33:"Don't cry baby."

15.2K 816 100
                                    

Oh my god, readers buatkan saya rasa guilty sangat tau. Tak fair langsung.

Okeylah saya update jugak. Anggap ni duit rayalah ya. Make sure dapat 40 comments untuk chapter ni okey? Saya up sikit. Apa pun happy reading. (Tak tahu ni happy ke tak)

••••••••••

Erin labuhkan punggung atas kerusi di bilik guru. Keluhan penat dilepaskan.

"Ai Erin. Baru habis kelas ke?" Suri bertanya entah datang dari mana.

Erin memandangnya. Kepala diangguk lemah. Gaya penat sangat dah tu. Mata dipejam sekejap tetapi selepas beberapa saat dibuka semula bila perasan Suri masih di situ.

"What?"

"What what?" Suri berkerut dahi.

"What's the tea? Kau tak akan ada kat sini kalau bukan nak membawang." Balas Erin menongkat kepala atas meja.

Suri tersengih. Erin sangat memahaminya.

"Tu." Tunjuk Suri pada sesuatu.

Erin berpaling melihat pada selang dua mejanya iaitu meja Rafiq. Kemudian dia pandang semula Suri.

"Rafiq? Kenapa dengan dia?"

"Dia tak datang hari ni." Balasan Suri buatkan Erin pula berkerut.

Suri yang nampak kerutan tersebut terus berkata. "Rafiq mana pernah tak datang kerja. Dia lah pekerja paling cemerlang yang selalu hadir sekolah."

"So?" Soal Erin masih lagi tak faham.

Suri mengeluh. Apa ke lembab lah isteri si Khairil ni. Nasib baik member.

"So pelik lah. Like what if something happen to him. Takde siapa tahu kenapa dia tak datang kerja and bila contact dia pun masuk voice mail je. Don't you curious?" Suri berkata panjang lebar.

Erin pandang semula pada meja kerja Rafiq. Sekarang dia baru terfikir.

Tiba-tiba Erin rasa tak sedap hati.

Dah kenapa ni? Asal rasa tak elok ni?

Bunyi panggilan telefon menyentakkan Erin. Nama panggilan tidak dikenali tetapi tetap diangkat.

"Hello, assalamualaikum." Ujar Erin.

Suri mengangkat kening sebagai isyarat -siapa-?. Erin mengangkat bahu tanda -tak-tahu-.

"Ouh. Ya saya kakak Eiril dengan Eirshad. Kenapa ya cikgu?"

Suri di sebelah sibuk pasang telinga walaupun dia tak dengar balasan orang sebelah sana.

"HAH?!" Jeritan Erin bergema kuat di dalam bilik guru buatkan Suri turut sama terkejut.

••••••••••

Khairil mengusutkan rambutnya. Keluhan dilepaskan entah buat kali ke berapa.

"Aku tak kira. Cari sampai dapat." Suara Khairil keras berkata dan terus end call.

Dipandang Erin yang sudah tertidur dengan mata yang sembab. Nangis lama sangat sampai macam ni jadinya.

"Don't cry baby. Aku akan cari diorang sampai jumpa. Aku janji." Khairil mengucup bibir Erin beberapa saat sebelum dilepaskan.

Dia kemudian bangun dan keluar dari bilik. Diberikan pandangan akhir pada Erin sebelum pintu bilik ditutup.

Mata Erin celikkan setelah dengar bunyi pintu ditutup. Dia berdiri dan rapatkan lutut ke dada.

Mafia's Love ✅Where stories live. Discover now