Hari ini bermula dengan Erin bangun dan terhidang dengan dada shirtless Khairil. Figura tubuh Khairil buatkan Erin nampak kecil sangat.
Erin alihkan tangan Khairil perlahan-lahan cuba untuk tak bangunkan Khairil.
Bila dah nak berdiri, dirinya hanya ditarik semula ke atas katil buatkan Erin mengeluarkan bunyi "Oof."
"Stay." Gumam Khairil dengan mata masih terpejam.
"Saya kena pergi kerja lah." Erin ketawa kecil bila nampak Khairil memang tak nak lepaskan dia.
"Ambik lah cuti." Khairil letakkan wajahnya di antara rambut Erin.
"Kenapa pulak?" Erin memandangnya tertanya-tanya.
"It's your birthday today." Khairil berkata.
"Huh?" Erin buat muka tak faham.
Erin duduk secara mengejut buatkan dia rasa pening sekejap kemudian dia mengambil telefon di sebelah.
Eirshad menghantar dia dengan Eiril dengan caption 'HAPPY BIRTHDAY KAKAK!'
Erin buat muka terharu membaca chat tersebut. Khairil ketawa kecil tetapi tangannya masih memeluk pinggang Erin.
"Happy birthday, baby." Khairil bangun dan mencium leher Erin dua kali.
"Saya pun tak sangka saya boleh lupa birthday sendiri." Erin ketawa kecil.
"Kenapa pulak?" Khairil menyoal.
"Sebab dah lama saya tak sambut jadi saya rasa ianya dah tak penting. Yang saya selalu kisah adalah birthday Eirshad dan Eiril." Terang Erin.
Khairil memerhatinya dalam diam. "From now on, ianya akan jadi hari yang paling penting."
Erin menggeleng. "No, it's okay. Saya tak rasa nak apa-apa pun waktu birthday saya."
"Then. I'll spoil you with everything I have." Khairil berkata tegas.
"Tapi awak-"
"No no. Today is the day you came to this world. The day you came to my life. So, this is special day for you only, baby." Khairil berkata lagi buatkan Erin mengigit bibir sebab dia tahu dia tak akan menang.
"Aku bagi kau hadiah malam ni." Khairil senyum manis.
(Do not think something you guys shouldn't think. It's clean and not dirty okey.)
"Hari ni, kau minta je apa yang kau nak. Aku akan bagi." Ujar Khairil lagi, masih tersenyum.
Sejujurnya, kalau bukan birthday Erin pun hari ni, Khairil tetap akan bagi apa je yang Erin nak. (Sugar daddyyy~)
At the end, Erin tetap pergi kerja dengan Khairil yang merengek tak puas hati.
••••••••••
Khairil menjemput Erin sendiri hari ni, dia sedang menunggu di luar sekolah mencari wajah gadisnya.
Dilihat Erin sedang berjalan memdekatinya dengan tangan memegang hadiah. Hadiah terlalu banyak sampaikan block muka Erin.
Erin berjalan perlahan-lahan, tak pasti dia pergi dekat arah yang betul atau tidak. Khairil ketawa dan pantas pergi pada Erin bila dia menuju ke pokok besar di tepi sekolah.
Erin terperanjat sedikit apabila rasa seseorang memeluk pinggangnya. Dia cuba melihat sambil struggle bawa hadiah-hadiah ni semua.
Khairil ambil hadiah Erin buatkan ianya nampak tak berapa banyak bila dipegang Khairil.
Tangan Erin dipegang dan dibawa ke kereta sementara Erin masih keliru dengan perkara yang berlaku sekarang.
••••••••••
YOU ARE READING
Mafia's Love ✅
Romance"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "Kau akan tahu nanti lambat atau cepat. Buat masa sekarang, ianya kerana kau milik aku. Okey, babygirl...