23:"But he deserved to die"

15.3K 832 35
                                    

Khairil duduk dalam pejabat di mansion. Mejanya diketuk-ketuk. Dia langsung tak tahu keadaan Erin dan dia betul-betul nak tahu.

Pintu bilik diketuk dan menunjukkan headmaid. "Puan dah stabil dan dia nak jumpa Tuan."

Khairil cepat-cepat pergi bilik tidurnya yang terdapat Erin. Pintu dibuka dan kelihatan Erin yang sedang duduk memeluk lutut. Maids lain yang berada di situ pergi meninggalkan pasangan tersebut di bilik.

Khairil duduk di atas katil. "Hey angel." Ujarnya lembut.

Erin nampak Khairil dan terus memeluk lelaki itu. "Awak kat mana pagi tadi? Saya takut."

"Aku kena asingkan diri dari kau. Aku takut nanti aku buat sesuatu yang kau tak suka." Khairil melilitkan tangan ke pinggang wanita itu.

"Saya ingatkan okey untuk keluar sekejap." Air mata Erin jatuh ke pipi.

"Saya patut bagitahu awak semalam." Ujarnya dan menyapu air mata itu. Khairil mengusap rambut Erin lembut sementara Erin sandarkan kepalanya di dada lelaki itu.

"Bukan salah kau baby." Khairil mencium puncak rambut Erin.

"Saya ni beban. Selalu dapat masalah dan mesti awak yang kena selamatkan saya." Erin bergumam.

Khairil mengeluh. "Kau akan tinggalkan aku ke lepas apa yang kita lalui?"

"Kenapa panggil diri kau beban sedangkan aku yang nak kau stay dalam hidup aku walaupun aku tahu ianya bahaya." Dia sembamkan wajahnya ke leher Erin.

"Aku nak kau stay dengan aku selamanya. Aku tahu aku selfish." Ujarnya lagi.

"But do you want to stay with me, princess?" Erin senyum even dia tahu Khairil tak boleh nampak pun.

"Mestilah." Perlahan Erin menjawab. Khairil mengeluh lega dengan jawapan tu.

Dia takut kalau tiba-tiba Erin buat keputusan untuk give up dengan Khairil. Dia takut kalau Erin hilang lagi.

••••••••••

Erin terjaga daripada tidurnya. Kesan daripada dadah tu buatkan Erin lemah jadi Zaf pesan supaya dia selalu berehat untuk dapatkan semula tenaganya.

Dia melihat sekeliling bilik tetapi tiada tanda daripada Khairil.

Sejak kejadian yang berlaku, keinginan Erin adalah selalu untuk dekat dengan Khairil.

Kat office kut. Fikir Erin.

Dia keluar daripada bilik dan pergi ke pejabat Khairil. Tetapi Khairil tetap takde.

Dia berjalan lebih dalam di pejabat tu. Kemudian dia baru sedar ada anak tangga kecil di tepi almari.

Secret.... Basement?

Erin berperang dengan dirinya sama ada untuk masuk atau tidak ke dalam bilik itu. Tapi dia tahu kemungkinan besar Khairil berada di situ.

Dia perlahan-lahan melalui tangga itu dan tak sangka yang bilik basement tu besar. Kat situ ada beberapa alatan latihan dan juga senjata serta pisau.

Dia berjalan dalam lagi. "K-khairil. Awak kat sini ke?"

Ada satu pintu bilik dan Erin buka. Dia menutup hidungnya bila ada satu bau kuat menyapa hidung.

Di tengah bilik lain itu, dia nampak ada satu kerusi yang penuh darah. Bilik itu memang nampak seram.

Aku tak patut ada kat sini. Erin terundur ke belakang. Baru sahaja dia nak berpaling pergi, dia terdengar sesuatu dihempas kuat.

Bunyi tersebut bergema kuat di setiap pelusuk bilik.

Bunyi itu buatkan Erin rasa panik. Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri dirinya.

Mafia's Love ✅Where stories live. Discover now