Hyerin POV
Semuanya hanyalah sama setiap hari. Aku datang kat syarikat Khairil dan tak buat apa-apa.
Ianya agak membosankan.
Aku angkat muka dari komik dan pandang Khairil. Tangan lelaki itu di pinggang aku dan ya. Aku duduk atas pehanya lagi.
"Aku tahu kau nak cakap something. Spit it out." Kata Khairil masih fokus pada kerjanya.
"Nothing."
"I know it's not just 'nothing'. Beritahu aku atau aku paksa kau beritahu dengan cara aku." Ugut lelaki itu.
I swear to god this guy.
"Saya nak kerja." Kataku perlahan.
Terangkat kening lelaki itu. "Kenapa?"
"Okey. Sebab saya bosan sangat kat sini. Dan lagi satu, saya rasa macam takde guna pun saya ada kat sini."
Khairil diam sekejap sebelum bersuara perlahan. "Nanti aku fikir dulu."
Kemudian dia sambung buat kerja. Aku mengeluh perlahan.
Sekurang-kurangnya kau cuba Erin.
"Bangun baby." Aku akur dan berdiri.
Khairil menunduk dan menekan telekom. "Sediakan kereta aku."
Damn! That side of his is so freaking HOT
Fikiran aku tersentak apabila tangan Khairil melingkar pada pinggang dan guide aku berjalan keluar dari pejabatnya.
Pekerja perempuan pandang aku dengki. Aku dah biasa dengan benda tu.
Setelah itu, kereta Khairil sampai dan kami masuk ke dalam.
~~~~~
Aku dan Khairil masuk ke dalam mall. Kami pergi ke kedai telefon.
Aku menjeling telefon itu sekilas. Tak berminat dengan telefon yang mahal.
"Bagi telefon kau." Kata Khairil sambil hulurkan tangan.
Aku menggeleng. "Nak buat apa?"
"Nak tukar baru lah."
"Buat apa tukar. Telefon ni elok lagi." Aku keluarkan telefon dari poket dan cuba hidupkannya.
"What the- dah mati?!" Butang on aku tekan berkali-kali tapi tak berhasil.
"Tak perlu telefon baru?" Khairil menyoal dengan senyum sinis di bibir sexy nya.
Aku merengus dan serahkan telefon pada Khairil. Dia buka telefon itu dan keluarkan sim card.
Seorang lelaki datang ke arah kami dengan sebuah kotak. "Ini apa yang encik pesan."
Khairil angguk dan menyuruhnya untuk pergi. Kotak dibuka dan telefon dikeluarkan sambil dimasukkan sim card.
"Here you go." Diserahkan telefon itu pada aku.
Contact dibuka untuk lihat kalau-kalau ada yang hilang. "Mana butang kembali?!"
Khairil gelak melihat kesukaran aku. Bukan salah aku tak tahu nak guna telefon mahal ni.
"Meh sini." Dia duduk di atas kerusi tinggi dan tarik aku rapat dengannya.
Dengan itu, aku berada di antara kaki Khairil. Dahi disandarkan pada bahu aku.
Telefon diambil dan dia mengajar aku cara untuk mengendalikan telefon baru itu. Dan aku baru sedar, semua orang di dalam kedai sedang memerhatikan kami berdua.
YOU ARE READING
Mafia's Love ✅
Romance"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "Kau akan tahu nanti lambat atau cepat. Buat masa sekarang, ianya kerana kau milik aku. Okey, babygirl...