3:"I wish you are here"

20K 1K 27
                                    

Hyerin POV

Dua minggu dah berlalu, aku tetap rasa diekori. Aku tak tahu lah aku ni paranoid ke atau perasan.

"Kau okey Hyerin?" Ada seseorang yang menepuk bahu aku buatkan aku berpusing.

Ianya rakan sekerja aku. "Aku okey je, Jim."

Aku bekerja dekat fast food dan tengah tunggu rush hour. Semua pekerja pun tengah bersiap sedia.

Bila rush hour datang, aku segera pergi ke arah pelanggan dan letakkan tablet menu dekat atas meja.

Aku terlalu fokus mengambil order sehinggalah ada satu customer ni dia berkata "Cik, ni bukan apa yang saya order." Lelaki tu nampak sangat marah.

Semuanya berlaku sangat pantas, dan akhirnya semua pelanggan kata mereka tak dapat order mereka yang sebenar dan menjerit ke arah aku.

Aku yakin aku dah ambik order diorang dengan betul. Sampaikan ada beberapa pelanggan yang mula beredar sebab order mereka salah.

So here I am, di hadapan manager setelah habis shift. Semua pekerja berkumpul bersama disebabkan masalah yang telah aku timbul.

"DISEBABKAN KAU, KITA TERIMA COMPLAIN! DAN KITA JUGA DAPAT BANYAK KERUGIAN!" Manager aku dah jeit dengan sangat garang.

"Maaf boss. Tapi saya yakin saya dah double check order saya." Yakin aku bersuara.

"Mungkin ada masalah dengan sistem. Tak mungkin dia buat dengan sengaja." Jim bersuara sebab nak back up aku.

"JADI KAU NAK SALAHKAN TABLET TU? KAU PATUT PERIKSA TABLET TU SEBELUM RUSH HOUR MULA. JADI, BAIK KAU DIAM SEBELUM AKU PECAT KAU!" Dia jerit lagi.

Aku dah risau bagi pihak Jim. "Ianya salah saya boss. Bukan dia."

"MESTILAH SALAH KAU! AKU NAK KAU KELUAR DARI SINI SEBELUM KAU BUAT BUSINESS AKU BANKRUPT!"

Dia campak sampul yang berisi duit ke atas tanah dengan marah. Aku melutut dan mengambil sampul itu.

'Jangan nangis Erin. Jangan nangis.'

"Kau okey Erin?" Jim tolong aku berdiri dari lantai setelah manager kami berlalu.

"Dia sumpah teruk." Kutuk Jim.

"Mungkin dia bad mood." Aku berkata.

"Jadi, kau nak pergi?" Dia menyoal.

"I have to."

"Okey then. Goodluck." Aku angguk sebagai balasan.

Aku bersiap dan mula bergerak ke arah restauran lain di mana tempat kerja aku yang keempat pulak.

"Kena cari kerja baru." Aku berkata sambil mengeluh.

"Kesian little girl kita kena cari kerja lain." Ada satu suara berkata dari belakang.

Lintah darat lagi. Malang betul nasib aku hari ni.

"Macam mana korang cari aku?" Aku menyoal separuh berbisik.

"Kitorang tahu kau tak akan lari lagi jauh dari area sini selagi aku stuck kat sini dengan adik-adik kau. Kesian hidup kau ni. Miskin." Dia berkata siap hina lagi.

Dia melangkah ke depan buatkan aku melangkah ke belakang dengan mengejut.

Dan aku terus berlari. Malangnya bila diorang tarik rambut aku dan tolak aku sampai badan terlanggar dinding.

Salah sorang dari diorang mula nak hayun tangan untuk pukul aku. Cepat-cepat aku tutup mata.

'Aku dah mati ke?'

Aku buka je mata, aku nampak kepala semua lintah darat tu dah berlubang kat tengah dahi maknanya ada orang tembak diorang.

Aku terkejut dan mula pandang sekeliling. Aku telan air liur.

Kemudian, aku lari laju. Tak nak lah nanti orang salahkan aku sebab ni.

'What the hell happen to me these days!'

••••••••••

Di waktu yang sama dan tempat yang tak jauh dari sini.

"New status. Priority's threat. Killed." Ujar Aiden di atas bangunan yang tak jauh daripada tempat kejadian.

"Uuu... Nice shot." Puji Zaim daripada dalam earpiece.

Aiden mengemas barang menembaknya dan turun dari ke bangunan lain. Mata memerhati gadis tadi berlari.

Bagi Aiden, bila dia dapat misi ni. Dia rasa agak tertarik memandangkan tak pernah ada wanita yang berjaya dapat perhatian Khairil.

Jadi dia nak tahu apa yang menariknya perempuan ni bagi ketua mereka.

••••••••••

"Ianya sangat teruk bila kau suruh aku rosakkan sistem tablet tu." Beritahu Zaim daripada earpiece.

Khairil yang berada di pejabat mansion, bersandar pada kerusi. Tak membalas.

"Mind telling me why?" Zaim menyoal lagi.

"Tengok daripada personaliti dia. Aku yakin yang dia akan cari kerja baru." Balas Khairil masih tak jelas.

"Aku nak kau hack telefon dia dan hantar satu iklan kononnya ada kerja kosong dekat syarikat aku." Arah Khairil bersahaja.

"So that kau boleh jumpa dengan dia?" Daripada earpiece, Khairil boleh agak muka Zaim melalui nadanya yang kedengaran mengejek

"Yep." Khairil membalas.

"Whatever man. After semua ni, kau better bagitahu aku reason semua ni. I ain't doing all this shit for nothing." Ujar Zaim.

Khairil hanya menghmm kan aje. Setelah itu, dia menarik earpiece keluar dan campak pada meja perlahan.

Dia pandang gambar dia dan grandma nya di atas meja.

Flashback

Grandma rasa gembira bila cucunya sekarang pulang ke rumah tanpa luka atau lebam mahupun kotoran. Tak macam dulu.

Khairil beritahu grandma tentang Erin dan grandma rasa sangat gembira untuk berjumpa dengannya.

Erin datang ke rumah danselalu bergosip dengan grandma. Kadang kala mereka juga memasak bersama.

Tetapi, setelah Erin pergi. Grandma rasa kesian melihat keadaan Khairil yang bersedih.

"Grandma harap sangat Erin kembali dan ada di sisi grandma sebelum grandma mati. Grandma juga harap korang akan berkahwin dan dapat anak satu hari nanti." Kata Grandma Khairil sebelum dia pergi meni ggalkan dunia.

Grandma tahu yang Khairil ada perasaan terhadap Erin. Knowing that only make her felt more sad.

Setelah grandma pergi, ibu bapanya beritahu reason sebenar dia tinggal dengan grandma sebab mereka adalah mafia.

Selepas Khairil menjadi mafia untuk ambik alih parents dia, dia tak rasa apa-apa.

Bagi dia, takde guna jadi mafia yang terhebat if there is no one beside his.

Dia buat apa yang parents dia suruh. Dan dia berubah from a shy nerd to the heartless mafia.

End flashback.

Khairil letak jarinya di gambar dia dan grandmanya.

"I wish you are here grandma." Ujar Khairil berbisik.







•••••••••••
Please vote and comment. To support my work. Saya hargainya.

Mafia's Love ✅Where stories live. Discover now