BAB 3

2K 76 1
                                    

   "Kenapa muka kamu tiba-tiba masam is there anything wrong?" Soal Puan Sri Salina.

   "Hah ni mesti kes jealous kan? Sebab aku dapat jadi calon isteri raja kan? Hahaha I knew it!" kata Mel bongkak.

   Alice menjeling tajam kakak tirinya itu. Mereka sama mak tapi lain bapa. Mel anak hasil perkahwinan Puan Sri Salina dengan suami pertama manakala Alice dengan suami keduanya.

   "Huh kau ingat kau sorang je dapat aku pun dapatlah...."Alice menunjukkan kad tu kepada semua."Oh btw Alice tak nak pergi dah la mummy Alice pergi dulu dah lambat" kata Alice sambil salam mummynya.

   "Eh mana boleh macam tu you should go..."jerit Puan Sri sebelum kelibat Alice hilang dari pandangannya.

   "Biarlah dia tu mummy... Ella kemas ni kiteorang nak pegi dah..." kata Mel.

*****

   Selepas semua keluarga tirinya pergi berkerja Ella mengemas rumah. Ella melihat surat jemputan milik Alice dengan berani dia membukanya.

   "Jemputan ke istana diraja. Tahniah anda telah terpilih untuk menjadi salah seorang daripada sepuluh calon isteri putera Inderapura" baca Ella perlahan.

   "Untung la"kata hatinya. Ella menyambung bacaannya." Penyertaan anda adalah wajib sesiapa yang menolak akan dikenakan hukuman atau denda"

   "Huh orang bodoh je yang nak reject ni..."kata Ella lalu meneruskan kerjanya.

*****

   Kebiasaannya setelah habis kerja di pejabat Alice mejadi model sambilan tetapi sejak dinaikkan pangkat kepada CEO Alice menghadkan kerja modelnya kepada sebulan sekali atau dua.

   Pulang sahaja ke rumah mummynya sudah menunggu.

   "Alice mummy nak cakap sikit"

   "Apa dia Alice penat ni..."

   "Mummy nak Alice pergi istana bertanding jadi calon isteri raja."

   "Mummy Alice kan dah cakap Alice tak nak kenapa nak paksa..." balas Alice dengan nada yang agak tinggi.

   "Alice kalau kamu tak pergi kamu akan didenda..."

   "Bayar je la berapa? Sejuta?" blas Alice tak kisah.

   "Kalau dia mintak duit tak pe kalau dia sumbat kamu dalam penjara ke macam mana?"

   "Mana ada undang-undang macam tu munmy dah la..." Alice terus berjalan ingin naik ke biliknya.

   "Alice tunggu!" Alice berhenti dihadapan tangga."Alice, mummy tertanya-tanya mana pergi anak mummy yang baik, yang manis, yang selalu senyum, mana dia?"tanya Puan Sri Salina dengan nada yang sayu.

   "Anak mummy tu dah tak ada..."dia terus melangkah ingin menaiki tangga.

   "Tak anak mummy tu masih ada, mummy tahu, please jadi macam dulu balik. Jadi anak mummy yang tak pernah melawan cakap mummy please" suara Puan Sri Salina seperti sebak. Ni yang Alice lemah ni dia tak suka tengok mummy dia nangis.

   Dia turun semula mengambil kad jemputan di meja dan terus masuk ke bilik.

*****

   Ella duduk di bilik sambil melayari internet. Jarinya laju menaip 'Pertandingan Calon Isteri Putera Raja Inderapura' dan butang search ditekan.

  Dalam masa beberapa saat keluar berita mengenai tajuk tersebut. Ella membuka satu website yang menunjukkan calon-calon isteri putera. Semua kesepuluh peserta terdiri daripada perempuan yang cantik dan kaya.

   Ella terperasan satu tulisan, 'Anda juga boleh mencuba nasib untuk menjadi dua calon bertuah. Hanya klik disini dan jawab soalan dan anda berpeluang menjadi calon.'

   Ella dengan pantas mengklik tulisan itu dan cuba menjawab soalan tersebut.

Another Cinderella StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang