01

574 60 0
                                    

"IBU!!."

Aku terjaga dari tidur. Sedar-sedar air mata aku mengalir.

"Mimpi apa tu?." Aku raut muka aku. Aku mengeluh.

Sudah 7 tahun aku duduk sorang- sorang. Aku duduk rumah yang aku memang dah ada dalam rumah tu. Tiada orang disini. Tapi yang hairannya, kenapa ada kad mybank ibu dan pass ibu. Bukan ke itu bahaya?.

Aku mahu bersiap untuk ke sekolah.

"Aera!!. Dah siap ke blom?!!."

Ada seseorang memanggil nama aku.

"Kejap lah Jinho!!. Awalnya kau datang." Kata aku. Aku mula bersiap.

10 minit bersiap, aku keluar dari rumah. Kelihatan Jinho kawan baik aku tahun ni. Cuma dia satu-satunya rapat ngan aku. Disebabkab dia rapatlah, aku dijauhi gadis. Jinho memang hensem. Aku.. suka.. dia..

"Lambatnya mandi!!. Kalau lah suami kau tahu, kau bangun lambat, mandi lambat, mesti dah kena tinggal. " Marah Jinho.

Aku muncungkan bibirku

"Kalau aku ada ibubapa dah lama mereka kejutkan aku bangun!!." Marah aku balik.

"Kalau kau ada abang, kau nak bangun awal?." Tanya Jinho.

Awat dia masukkan abang ni. Lagipun aku mana ada abang. Kucing adalah. Hehehe.

"Itu.. aku tak naklah. Lagipun aku mana ada abang." Kata aku. Terus aku tinggalkan Jinho di belakang. Terasa ke ngan kata-kata aku. Buat apa nak terasa. Dia bukan ada kena mengena pun.

"Tu.. tunggulah!." Jinho kejar aku. Aku pun apa lagi?. Larilah.

☾︎𝙾𝙶☽︎ Bʀᴏᴛʜᴇʀs Mᴀғɪᴀ [[𝑺𝑻𝑹𝑨𝒀𝑲𝑰𝑫𝑺]]Where stories live. Discover now