Jinyoung menatap anak-anak Kim. Jelas di muka mereka yang mereka semua tak puas hati dengar pengakuannya tadi.
"Jadi hyung.. hyung dah lama tahulah pasal bilik rahsia tu?." Soal Bangchan walaupun dia sudah tahu jawapannya. Inginkan kepastian.
"Tau." Jawabnya sepatah.
"Apa dalam bilik tu?. Kenapa pintu nya kalis peluru?. Kenapa ayah kunci pintu tu?. Kenapa ayah tak beritahu pasal bilik tu?. Ada apa dalam bilik tu?. Ada benda penting ke?. Kenapa kami tak boleh buka pintu tu. Mana kunci untuk pintu tu?." Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Woojin.
Sudah~~
Banyak sangat soalan sampaikan tak ingat dah soalan mana yang Woojin tanya tadi.
"Banyak nya soalan hyung." Bisik Jeongin pada telinga Woojin.
"Banyak ehh?. Hehehe."
Semua nya kembali tumpu pada Jinyoung.
Mereka semua tahu..
Bilik tu memiliki rahsia..
Tapi cume mereka tak tahu..
Apa didalam bilik tu..
"Ayah korang suruh hyung merahsiakannya. Dan ayah korang sempat pesan pada hyung. Kalau korang nak tahu kuncinya.. cari beribu-ribu gambar didalam satu bilik. Dan setiap gambar tu, ada kuncinya. Dan.. semoga berjaya. Harap-harap korang semua takkan buka bilik tu. Kalau korang buka.. nyawa korang semakin dalam bahaya." Pesan Jinyoung. "Tapi hyung tak bolehlah kata macam tu. Ikut suka hati koranglah. Kalau korang nak tahu sangat apa dalam bilik tu, carilah bilik yang memiliki banyak gambar. Dan semoga berjaya. Nampaknya susah nak dicari. Tapi hyung akan doakan saja lah. Hahaha."
Dan gelak Jinyoung tu membuatkan Bangchan dan Woojin ingin ambil batu dan sumbat ke dalam mulut Jinyoung.
"Rasa macam nak bunuh aja Jinyoung hyung." Bisik Bangchan pada telinga Woojin.
"Ok. Apa kata malam ni, time Jinyoung hyung tengah tidur, kita bunuh dia." Woojin pun turut berbisik.
"Hyung boleh dengar tu. Buatlah kalau berani. HAHAHAHA." Jinyoung terus meninggalkan mereka.
"Bilik yang ada gambar?. Teka teki ke tu?. Rumah kita mana ada bilik yang dipenuhi gambar kan?."
Pertanyaan Jeongin membuatkan hyung-hyung nya terdiam.
"Binnie rasa macam kena tipu ngan Jinyoung hyunglah. RUMAH KITA MANA ADA BILIK YANG DIPENUHI GAMBAR. TAK GUNA JINYOUNG HYUNG!!."
*Bayang kan lah Jinyoung sedang tergolek kat atas tanah sebab gelak tak ingat dunia. Memang ada bilik tu. Tapi mungkin mereka takkan jumpa*
"Jomlah balik. Hyung rasa, duduk sini buatkan hati hyung sakit pula." Ajak Woojin.
Mereka semua angguk.
YOU ARE READING
☾︎𝙾𝙶☽︎ Bʀᴏᴛʜᴇʀs Mᴀғɪᴀ [[𝑺𝑻𝑹𝑨𝒀𝑲𝑰𝑫𝑺]]
PoezieSudah lama Aera kehilangan ibubapa Hidup ni senang. Itu kata orang Tapi tak bagi Aera, setelah dirinya terjun ke dunia mafia setelah kejadian dimana dia hampir diculik seseorang. Perjanjian?. Perkahwinan?. Apa tu?. Bukan Aera saja mereka mahu culik...