Hyerin POV
Mata dibuka perlahan-lahan. Meraung aku sekejap sebab rasa sakit di tengkuk. Dipandang sekeliling tempat yang sangat asing.
"K-kat mana ni?" Mata aku melilau pandang sekeliling. Tiba-tiba tertumpu pada sesuatu atau seseorang?
"R-rafiq?" Aku pandang betul-betul orang yang terikat depan aku ni.
Dan akhirnya dia angkat kepala. "Holy shit! Rafiq! Macam mana kau boleh ada kat sini?!" Aku berbisik kuat.
Mata dia membulat. Mungkin terkejut nampak aku pun sama kena ikat macam dia.
"Kita kena cari cara keluar dari sini-" aku terhenti bila pintu bilik dibuka buatkan cahaya dapat masuk sedikit.
"Oh, dah bangun dah dia ni? What a surprise?" Kata seorang lelaki yang sudah separa usia sarkastik. Aku hanya pandangnya tajam.
"Bagi adik aku! Kau janji nak bagi adik aku balik!"
Dia menggulingkan biji mata. Nampak sangat aku ni annoying. Tapi aku kisah apa?!
"Adik kau selamat. Memekak je budak berdua tu. Daripada kau kisah pasal diorang, baik kau kisahkan pasal diri sendiri." Ujarnya sombong.
"Apa yang kau nak dari kitorang ha?! Lepaskan aku dan Rafiq!" Aku menjerit kasar. Tak kisah lah dia tua ke muda. Tapi perangai macam setan!
Lelaki tua itu ketawa kuat. Gila ke apa orang tua ni?
Dia mendekati aku dan aku berundur ke belakang walaupun memang aku terikat betul-betul dekat tiang. Kemudian dia senyum senget.
"Nur Hyerin. Tak akan kau tak ingat aku?" Kata-katanya buatkan aku berkerut.
Jap, jap. Aku pernah ada scandal dengan lelaki tua ke sebelum ni? Rasanya takde. Kan?
Dia senyum sinis. "I see. You forgot me already. How about this one?"
Lelaki tua tu selak lengan baju pendeknya ke bahu dan serlahkan satu benda yang aku sangat ingat sampai sekarang.
A goat skull tattoo.
Mata aku membulat besar bila aku sedar. Air mata mula bergenang sambil aku memandangnya tajam.
Aku rasa dia tahu aku dah ingat sebab dia tersenyum puas. "Dah ingat?"
"You monster! Kau pembunuh! Kau bunuh ibu dengan ayah! Pembunuh!" Aku jerit kuat dekat sampai suara aku bergema dekat bilik suram tu.
"Aku? Pembunuh? Salah orang ni. Mungkin kau maksudkan dia ni?" Dia tunjuk pada seseorang dan pandangan aku jatuh pada..
Rafiq.
Rafiq? Rafiq?!
"Penipu!" Aku tak percaya ianya Rafiq. Tak mungkin sebab dia kecil lagi waktu tu. Aku lagi tua daripada dia.
"Sekarang ni aku penipu? Apa kata kau tanya tuan punya badan sendiri?"
Aku pandang Rafiq. Lama. Rafiq nampak resah. Dia pandang aku dan aku tahu pandangan tu. Maaf.
Dia tundukkan semula kepalanya. No, no, no. It can't be him. It j-just can't.
"Rafiq.. K-kau.." aku biarkan soalan aku tergantung bila aku dengar bunyi esakan. Rafiq menangis.
"Ak-aku minta maaf Erin. Ak-aku terpaksa. Aku-" kata-katanya terpotong bila mukanya ditumbuk oleh lelaki tua tadi.
"Kau DIAM!" Jerit dia.
Aku tak dengar apa lagi. Aku terdiam tak berkutik. Aku dah tahu siapa pembunuh ibu dan ayah. Ianya Rafiq.
Macam mana boleh jadi macam ni? Dia tak akan buat macam tu. He was still a child.
Lelaki tua tu bercakap sekejap dengan seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik ni. Mungkin anak buah dia. Tapi aku tak kisah. Dah tak nak kisah.
Dia datang semula dekat aku dan Rafiq beberapa saat kemudian.
"Okey. Kekasih hati kau pun dah sampai so aku kena settle kan dia dulu. Lepastu, nanti pandai-pandailah aku settle kan korang pulak." Dia bangun dan pergi ke pintu sebelum tutup pintu rapat dan aku dengar bunyi kunci.
