Part 1

74 14 5
                                    

Derapan kakiku melangkah ke satu hala tuju .  Secara tak sengaja derapan kakiku terhenti di sebuah kedai haiwan. 

Mataku tertumpu ke arah satu haiwan yang sangat comel . 

Bulu  lembut  yang berwarna putih , telinganya yang panjang lagi tirus , ekornya yang pendek serta gigi kacip tengah yang ketara  dalam mulut . Ia dengan tiba-tibanya memandang  kearah ku.Aku terpaku dengan kecomelannya.

Hasratku untuk membelanya sehingga kini  tidak pernah tercapai . Rasanya , sudah tiba masanya untuk aku tunaikan hasrat yang sudah lama terpendam ini .  Terasa hati ini hancur saat mataku melihat harga yang terpapar . 

Hasrat yang ingin aku tunaikan tidak kesampaian .  Kini , aku memulakan perjalanan bagi menuju ke kediamanku .   Kali ini , langkahku terhenti lagi . Alangkah terkejutnya aku kerana terjumpa haiwan yang baru sahaja aku jumpa  sekejap tadi .  Cuma , bulunya berwarna coklat . Mata ku menangkap sesuatu dilehernya dan itu ialah rantai . 

 Dilehernya terdapat satu rantai yang terdapat huruf J dan K . Kepala yang tidak berasa gatal itu aku garu . ' Apakah maksud huruf ini ?'

Mataku liar mencari jika tuan arnab ini ada disini . Mungkin arnabnya terlepas . Tapi ternyata, seorang pun tiada disitu. Rasanya dia perlukan tempat tinggal .   Eomma sudah tiada . Appa  pula berada di luar negara atas urusan kerja .  

Kebetulan , dekat rumah aku terdapat sangkar yang sudah lama tidak dipakai . Ianya kepunyaan eomma . Jadi , boleh lah aku gunakannya bagi menyimpan arnab ni .

-TBC-

sorry kalau ade typo

sorry kalau tk best


Patik ingin meminta maaf untuk semua umat manusia di sini . Ini penulisan saya yang tak berapa nak betul dan ke laut . . Patik tiada pengalaman menulis kerana patik hanyalah seketul manusia yang masih mentah . Patik harap kalian semua dapat memaafkan patik yang masih mentah ini .Maafkan patik buat sekali lagi . 😣😣

My Bunny | JJKWhere stories live. Discover now