12:"Anything for you, baby"

17.6K 963 82
                                    

Flashback

"Lembut lah sikit!" Erin jerit bila aku tengah bersihkan luka dia.

Dia dapat luka sebab selamatkan aku daripada pembuli lagi.

"Aku tengah lembut lah ni!" Aku jerit buatkan bahu Erin terangkat terkejut.

"Maaf." Ucap dia dengan muka simpati. Aku mengeluh setelah selesai bersihkan luka dia.

"Kenapa kau selalu macam ni?" Aku letak tangan di sisi.

"Kenapa kau nak cederakan diri kau sebab aku?" Aku bertanya lagi tak puas hati.

"Lil tig-" aku potong ayatnya. "Ianya tak adil."

"Kenapa kau selalu protect aku? Selalu sangat. Walaupun kau sakit, kau selalu senyum dan kata tak apa-apa."

"Nanti bila aku dah besar dan kuat aku pulak yang akan protect kau." Aku bergumam lagi.

"Kau dah kuat dah lil tiger." Erin berkata dengan senyum dan aku terus geleng kepala laju.

"Mana ada! Aku tak kuat lagi."

"Yelah yelah! Nanti bila kau dah besar, kau pulak yang protect aku! Puas hati?" Erin menyoal dengan kening terangkat sebelah.

Aku angguk puas.

Erin bangun dan pergi pada grandma. "Degil punya lelaki." Aku dengar dia bergumam.

End flashback

~~~~~

Khairil POV

Aku ketawa mengingati perkara tersebut. Erin di sebelah aku pandang.

"Baby. Bangun." Rambut Erin di usap lembut. Yang mana aku sedar itu hanya akan buatkan dia lagi lena.

"Erm..Five minutes! Macaron, don't go.." Erin berkata sambil mengigau dalam tidur.

Aku senyum. Rambutnya ku selitkan di tepi telinga.

"Okey sayang. Kalau kau tak nak bangun, aku akan buat apa sahaja dekat kau selama 5 minit tu."

Erin bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik air setelah ambil tuala sambil mata masih tertutup. Buatkan aku ketawa kecil.

Aku pakai blazer dan jam tangan Rolex. Kemudian aku turun ke bawah untuk sarapan.

Aku tunggu Erin sebab aku nak goodbye kiss kat dia sebelum pergi kerja. Damn! Aku nak heret dia pergi syarikat kalau bukan sebab dia dah mula kerja.

~~~~~

Hyerin POV

Dah hampir seminggu aku kerja kat sini. Best sangat sebab budak-budak pun baik je.

Sedang aku semak laporan pelajar, ada satu mesej muncul.

Unknown:
Wassup bruh.

Me:
Ni sape?

Unknown:
Ni lelaki paling tinggi yang pernah kau kenali.

Aku gelak. Aku tahu ni siapa.

ZafDr:
Macam mana kerja?

Mafia's Love ✅Where stories live. Discover now