Makin lama makin sendu ff ni kan ? Tak apalah . Tak kisah pun . Kita tulis ni pun just for fun je . Siapa yang tengah baca ni , jangan lupa tekan vote dekat atas tu tau ! Kalau tak nak , boleh komen . Kalau tak nak jugak , baca je lah okay ?
Aku dipanggil doktor masuk kebiliknya . Aku pun tak tahu kenapa aku dipanggil . Tak faham betul .
Pintu aku ketuk .
Masuk !
" Ya doktor , ada masalah apa -apa ke ? Kenapa saya dipanggil ? "
" Macam ni cik , saya nak tanya sedikit . Apa hubungan cik dan juga pesakit yang berada di wad 1B yang bernama Jeon Jungkook ? "
Apasal pula soalan dibalas soalan ni ? Ish jawab je lah .
" Saya dan dia cuma kawan sahaja . Ada apa - apa yang tak kena ke ? "
" Jururawat yang menjaga wad itu sering bertemu saya . Saya dapati , pesakit sering bercakap sewaktu tidur dan kadang - kadang dia memanggil awak dalam tidurnya . Soalan saya disini , betulkah kamu berdua hanya berkawan ? "
Si jungkook ni buat hal lagi lah . .
" Kami berdua hanya kawan sahaja . Tak lebih dan tak kurang . Saya tak tipu . "
"Pesakit yang lain disini , tidak pernah mengalami masalah seperti penyakit Encik jungkook "
" Jadi doktor ,apa penyakit dia ?"
" Itulah , sampai sekarang pun saya masih tertanya tanya . Pada mulanya mungkin dia demam panas . Mungkin pesakit ini menghidap penyakit ' angau ' . "
" Ha ? Angau ? "
" Ya , penyakit angau . Angau terhadap kamu ."
" Saya ? Kenapa pula ?Saya dengan dia tidak ada kena mengena langsung . Kami cuma kawan . "
" Saya faham . Ia bukan salah awak . Penyakit yang pesakit hadapi ini agak teruk . Mujur , awak terus bawa dia ke hospital . Ia juga perlu segera dirawat . "
" Ada apa - apa lagi ke doktor ? "
" Tak ada . Cuma , saya nasihatkan awak untuk selalu berada bersama pesakit . Awak mungkin sibuk , tetapi cuba cari masa bersama dia . Dia perlukan awak . Itu sahaja .
" Baiklah doktor . Saya cuba apa yang saya mampu . Saya keluar dulu . "
Baru saja aku keluar , aku sudah tertanya tanya .
Apa pasal pulak si Jungkook ni nak angau pulak hah ?! Dengan aku pulak tu ! Tapi kan , doktor tu boleh percaya ke ? Entah - entah Jungkook tu rancang dengan doktor untuk memalukan aku ! Ji - eun ! positif . Fikir positif . .
Aku ke wad Jungkook .
Tempat duduk aku ambil .
Wajahnya aku tenung . . .
Lama kelamaan air mata aku mula jatuh . Muka dia . Muka dia mengingatkan aku sesuatu . Tentang apa lagi kalau bukan haiwan peliharaannya ?
Arnab adalah haiwan yang sangat aku suka sejak kecil lagi . Aku sering meminta kebenaran appa untuk membelanya . Hajatku ditolak serta merta .
Appa bencikan haiwan . benci yang teramat . kerana apa ? Kerana haiwan lah punca eomma sudah tiada .
Eomma seorang doktor haiwan . Suatu hari , seorang pemuda datag membawa anjingnya yang sakit . Eomma dapati anjing tersebut dijangkiti virus .
Malangnya , eomma tidak tahu yang virus itu boleh membawa maut . Setiap hari eomma akan merawatnya . Siapa sangka , eomma juga telah dijangkiti virus itu .
Akhirnya , eomma mati disebabkan virus itu . Setelah appa mengetahui tentangnya , appa tidak pernah menyentuh haiwan lagi sejak kejadian itu . Bagiku , setiap kejadian pasti ada hikmahnya .
" Hei kenapa menangis ni ? "
" Ah mata aku cuma masuk habuk je . "
" Ingat aku nak percaya ke ? Jujur dengan aku . kenapa ni ?"
" Sebenarnya , setiap kali aku lihat muka kau , aku akan teringatkan arnab tu . "
" Shh . . dah jangan nangis lagi . Aku ada . Aku tak boleh tengok kau menangis . Nanti aku akan sakit . " Dia mengenggam erat tanganku .
" Romantik sungguh drama ini . "
TBC
- Sorry kalau tak best
- Abaikan Typo