Suami. Khairil. Khairil ada kat sini. Nak selamatkan aku. Lagi.
Aku nak menangis tapi aku tak nak tunjuk aku lemah. Rafiq menangis tak akan aku pun nak menangis jugak.
Lagipun Rafiq kata dia terpaksa. Aku tak tahu apa maksud dia tapi aku dapat rasakan dia dah berubah. Tangisan dia tu pun cukup untuk semua orang tahu. Itu tangisan penyesalan.
"Rafiq." Perlahan suara aku memanggil. Aku penat dah bersuara, tadi asyik menjerit je.
"A-aku mintak maaf Erin. Aku tak nak bunuh. Tapi papa yang suruh. Dia kata kalau aku tak dapat nak bunuh i-ibu ayah kau. Di-dia tak mengaku aku sebagai anak.
Tapi aku tak sengaja. Aku tak nak tembak pun diorang. Memang aku yang pegang pistol tu ta-tapi papa yang tekan picu. A-aku tak sengaja. Aku tak nak jadi pembunuh. Aku cuma nak jadi cikgu dan ada kehidupan yang normal. A-aku..-" dia menangis lagi kuat.
Aku mengeluh. Nak dendam pun takde guna. Dia tak sengaja. Lagipun papa dia yang suruh. Papa jenis apa yang buat anak macam tu. Macam setan!
"Rafiq. Lelaki se-tua tadi tu papa kau ke?" Aku berhenti sebelum sempat panggil setan. Apa-apa pun tu papa dia jugak, tak ke terasa anak dia nanti.
Rafiq angguk. Aku buat muka jijik. Lelaki setan tu tak layak dipanggil papa pun.
"A-aku minta maaf Erin. Sebab tu aku jadi cikgu dekat sekolah kau. Se-sebab aku nak minta maaf. Ta-tapi aku takut." Suara dia mengendur di hujung.
Aku mengeluh lagi. "Takpe Rafiq. A-aku.. Aku maafkan kau." Sekarang aku rasa lega.
Rasa beban yang aku tanggung lama dulu dah hilang. Aku dah tahu siapa pembunuh dia dan dia pun dah taubat. Apa lagi yang aku perlu buat selain daripada memaafkan Rafiq yang tak bersalah. Dia tak berniat pun dan dia dulu cuma budak kecil dengan hati yang suci. Dia tak tahu apa-apa.
Keadaan diam antara kami. Lama Tiba-tiba Rafiq bersuara.
"Erin."
Aku angkat muka pandang dia.
"Terima kasih." Ucapnya dengan air mata yang jatuh ke pipi. Aku senyum kecil dan kemudian angguk.
"Aku suka kau Erin." Aku terdiam.
Confession apa ni? Terlalu tiba-tiba.
"Aku tahu kau tak rasa benda yang sama sebab kau tu isteri orang. Dan aku tahu ianya salah untuk suka dekat isteri orang. Bu-but I can't help it." Ujarnya lagi. Aku tak tahu nak balas apa.
"Kau ingat tak surat cinta dengan ayat cringe yang kau pernah dapat dulu? Aku yang bagi surat tu. Aku bagi tapi aku tak harap kau balas pun. Tapi bila nampak kau buang, rasa sakit tu tetap ada." Beritahu dia buatkan aku rasa bersalah. Sikit jelah.
"Erm.. sorry?" Aku berkata tak pasti nak balas apa.
Dia tergelak kecil. "Takpe. Aku kena sedar diri yang Khairil tu dah cukup sempurna untuk kau." Ujar dia dan tersenyum.
Aku mengeluh lega dan senyum jugak. Aku harap kami masih kawan lah.
Bunyi tembakan kedengaran dari luar pintu. Aku tahu siapa yang datang dan aku senyum lebar dan dalam masa yang sama risau sangat.
Rafiq pandang aku. Aku tahu dia pandang aku tapi aku abaikan. Sekarang fokus aku adalah kembali pada Khairil dan adik-adik aku.
••••••••••
I told you I want to do scene fight kan? Next chapter sebab chap ni nak reveal pasal Rafiq.
So, comment dan vote lah banyak-banyak biar saya ada semangat nak tulis chap seterusnya.
And thanks for yang vote dan comment and setia dengan story ni.
YOU ARE READING
Mafia's Love ✅
Romance"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "Kau akan tahu nanti lambat atau cepat. Buat masa sekarang, ianya kerana kau milik aku. Okey, babygirl...