brother aku.

"Kenapa nampak sedih ni?" Aku menyoal sambil cubit pipi tembam dia.

"Ada budak kat sekolah dia ejek dia miskin dan anak yatim." Jawab Eirshad bagi pihak adiknya.

Hati aku rasa pedih. Aku pandang Eiril dengan wajah sayu.

"No. Diorang tu budak jahat. Abaikan diorang. Okey Ril?"

Eiril sembamkan mukanya di bahuku. Badannya aku peluk erat.

~~~~

Aku memerhati Eiril yang kembali ceria. Dia sedang bermain dengan toys lama milik aku.

Yes, aku main dengan barang lelaki. Aku sedih tengok dia main barang lama dan bukannya baru.

Tiba-tiba Eirshad datang pada aku.

"Kakak. Apa kata Shad cari kerja jugak. Boleh tolong kakak."

Aku dah pandang dia serius.

"Tak payah lah. Kakak boleh cari kerja sendiri. Eirshad dengan Eiril fokus belajar je. Okey?" Aku ramas rambut adik aku.

Dia merengek sebelum akhirnya setuju dengan keputusan aku.

"Manjanya adik kakak ni. Dah pergi main dengan Ril. Akak ada urusan dekat tandas."

"Ew." Eirshad dah buat muka judging dia tu. Kutuk aku pengotor lah tu.

Aku masuk tandas dan buka telefon. Urusan aku bukannya apa pun, cari kerja dalam Internet.

WIFI? Jiran sebelah punya lah.

Tiba-tiba ada satu iklan ni dia muncul dekat dalam telefon aku.

Perlukan kerja?
Hari ni hari bertuah anda.

Syarikat kami memerlukan pekerja bagi kerja berikut
•Cleaner
•Clerk
•Personal Assistant
•etc

Adress:(dontaskitsnotevenreal)

Yang ni nampak meyakinkan. Apa kata aku cuba.

~~~~~

"Perlu ke aku cuba yang ni?" Aku dah terpegun kta depan bangunan tinggi tu.

Bila diorang kata 'syarikat', aku ingatkan ianya syarikat kecik yang biasa. I mean, dekat bahagian lobby pun dah ada lampu chandelier.

Aku datang dekat penyambut tetamu.

"Saya datang nak interview kerja."

Dia dah berkerut sambil pandang aku atas bawah.

"Sorry, we are not looking fo-"

Dan telefon dia berbunyi. Dia jawab.

"Ouh. Are you sure?" Dia pandang aku sekilas. Kemudian, dia end call.

"Big boss nak jumpa." Ujarnya dengan muka yang annoying atau jealous? terpapar jelas.

'Kenapa big boss nak jumpa aku?'

Tiba-tiba datang dua orang lelaki bersuit hitam. Aku dah ke belakang sampai hampir terjatuh. Then, aku cepat-cepat betulkan postur badan dan batuk untuk cover malu.

Mafia's Love ✅Where stories live. Discover now