TERLIHAT kelopak matanya bergerak-gerak buatkan Zaf terus bergerak laju.
"MACAM MANA DIA BOLEH PENGSAN MACAM TU?" Jeritan suara Khairil kedengaran bergema di dalam bilik sebelah.
"Kan dah bagitahu, dia tiba-tiba je pengsan lepas muntah." Jawab Zaim takut-takut.
"TAPI ERIN TAK PERNAH PENGSAN SAMPAI MACAM TU! DIA TAK-" Bunyi bukaan pintu menghentikan pekikan Khairil.
"Dia dah sedar." Ayat ringkas itu buatkan Khairil cepat-cepat berlari ke bilik mereka. Yang lain berpandangan sebelum mengikuti jejak Khairil.
"Baby!"
Wajah gadis kesayangannya yang sedang duduk di kepala katil menyapa pandangan. Erin menghadiahkan senyuman buatkan Khairil terus memeluknya tanpa berfikir panjang.
"Baby okey?" Suara Khairil bertanya lembut.
"Takde siapa akan percaya yang dia baru je mengamuk tadi." Bisik Azril buatkan kelima lelaki yang lain mengangguk setuju.
Erin hanya mengangguk buatkan Khairil rasa risau. "Zaf." Panggilnya tanpa memandang lelaki tersebut dengan suara yang ditekankan.
Zaf berdiri tegak sebelum pantas bergerak di sebelah Khairil.
"Kenapa dengan Erin?" Soal Khairil buatkan Zaf kembali dengan mode doktornya.
"Aku tak boleh nak bagitahu lagi sebab tak pasti. Jadi Erin kena buat test dulu untuk make sure apa yang aku fikir ni betul atau sekadar sangkaan." Jawapan Zaf buatkan Khairil tak puas hati. Tapi belum sempat Khairil nak kata sesuatu, Erin dah buka mulut.
"Khairil pula macam mana? Kenapa dia pun pengsan tadi?"
"Ouh. Tu sebab dia kena suntik dengan dadah. Mungkin waktu tengah jalankan mission then tak perasan pun kena suntik." Jawapan Zaf buatkan Erin tak senang duduk.
Zaf yang perasan terus menyambung lagi. "Tapi kandungan dadah tu tak kuat pun. Sebab tulah tindak balas dadah tu lambat and tak harmful pun. Jangan risau lah." Erin kemudian menghela nafas lega.
"Erm.. Tadi kau kata nak buat test en? Test apa?" Malek yang dari tadi memerhati bersuara buatkan semua memandangnya.
"Apa? Aku curious okey." Selamba dia berkata sebelum mengambil tempat dia birai katil.
Aiden menggulingkan biji matanya sebelum menghempuk belakang kepala Malek buatkan lelaki itu menjerit kesakitan. Erin ketawa melihat telatah kawan-kawan Khairil.
"Test yang kau kena ambik ialah.."
••••••••••
TIGA jenis pregnancy test diletakkan sebaris di singki tandas. Matanya terpaku pada result yang bertanda.
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Erin ke realiti.
"Bestie. Kau dah siap ke? Apa result dia?" Soal Zaf dari luar tandas. Erin buka pintu dan kelihatan Zaf memandangnya curious. Kening Zaf angkat sebelah.
Seakan faham, Zaf masuk ke dalam tandas dan melihat tiga pregnancy test yang diberinya tadi.
Error.
Positif.
Positif.
Dipandang wajah kaku Erin di muka pintu. Tubuh gadis itu dipeluk dengan senyuman gembira. "Kau pregnant." Bisiknya.
"A-aku p-pregnant?" Soal gadis itu berbisik. Zaf lepaskan pelukan dan angguk laju.
Erin perlahan-lahan ukir senyum dan memegang perut kempisnya. "Aku pregnant!" Jerit gadis itu sambil melompat seronok buatkan Zaf menggelabah.
YOU ARE READING
Mafia's Love ✅
Romance"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "Kau akan tahu nanti lambat atau cepat. Buat masa sekarang, ianya kerana kau milik aku. Okey, babygirl...