24:"Don't move baby."

17.2K 847 33
                                    

Erin bangun awal pagi itu sebab Khairil dah janji untuk bawa dia ke rumah lama. Sudah empat hari sejak kejadian di basement rahsia itu.

Hoodie-hoodie yang tergantung dipandangnya. Sedang memikirkan untuk pakai yang mana.

Terasa lilitan di pinggang Erin dan seseorang menghulurkan hoodie berwarna hitam dan lebih besar sedikit.

"Pakai ni." Kata Khairil yang muncul mengejut.

"Tapi ni awak punya." Erin merenung hoodie itu lama.

"Exactly." Khairil letakkan dagunya di bahu Erin. Erin geleng kembali sambil senyum tapi tetap ambil hoodie kepunyaan Khairil.

Khairil jauhkan diri daripada Erin dan pergi untuk memakai bajunya. Pakaian yang selalu dia pakai iaitu suit macam nak pergi kerja.

Erin cepat-cepat hentikan Khairil. "Awak tak akan pakai suit."

"Kalau macam tu, kau nak aku bogel ke?" Gurau Khairil dengan smirk famous.

"N-no. Cuma saya tak nak orang fikir yang awak ni... Sugar daddy saya." Ayat hujung itu diperlahankan.

"Siapa kata aku sugar daddy kau?" Khairil mengangkat sebelah keningnya.

"Mostly... Everyone." Erin berkata diselangi dengan batuk yang disengajakan.

Khairil ketawa kecil. "Anything for you baby."

Khairil tiba-tiba berhenti sekejap dan pandang Erin. "Apa?" Soal Erin terus.

"Baby nak tengok aku tukar ke?" Khairil menyoal sambil acah nak buka ikatan dekat bathrobe nya.

"HELL NO!" Berlari Erin keluar dari closet tu.

••••••••••

"....This is it...." Gumam Erin perlahan setelah mereka sampai di depan pagar yang amat dia kenal.

Di situ sudah tidak berbentuk rumah sangat dan ada perkataan tergantung 'UNDER CONSTRUSTION'. Erin masuk melalui pagar yang tidak berkunci.

Dia melihat halaman rumahnya. Sedih tiba-tiba terasa. Dia ingat lagi di sini ibunya selalu menanam pokok bunga dan di sini juga lah dia bermain kejar-kejar dengan Eirshad.

Khairil mengikut dari belakang. "Kau ingat apa-apa ke pasal diorang?"

Erin menggeleng. "Lepas trauma tu, saya kurangkan daripada mengingati sesuatu tentang masa lampau. Sekarang, ianya kabur."

Tiba-tiba satu flash memory terlintas di kepala Erin buatkan dia hampir jatuh ke belakang.

Khairil pantas memegang badan Erin. "Kau okey tak ni?" Soal Khairil risau.

"O-okey." Erin berkata cuba meyakinkan Khairil.

A goat skull tattoo? Hati Erin bergumam mengingati tattoo yang dia pernah nampak. Tattoo yang dimiliki oleh pembunuh ibu dan ayahnya.

••••••••••

Keluar daripada pagar, Erin memandang jalan yang berdekatan dengan rumahnya. Entah kenapa, kakinya melangkah ke satu destinasi.

Khairil hanya menuruti dan kemudian dia baru sedar ke mana mereka akan pergi. Sebuah rumah tradisional yang diselaputi dengan bunga-bunga yang tumbuh liar.

Erin melihat rumah tersebut lama. Dia tak berapa ingat dan dia pun tak tahu macam mana dia boleh berada di sini. Rumah di hadapannya itu kelihatan cantik macam dalam cerita dongeng.

Erin masuk ke dalam kawasan rumah tersebut. Bunga di situ disentuh dan dia teringat seorang nenek dan budak lelaki yang dia selalu lawat dulu.

Dia ingat seorang nenek yang sangat penyayang dan juga budak lelaki yang sangat pemalu. Wajah mereka masih kabur di minda Erin.

Mafia's Love ✅Where stories live. Discover now