47

158 21 11
                                    

Kang Daniel tersenyum puas. Dia akan melihat pertumpahan darah disini. Dimana Hyunjin akan lawan dengan Jeno. Bagaimana pertandingannya?. Seronok bukan?. Melihat orang yang dipercayai mereka malah sanggup mengkhianati mereka hanya kerana seseorang. Sungguh menghiburkan sekali.

Jeno berhadapan dengan Hyunjin. Changbin sudah ditahan oleh dua orang lelaki sasa. Changbin susah untuk menyelamatkan diri dan menolong Hyunjin. Dia mengharapkan Hyunjin menang. Tetapi.. mereka tidak boleh meremehkan lawan mereka sendiri. Itulah yang Jinyoung pesan pada mereka.

Perlawanan antara mereka dua pun bermula.

Jeno terus melepaskan dua tembakan ke arah Hyunjin. Hyunjin berguling untuk mengelak dari terkena tembakan Jeno. Jeno melepaskannya lagi dan lagi. Hyunjin langsung tidak diberi peluang untuk menyerang Jeno. Jeno kehabisan peluru. Hyunjin mengambil peluang ni. Dia segera terkam ke arah Jeno. Pistol yang dipegang Hyunjin, betul-betul tepat mengenai jantung Jeno.

Jeno terus tendang tangan Hyunjin tu ke atas.

Dorr

Tembakan Hyunjin terlepas dan terkena siling atas. Hyunjin undur ke belakang.

"Tak guna!." Hyunjin mengeluarkan pisau yang tersimpan elok di dalam bajunya. Dia terkam ke arah Jeno. Dilibas ke kanan dan ke kiri. Jeno sedaya upaya mengelak dari terkena serangan Hyunjin. Tetapi.. Hyunjin dapat mencederakan pipi Jeno. Pipi Jeno mengalir kan darah.

"Kenapa kau tipu kami hah?." Tengking Hyunjin. Dia betul-betul marah. Beraninya dia mengkhianati kepercayaan Bangchan dan Woojin. Tidak boleh dimaafkan.

Jeno hanya berdiam diri. Jika dia mengatakan hal sebenar, mereka tidak akan percaya rasanya. Jadi lebih baik Jeno diam dan lakukan semua ni. Demi adiknya.

"Aku takkan memaafkan kau, Jeno." Hyunjin melepaskan tembakan bertubi-tubi.

Jeno mengelak dari serangan Hyunjin yang gila tu. Hyunjin sudah hilang kawalan.

☾︎𝙾𝙶☽︎ Bʀᴏᴛʜᴇʀs Mᴀғɪᴀ [[𝑺𝑻𝑹𝑨𝒀𝑲𝑰𝑫𝑺]]Where stories live. Discover now