Woojin, Bangchan, Minho dan Changbin tenung Jeno lama. Lama dan lama.
'Mereka macam nak makan aku je.' -Jeno.
"Jadi.." Bangchan mula bersuara.
"Yeee!!." Jeno sudah gugup. Dia tahu dirinya salah. Jadi dia memang kena layak belasah dengan keempat-empat lelaki sasa ni. Syukurlah tadi, dia diselamatkan oleh Jeongin sebelum, Hyunjin, Jisung, Felix dan Seungmin belasahnya di sekolah. Walaupun Hyunjin hampir melayangkan nyawanya kat sekolah tadi.
"Jangan lah gugup macam tu. Chan hyung tak makan orang. Dia makan nasi." Kata Jeongin sambil tepuk belakang badan Jeno.
"Ba.. baik." Jeno hela nafas pendek. Dia sudah tenang.
"Jadi.. cerita kan A sampai Z. Jangan tertinggal satu pun benda penting." Kata Bangchan dengan suara tegasnya.
Jeno angguk.
"Sebelum saya mahu menjelaskannya, saya ingin beritahu sesuatu. Setelah saya selesai menerangkan segala-galanya, saya mahu awak bunuh saya." Kata Jeno dengan wajah seriusnya.
Semua yang ada disitu semestinya terkejut. Takkan lah sampai macam tu sekali. Ingat nyawa ni murah sangat ke oii.
"Kenapa awak kata begitu?." Tanya Woojin.
"Sebab saya tahu. Mesti ada seseorang telah mengetahui bahwa saya telah mengkhianati mereka. Dan mesti Kang Daniel memyuruh anak-anak buahnya menutup mulut saya." Kata Jeno.
"Jadi.. Kang Daniel tak guna tu mau bunuh awak?." Teka Minho dan dibalas anggukan Jeno.
Bangchan sedang fikir.
"Kalau begitu, aku setuju je." Felix mengeluarkan pisau kecilnya.
"Tunggu Lix." Tahan Bangchan.
Felix menatap Bangchan dengan pandangan kecewa. Ini maksudnya..
"Kami tak boleh nak tunaikannya." Kata Bangchan setelah berfikir lama.
"Kenapa?." Jeno tak puas hati. "Aku lagi suka kalau kau yang bunuh aku dari mereka tu."
"Kenapa kau tak bunuh je diri?."Soalan Hyunjin membuatkan Jeno memikirkan.
"Haahlah."
Laa.. baru terfikir ke?.
"Tapi.. saya tak berani. Malah saya rasa serba salah."
Lagi-lagi membuatkan mereka yang ada disitu terdiam. Maksudnya?.
"Maksud kau apa dia?." Tanya Changbin. Dia memang tak faham.
"Semua ni salah saya. Jadi saya lebih suka dihukum oleh awak. Sebab saya, Aera kena culik. Jadi saya mahu bertanggungjawab." Kata Jeno.
Bngchan memikirkan sesuatu lagi. Dan Jeno setia menunggu.
Jisung sudah sinsing lengannya. "Jadi.. aku akan belasah kau sampai babak belur. Itu akan menjadi tanggungjawab kau kerana telah membiarkan Aera diculik."
YOU ARE READING
☾︎𝙾𝙶☽︎ Bʀᴏᴛʜᴇʀs Mᴀғɪᴀ [[𝑺𝑻𝑹𝑨𝒀𝑲𝑰𝑫𝑺]]
PoesiaSudah lama Aera kehilangan ibubapa Hidup ni senang. Itu kata orang Tapi tak bagi Aera, setelah dirinya terjun ke dunia mafia setelah kejadian dimana dia hampir diculik seseorang. Perjanjian?. Perkahwinan?. Apa tu?. Bukan Aera saja mereka mahu culik...